"Betul!" Jawab mereka serentak.

"Nama apa?"

"GKT... Grafik Komunikasi Teknikal." Jawab salah seorang pelajar di situ.

"Alhamdulillah lepas akak habis SPM, akak terus sambung belajar di Cambridge University selama 5 tahun dan bekerja di sana selama 2 tahun. Akak baru sahaja pulang ke Malaysia 3 bulan lepas dan berkerja di syarikat abi akak sebagai Interior Designer."

"Ada apa-apa soalan?" Soal Encik Mastural.

"Berapa results SPM akak dan abang dulu?" Soal salah seorang pelajar di situ.

"Results kami berdua sama. Dulu akak dengan abang Za'im ambil course tambahan iaitu seni dan perniagaan. Jadi total course yang akak ambil dulu 11 dan Alhamdulillah straight A+" Jawab Adra.

Masing-masing ternganga mulut mendengar kenyataan dari Adra.

"Akak Adra dengan abang Za'im bercinta?" Soal seorang gadis di barisan belakang.

Adra terdiam,

"Abang dengan kak Adra dah tunang dari zaman sekolah lagi. Sekarang hitung hari je nak kahwin." Jawab Za'im pula.

Seronok melihat riaksi terkejut mereka. Adra mengemam bibirnya memandang dinding di hadapannya.

"Okay, terima kasih Adra dan Za'im. Kita akan mulakan seminar ni sebentar sahaja lagi. Saya bagi ruang dulu kepada semua pelajar untuk naik ke bilik, mandi dan solat. Pukul 2.30 tengah hari kita akan mula pecutan akhir ini yang akan dibimbing oleh akak Adra dahulu kemudian abang Za'im pula."

"Hari ni cuma teknik dan cara ajar akan kita buat. Esok kita marathon habis-habisan untuk siap kan 14 buah soalan percubaan semua negeri."

"Akak Adra akan ambil semua topik tingkatan 4 dan abang Za'im akan ambil semua topik tingkatan 5. Kita dengar dulu cara dan teknik dari mereka dan selepas itu kita akan buat soalan mengikut tajuk yang diajar."

******

Adra berdiri di hadapan semua pelajar. Rasa gemuruhnya semakin lama semakin hilang. Dah lama dia tak berdiri hadapan orang ramai. Za'im pula hanya duduk di sebelah Encik Mastural memerhati gerak-geri gadis di hadapan itu.

Adra meneliti semua soalan dan target yang bakal masuk untuk soalan SPM nanti.

Semua pelajar sudah bersiap sedia dengan board bersaiz A3, kertas kosong Saiz A3 serta peralatan yang lain. Sekarang drawing board pun makin canggih. Dulu dia pakai board kayu saja. Kertas pula di kepit di atas kiri dan kanan.

"Kemungkin besar untuk topik tingkatan 4 akan masuk topik pembesaran pengecilan, topik elips, parabola tangen, topik unjuran ortografik, pandangan tambahan dan isometrik."

"Salah satu ya. Sama ada isometrik atau oblik. Tapi saya akan fokuskan kepada isometrik hari ini."

"Sebelum tu... Dalam banyak topik dalam tingkatan 4 ni... Topik mana yang kamu semua lemah? Saya akan ajarkan yang lemah." Soal Adra.

"Isometrik dan pandangan tambahan." Jawab mereka serentak.

"Ortografik okay?" Mereka mengeleng kepala.

"Akak rasa korang rasa susah sebab tak boleh imagine gambar objek yang di beri."

"Okay kita ke ortografik dulu... Fokus sini..." Arah Adra.

Adra duduk di meja hadapan. Drawing board dibetulkan dan dia memastikan drawing board itu masuk tepat di skrin camera yang tergantung di udara menggunakan tripod.

ZA'IM UKHROWI [C]Where stories live. Discover now