Hotel🕊

166 35 5
                                    

Farisha menawarkan dirinya untuk memandu kerana Zyra sudah memandu semasa mereka datang ke sini. Jadi Zyra duduk di tempat penumpang di belakang bersama Khayra dan Amelya.

Zyra tidak tahu kenapa di fikirannya hanya terbayang saat dia teringat momen dia terpandang six pack Theor secara tidak sengaja.

'Ishhh shuh shuh pergi jauh-jauh. Astaghfirullahhazim Zyraa...stop fikir pasal tu Zyra stop.'

Zyra bermonolog dengan dirinya sendiri di dalam hati.

"Weh Korang, aku rasa better kita check-in hotel la. Sebab kau tengok kat depan tu jam teruk." Beritahu Farisha apabila mereka sedang menunggu lampu hijau.

"Aku okay je." Jawab Khayra
"Aku pun okay." Sahut Amel
"Weh Zyra, kau okay tak? Zyra?" Tanya Amel apabila perasan yang Zyra asyik termenung.

"Ha? Haah okay-okay." Jawab Zyra setelah sedar dari lamunannya.

"Aku cari hotel yang dekat dengan kita eh." Pelawa Khayra. Mereka hanya bersetuju. Setelah beberapa minit...

"Ha, dah jumpa!" Kata Khayra

"Nama dia 'Royal Atlas', hotel ni lima bintang and dia ada buat sale sempena anniversarry hotel tu. So satu malam cost Rm 300 skali ngan package breakfast untuk dua orang. Tapi dia kata kalau stay dua malam dapat diskaun Rm500 je, okay la kan?"
Terang Khayra

"Hmm book dua malam jela terus. Kita pun bawak baju spare banyak kan so okay la." Cadang Farisha. Mereka menuju ke hotel tersebut.

~•~•~•~•~•~•~•~•~~•~•~•~•~•~•~•~•~•~~•~•~•~•

"Finally! Boleh jugak kita baring." Kata Zyra sambil menghempaskan badannya di atas katil.

"Boleh tahan besar jugak eh bilik ni." Kata Amelya.

"Tapikan weh, anak-anak mummy Su tu semua hensem kan?" Kata Farisha.

"Cehhhhh, Feri berkenan dengan siapa nii." Tanya Zyra kerana Farisha jarang cakap pasal lelaki kecuali dia berkenan dengan seseorang.

"Takde siapa lah." Jawab Farisha sambil mengalihkan badannya ke arah lain nak cover malu katanya.

"Aayiz ehh." Teka Khayra. Farisha diam.

"Hmm betullah tu." Balas Amelya sambil tersenyum.

"Asal kau suka dia Feri?" Tanya Zyra. Aayiz juga boleh tahan hensem dia kalau nak dibandingkan dengan Theor tapi baginya Theor lagi.....hensem kot.

"Tak tau lah, aku pun tak sempat nak kenal dengan dia. Tapi bagi aku dia gentleman la." Jelas Farisha.

"Sebab?" Tanya Amelya. Amelya, Khayra dan Zyra sudah duduk di hadapan Farisha seperti mahu mendengar bedtime story sebelum tidur.

"Sebab...masa aku nak makan tadi, dia bagi aku sudu ngan garpu. Tu je." Terang Farisha.

"Punya lah aku beria nak dengar kisah cinta kau. Last-last tu je?!" Complain Khayra tak puas hati.

"Tu jelah nak lebih-lebih buat apa." Balas Farisha sambil membaling bantal ke arah Khayra.

"Eh dahla korang pergi lah bilik korang aku dah mengantuk ni." Arah Zyra kepada Farisha dan Khayra.

"Okay, byeee. Have nightmare everyone." Kata Khayra. Farisha menarik lengan Khayra untuk keluar dari bilik itu.

"Night Amel." Ucap Zyra sambil melelapkan mata.

*esok pagi*
BUM!BUM!BUM!
TING TONG TING TONG!

"KHAYRAAA, FERI BANGUNN." Jerit Zyra dari luar bilik mereka.

Dear Alora, {will be extended for a long time}Where stories live. Discover now