☘36.0☘

12.1K 512 15
                                    

Za'im terkejut apabila Datin Maissa mengajaknya untuk ke rumah Adra. Ada majlis perpisahan Adra untuk sambung belajar di London. Lelaki itu langsung tidak mengetahui hal ini. Patutlah 3 bulan ni Adra cuba mengelak dari pada berjumpa dengan Za'im.

Bukan...

Za'im sendiri yang cuba mengelak dari jumpa darinya.

"Kenapa tak ada siapa yang bagitahu Za'im? Mana Adra sekarang?" Soal Za'im dingin.

Dia memandang tajam ke arah kedua orang tuanya silih berganti.

"Za'im boleh jumpa Adra malam ni. Mama dengan papa pun tak tahu, Za'im. Pagi tadi mama baru dapat call dari Adra katanya ada majlis doa selamat untuk dia sambung belajar. Itu pun Adra cuma jemput mama dengan papa saja. Dia tak nak Za'im tahu. Tapi mama tak sanggup nak diamkan diri. Dia nak tinggalkan kita lama, Za'im. "

Za'im terus berlari keluar. Helmet dan kunci motorbikenya sempat disambar. Dia mahu ke rumah gadis itu sendiri. Dia nak dengar sendiri dari mulut Adra.

******

Adra sibuk menyimpan semua barangannya di dalam beg, subuh esok dia akan pergi ke KLIA dan dia akan tinggalkan Malaysia bertahun-tahun. Dia perlu capai cita-citanya dahulu. Bekerja dan berjaya.

Za'im berhenti di luar pagar rumah Adra. Pagar yang besar itu di tutup rapat. Za'im terus ke arah loceng lalu di tekan berkali-kali. Namun tiada sahutan mahupun pagar di buka.

"Adra! Buka!" Panggil Za'im. Za'im mengetuk pagar itu kuat.

"Pakcik Yahyah!!" Panggil Za'im lagi.

Adra terdengar jeritan dari luar. Dia bingkas bangun lalu mengedap ke luar di sebalik langsir.

"Dia dah tahu." Keluh Adra.

Sebenarnya dia tak nak pun buat majlis doa selamat ni. Tapi keluarga dia nak juga buat kecil-kecilan. Dia juga dipaksa menjemput orang tua Za'im. Dia dapat menganggak yang Datin Maissa akan beritahu hal ini kepada anak terunanya.

Adra membiarkan Za'im di luar. Dia tak bersedia untuk berjumpa dengan lelaki itu. Za'im menekan loceng rumah lagi sekali.

"Adra buka! Aku tahu kau ada kat dalam... Adra!" Jerit Za'im.

Adra masih berdiri statik di situ. Memandang wajah Za'im yang mula memerah disebabkan oleh matahari. Serba salah menyelubung diri namun ego masih di atas.

"Bukalah.." Panggil Za'im sayu.

Za'im mula mencangkung. Hampir 5 minit Za'im berdiri namun tiada sahutan. Tiba-tiba pintu kayu dibuka oleh seseorang. Za'im terus berdiri memandang ke arah pintu tersebut.

"Za'im." Panggil Puan Fadzilah.

"Ibu"

Puan Fadzilah membuka pintu pagar automatic itu dengan remote. Za'im terus menuju ke arah Puan Fadzilah.

Dia melihat Puan Fadzilah masih memakai telekung. Mungkin dia bergegas membuka pintu untuk Za'im sampai tak sempat nak buang.

"Ibu minta maaf. Ibu solat tadi. Masuk lah..." Ajak Puan Fadzilah.

"Adra ada?" Soal Za'im.

"Ada... Ada kat atas..." Jawab Puan Fadzilah.

"Za'im naik atas boleh?"

Puan Fadzilah mengangguk. Tanpa membuang masa Za'im terus mendaki tangga menuju ke bilik Adra.

Za'im berhenti di hadapan pintu bilik Adra. Menghela nafas terlebih dahulu. Perlahan-lahan Za'im mengetuk pintu.

ZA'IM UKHROWI [C]Where stories live. Discover now