Part 6 : Strange Feeling

Start from the beginning
                                    

"Baiklah ayah. Cara tak boleh lama-lama sebab Cara guna telefon Aryan. Ayah jangan risau tau. Jaga diri baik-baik. Cara sayang ayah tau!! Kirim salam sayang dekat ibu Cara."

"Cara pun sama. Apa-apa yang terjadi terus call ayah ya. Jaga kesihatan diri kamu tu. Jangan sampai ayah amik kamu dekat UK tu. Assalammualaikum anak ayah." ayahnya menutup bicara dengan salam.

"Waalaikummusalam ayah." Cara terus menutup panggilan. Dalam hatinya berbisik, 'Cara rindu ayah'

Aryan terus mengambil telefonnya dan berlalu pergi begitu sahaja. Dia meninggalkan baju salinan buat Cara. Tak sedar pula bila masa dia bawa baju tu.

Cara terus mengambil baju dan terdapat satu nota mengatakan 'Mandi lepastu pakai baju ni. Aku mungkin takkan ada dengan kau beberapa hari ni. Maid akan tolong salinkan baju kau'.

Aryan nak pergi mana? Kenapa dia merasakan seperti tidak selamat jikalau Aryan tak ada? Terus sahaja Cara menepis perasaan itu. Pelik-pelik jelah Cara.

-

SETELAH itu, seorang maid telah masuk untuk menguruskan dia seperti yang dikatakan Aryan.

"Hi Cik Cara. Mulai harini saya akan ada dengan Cik Cara. Just call me Lissa." kata maid tersebut bersama senyuman manis yang terukir.

"Eh. Awak maid Aryan ke? Mudanya awak." penuh teruja bicara Cara. Akhirnya ada juga kawan lepasni.

"Saya sama umur dengan Cik Cara. And saya pun dari Malaysia. Sekarang ni Sir Aryan suruh Cik Cara breakfast." ujarnya sambil mempamerkan senyuman buat Cara.

"Eh Lissa jangan la nak berCik Cik. Formal sangat. Saya tak suka." arah Cara.

"Terima kasih tau Lissa. Susahkan Lissa pulak kena jaga Cara." sambung Cara lagi.

"Cara jangan risau. Lissa okay je lagipun Lissa dapat kawan baru!! Muehehehe." senyumannya sudah cukup untuk membuktikan bahawa dia gembira dengan kehadiran Cara di sini.

Setelah itu, Lissa membersihkan tubuh Cara dengan tuala basah. Biasa la, tak boleh bangun lagi. Rasa macam orang cacat dah. Hm.

"Tapi awak ni beruntung tau dapat memiliki hati Sir Aryan. Dia tu dahla bukan macam manusia. Seram tau tengok muka dia. Nak tengok dia senyum pun susah apatah lagi nak sayang orang." Lissa mengajak Cara bersembang sambil memakaikan Cara baju.

"Apa maksud Lissa? Saya baru je kenal dengan Aryan. Mustahil dia sukakan saya." balas Cara. Dahinya turut berkerut.

"Tapi Sir Aryan dah lama kenal awak."

Tiba-tiba sahaja nama Lissa dipanggil. Dia meninggalkan Cara dengan penuh tanda tanya. Aryan dah kenal dia lama? Apa maksud Lissa?

Malam hari menjelma..

Bilik yang didiaminya ini sangat tenang dan sangat besar. Walaupun hampir kesemua perabot disitu berwarna gelap. Namun disebabkan bilik ini ditingkat atas dan memiliki balkoni yang sangat besar sudah cukup untuk menenangkan perasaannya yang penuh persoalan.

Bulan pada malam ini sangat cantik. Bintang-bintang juga turut serta menghiasi bulan. Indahnya bagai bulan dipagar bintang.

Ketika itu Carl tiba-tiba masuk ke dalam bilik. Sejak Cara tinggal di sini, tidak pernah sekalipun dia membuka tudung yang menjadi mahkota buatnya. Memang tidaklah, diaorang ni dahla bukan jenis ketuk pintu dahulu. Main redah je. Geramnya eee.

"Hello signora. Tak tidur lagi ye awak. Dah pukul 12 tepat ni." ujar Carl setelah langkahnya memasuki ruang bilik tersebut.

"Saya belum mengantuk. Lagipun langit malam ni cantik! Mana boleh sia-siakan peluang untuk merenung langit malam." balas Cara penuh teruja.

"Sama macam Sir Aryan. Dia pun macam awak. Saya masuk bilik awak pun sebab dia suruh saya tengokkan awak."

"Hm. Boleh saya tanya sesuatu?" soal Cara.

Carl sekadar mengangguk tanda setuju.

"Sir Aryan pergi mana? Kenapa dia cakap dia takkan ada beberapa hari ni?"

"Aip. Tak sampai sehari takkan dah rindu kot." Carl mengusik Cara. Namun betul juga apa yang Carl cakap. Bukan urusan dia untuk mengambil tahu. Tapi hatinya sangat menagihkan jawapan.

Cara hanya diam melayani perasaannya sendiri. Apa dah jadi ni? Wujud perasaan aneh yang tak pernah dia rasakan. Rindu? Ah tidak mungkin. Dia belum kenal siapakah Aryan yang sebenarnya.

"Oh signora don't be like this. Sir Aryan ada urusan dekat Milan, Italy. Sebab itu dia tak ada dekat sini." Carl menjawab apabila melihat Cara sudah hanyut dengan perasaan sendiri.

"Dia Malaysian or Italian? Saya tengok dia mahir berbahasa Italy." soal Cara lagi. Cara tekad memerlukan jawapan.

"He's originally a Malaysian. Italy is just his second home. And Sir Aryan juga merupakan kacukan Italy. Dia pernah stay dekat Malaysia and dalam masa yang sama dia juga stay dekat Italy." Carl memberi penjelasan dengan cukup teliti.

Cara sekadar mengangguk dan Carl terus berlalu keluar selepas mengarahnya untuk tidur. Sekarang ini ada masalah besar. Macam mana dia nak buang perasaan aneh ini?

Dia sendiri tidak dapat menjelaskan apa yang dia rasakan ketika ini. Dan lagi satu. Apa yang Lissa beritahu pagi tadi sudah lama berlegar di dalam mindanya.

"Tapi awak beruntung tau dapat memiliki hati Sir Aryan."

Ya Allah help me. Bella help me please..

Matanya dipejam rapat.

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now