☘27.0☘

9.1K 424 10
                                    

Adra berjalan melihat makanan yang berada di atas meja lauk. Kemas dan tersusun rapi.

"Bagus!" Ujar Adra sendiri.

Menu tahun ini kalau nak ikut kan simple sahaja, Nasi ayam. Tapi Encik Mastural nak gah. Nak lain dari batch yang lain. Dia suruh tambah lagi menu. Dia nak apom balik, satay, laksa, laksam dan paling penting ketupat daun palas.

Dah lah mereka collect Rm5 seorang sahaja. Nak tak nak Adra terpaksa buat perjumpaan batch haritu. Tanya kata sepakat. Nasib baik semua setuju untuk collect Rm 20 seorang.

Itu pun kalau ikut kan tak cukup. Nasib baik lah ada mak ayah pelajar yang kaya raya nak sponsorkan makanan untuk batch mereka dan orang kaya itu ialah Za'im.

Hari ni Adham dengan Ayu akan menjadi pengacara majlis untuk majlis hari raya di dewan Al-Fateh.

Adra yang baru pulang dari back stage dia terus mengambil makanan dan duduk di meja makan yang di sedia khas oleh AJK batch.

Kalau dia tak makan, nanti makanan habis. Jannah entah hilang kemana. Ayu pula kena handle game. Tinggal lah dia seorang diri di meja makan

"test mic one twoo tree eeee porrrrr.." adham bersuara. Beberapa kali mic di tangannya di ketuk.

"Okay okay... Assalamualaikum semua..."

"Walaikumsalam." Jawab mereka serentak.

Tiba-tiba Encik Mastural, Encik Ghazali, Puan Faridah, puan Juliza mengambil tempat di sisi Adra.

"Lah cikgu kenapa tak duduk dekat meja VIP?" Soal Adra.

"Kejap lagi lah. Kuat sangat sound kat depan tu. Kami ni bukan muda lagi. Dah tua... Risau pekak je nanti." Ujar Encik Ghazali.

"Kejap, saya suruh Adham adjust sound..." Adra yang berura-ura bangun ingin ke depan dengan tangan yang masih belum basuh.

"Eh! Tak payah tak payah. Duduk makan. Kejap lagi kami pergi. Dari tadi buat kerja tak ada rehat." Halang puan Juliza.

Adra hanya mempamirkan senyuman dengan barisan gigi putihnya kepada guru-guru pengawas. Dia kembali fokus di hadapan. Dia memandang Adham dan Ayu yang berada di atas pentas.

"So, hari ni kita ada game sikit. Korang semua tahukan permainan truth or dare?" Soal Ayu.

"Tahu!"

"Okay, cun! Disebabkan batch kita ada 4 kelas. Jadi kita akan pecahkan kepada 2 groupGroup 1 kelas Gamma menentang Alpha and group 2 kelas Epsilon menentang Beta..."

"Setiap kelas kena hantar seorang wakil. Diaorang akan ambil satu keping kertas dalam ni. kertas ni cuma tertulis Sama ada truth or dare"

"Lepas tu kalau contoh peserta tu dapat dare... Pihak lawan boleh kemukakan apa-apa saja arahan kepada perserta tersebut. Pihak yang satu lagi wajib buat ikut arahan. Kalau tak dapat jawab atau buat, denda menanti anda!" terang Ayu panjang lebar.

"Game ni khas untuk lelaki sahaja. Kalau perempuan kita ada game lain." Ujar Ayu yang berdiri di hadapan.

"Okay group 1 dulu... 2 pusingan, ya. So, ambik dua keping."

Riyuh satu dewan melihat tingkah laku wakil dari kelas Gamma dan Alpha. Ada ka patut di suruhnya budak kelas Alpha korek hidung dan makan tahi hidung depan orang ramai. Loya tekak Adra menengoknya. Masa berlalu dengan pantas dan Group 1 sudah berakhir.. Kini tiba masanya group 2

ZA'IM UKHROWI [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin