Perasaan🕊

127 26 3
                                    

"Eh? Kenapa duit kiteorang dikembalikan?" Zyra bertanya kepada wanita yang menjaga kaunter hotel itu.

"Sebab CEO hotel ni dah tolong bayarkan. Also,ni sampul yang dia suruh bagi dekat Miss dan termasuk kawan Miss." Wanita itu menghulurkan empat keping sampul. Isinya tebal.

"Weh Zyra! Zyra!" Khayra terburu-buru mendapatkan Zyra.

"Kau dah kenapa?" Tanya Zyra. Tanpa banyak cakap Khayra menarik Zyra kearah satu papan tanda besar yang berada di tepi kaunter.

"No. Way." Mata Zyra membulat dan tangannya ditekupkan ke mulut.

"Yup. Crush Feri is the CEO of this hotel." Kata Amelya sambil menganggukkan kepalanya.

"Aku tak cakap pun dia crush aku." Nafi Farisha.

"Eh kak, mulut memang boleh menipu tapi muka tak boleh." Kata Zyra apabila perasan yang muka Farisha sedang menahan senyumannya.

"Tapi...kau rasa kita patut ke ambil duit tu? Aku rasa macam bersalah pula. Sebab dia dah bayarkan bil hotel, lepastu bagi kita duit lagi." Zyra meminta pendapat rakannya.

"Kita ambil Rm100 jelah setiap sorang. Yang lain kita sumbang kat rumah kebajikan. At least kita dapat pahala." Cadang Amelya. Mereka semua setuju dengan cadangan itu.
~•~•~~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~~•~•~••~•~•~•~•~
Farisha,Khayra dan Amelya sudah masuk ke dalam kereta. Zyra memasukkan beg terakhir di bonet kereta lalu menutup pintu bonet.

Apabila Zyra mahu masuk ke dalam kereta, ada seseorang menarik baju Zyra.

"You guys can go shopping first. Aku nak culik Zyra kejap." Theor menutup pintu kereta itu lalu menarik lengan baju Zyra.

"Ewah-ewah sedap hati kau je kan nak culik anak dara orang!" Zyra merentap tangannya.

"Lahh kau orang punya ke?" Theor memandang Zyra atas bawah.

"EXCUSE ME?!" Zyra pelik dengan soalan Theor itu. Dah memang sah-sah lah Zyra mak dan ayahnya punya.

"Aku ingatkan kau......aku punya." Theor memerlahankan suaranya.

"Kau ingatkan aku apa ha!" Marah Zyra. Geram betul Zyra dengan orang yang suka bagi ayat gantung ni.

"Nevermind. I just wanna have a tea with you at the cafe. For the last time." Terang Theor. Zyra hanya diam dan mengikuti Theor ke Island Cafe.

Sampai sahaja di cafe itu mereka memesan order masing-masing lalu Theor mengeluarkan sebuah kotak.

"Nah for you." Theor menolak kotak segi empat ke Zyra.

"Apa ni?" Zyra mengambil kotak itu lalu membukanya. Ada seutas jam tangan.

'Cantik' hanya itu sahaja yang terlintas di fikiran Zyra.

"Pakai sekarang." Arah Theor.

"Kenapa aku kena pakai? Kau ada pasang bom eh kat jam ni?" Zyra membuat andaian.

"Eh kau fikir aku gila sangat ke sampai nak bunuh kau? Ada butang kat situ. Tekan if you're in danger." Terang Theor.

"Kalau aku tekan nanti jam ni tukar jadi pistol ke?" Teka Zyra.

"Susah la cakap dengan orang yang banyak tengok cerita boboiboy ni. Kalau kau tekan nanti aku datang." Theor penat bercakap dengan Zyra yang otaknya seperti siput kudung.

Dear Alora, {will be extended for a long time}Where stories live. Discover now