🍀53.0🍀

11.2K 440 3
                                    

MERCHANT HOTEL PENANG.

Seramai 30 orang pelajar yang mengambil subjek GKT bakal menghadapi peperiksaan SPM dalam masa sebulan sahaja lagi.

Encik Mastural meminta bantuan dari Adra dan Za'im untuk menjadi guru pembimbing mereka sepanjang pecutan akhir berlangsung.

Mereka berada di situ selama 3 hari 2 malam dan aktiviti mereka akan penuh dengan latihan-latihan serta soalan dari pelbagai soalan percubaan negeri.

Adra melangkah keluar dari perut kereta Audi R8 Coupe V10 milik Za'im. Matanya meliar memandang bangunan hotel yang tinggi itu.

Rombongan bas dah sampai awal pukul 11 tadi. Za'im dan Adra lambat 2 jam kerana berhenti sebentar di Slim River, memantau projek Chalet Dato Zain tempoh hari. Jadi mereka bergerak ke pulau pinang agak lewat.

Za'im menolak beg luggage miliknya dan milik Adra masuk ke dalam bangunan hotel mewah tersebut. Adra kagum dengan interior bangunan tersebut.

Za'im membawa Adra ke tingkat 5 di dewan yang akan digunakan oleh pelajar-pelajar Encik Mastural.

Kemasukan mereka dilihat oleh semua penghuni di dalam dewan tersebut. Dewan yang disewa tak ada lah besar mana, cukup luas dan mampu memuatkan seramai 30 orang pelajar. Susunan meja dan kerusi juga teratur.

Encik Mastural datang ke arah mereka berdua. Za'im mencium tangan dan memeluk erat lelaki itu. Adra pula hanya mempamirkan senyuman yang manis kepada Encik Mastural.

"Lama tak jumpa kamu berdua. Adra sihat?" Soal Encik Mastural.

"Sihat, Alhamdulillah." Jawab Adra.

"Duduk lah tepi dulu. Kejap lagi saya perkenalkan kamu berdua dekat student saya." Arah Encik Mastural.

Za'im dan Adra hanya berdiri berdekatan kerusi yang berada di tepi dinding dewan.

"Okay semua, macam yang saya cakap tadi. Kita semua ada 2 orang tetamu jemputan khas oleh saya buat kamu semua. Sepanjang pecutan akhir ni berlangsung, Mereka berdua yang akan bantu kamu. Tanya sahaja apa-apa soalan dan minta lah tunjuk ajar dan ilmu dari mereka. Mereka juga merupakan bekas pelajar saya yang sekarang ini sukses dengan jayanya."

"Adra, Za'im sini..." Panggil Encik Mastural.

Mereka berdua pun bingkas bangun dari duduk dan menuju ke hadapan.

"Perkenalkan diri."

Mic disuakan kepada Adra. Tetapi Adra menolak. Dia menyuruh Encik Mastural berikan mic tersebut kepada Za'im terlebih dahulu. Mic itu disambut perlahan oleh Za'im.

"Assalamualaikum semua, saya Za'im Ukhrowi. Boleh panggil abang Za'im. Umur abang 25 tahun. Bekas pelajar BBD High School dan bekas ketua president di situ. Lepas SPM, abang sambung belajar di UM, University Malaya selama 3 tahun, untuk Diploma dan 3 tahun lagi untuk Degree. Lepas habis belajar abang berkerja sebagai pelukis Arkitek di syarikat papa abang sendiri selama 2 tahun dan berpindah ke syarikat Deco House sebagai COO."

Semua pelajar di situ menumpukan perhatian. Mereka tertarik dengan cerita Za'im. Mic diberikan kepada Adra pula. Perlahan-lahan Adra mengambil mic tersebut.

"Assalamualaikum semua..."

"Walaikumsalam." Jawab mereka serentak.

"Nama saya Adra Umaira... Boleh panggil akak Adra. Akak juga merupakan bekas pelajar di BBD High School dan juga naib president di sekolah 8 tahun yang lalu. Akak dulu belajar dengan cikgu Mastural course Lukisan Kejuruteraan. Tapi sekarang akak dapat tahu dah tukar silibus betul ke?" Soal Adra.

ZA'IM UKHROWI [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora