☘30.0☘

11.2K 465 20
                                    

Keesokkan harinya. Adra membuka matanya perlahan-lahan. Mata meliar memandang sekeliling bilik tidurnya. Tiada apa yang berubah hanya pakaian pada dirinya dan cadar sahaja yang berubah.

"Apa yang berlaku semalam?" Soal Adra sendiri. Dia cuba mengingati apa yang berlaku. Tangannya memegang dahi yang terasa perit itu.

Skrin di telefon dilihat. Jam 6.00 pagi tertera pada skrin tersebut. Adra bergegas pergi ke bilik air membersihkan diri.

Selesai sahaja solat Subuh, Adra turun ke bawah menuju ke dapur. Terkejut Puan Fadzilah melihat Adra yang sudah lengkap dengan pakaian seragam sekolah.

"Adra, nak pergi mana ni?" Soal Puan Fadzilah.

"Sekolah lah..." Jawab Adra dengan suara serak-serak basah seperti lelaki. Tekaknya berasa sangat perit.

"Tak boleh." Sampuk Encik Nashif yang baru sampai di meja makan.

"Kenapa pula?" Soal Adra.

"Adra demam. Abi tak benarkan Adra pergi sekolah dengan keadaan yang macam ni. Ni mana sihat lagi ni." Tangan Encik Nashif ditekap di dahi Adra.

"Adra okay lah, abi. Adra demam sebab kena air hujan semalam je. Nanti kebah lah." Ujar Adra.

"Tak boleh, Adra. Jadi apa-apa kan susah." Kata Encik Nashif lagi.

"Adra ada seminar add math petang ni. Adra kena pergi juga. Adra nak pergi sekolah." Kata Adra lagi.

Encik Nashif mengeluh. Lemah betul apabila melihat dan mendengar pujuk rayu anak sulungnya itu.

"Boleh lah, abi. Adra janji Adra okay dekat sekolah."

"Yelah yelah... Makan cepat. Abi hantarkan. Nanti balik, call abi. Hari ni abi bagi duit bonus. Jangan berjoli..." Pesan Encik Nashif.

Adra mengukirkan senyuman.

"Terima kasih, abi."

Sebenarnya Adra masih rasa sakit satu badan. Dia perlu gagahkan diri juga. SPM kan nak dekat. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

******

Sampai sahaja di perkarangan sekolah, Adra menuju ke kelas 5 Beta. Sampai sahaja di sana Adra melihat lampu kelas sudah bernyala terang.

Sampai sahaja di hadapan pintu, Adra lihat Za'im berada di meja sedang mengulang kaji. Adra cuba menahan riak wajah.

Tanpa memperdulikannya, Adra bergerak ke meja belakang. Sempat Adra meletakkan beg sandang di atas meja Adra sebelum bergerak ke meja belakang. Dia sedar ekor mata Za'im mengekori langkahnya. Mungkin dah viral satu batch yang Adra pengsan kat rumah semalam.

Kerja Jannah lah ni. Bukan boleh. Semua benda nak bagitahu dalam group WhatsApp. Kalau boleh dekat semua media sosial dia nak viralkan.

Adra terus meletakkan kepala di atas meja dengan beralaskan lengannya. Dia malas nak join perhimpunan hari ni. Tak mampu nak berdiri lama-lama.

Sementara menunggu kawan-kawan dengan Puan Faridah datang, tidur lah dulu. Kelas untuk masa pertama dan kedua subjek add math. Kejap lagi mesti kena berleter dengan Puan Faridah sebab ke sekolah dalam keadaan yang sakit.

Kelas mula bising dengan suara rakan-rakan Adra. Adra pula masih menutup mata. Malas nak buka. Tiba-tiba kepalanya berasa sakit yang menyegat. Kerongkongnya menjadi kering.

"Bangun!" Arah Haziq.

Semua pelajar termasuk Adra berdiri tegak. Adra menuju semula ke arah meja Za'im dan mejanya. Za'im di sebelah boleh rasa bahang dari tubuh gadis itu. Boleh tahan panas juga demam Adra. Degil! Nak juga ke sekolah.

ZA'IM UKHROWI [C]Where stories live. Discover now