Part 5 : Signor Aryan

Start from the beginning
                                    

"Kenapa saya kena minta izin dia? Dia siapa?"

"One day you will know my dear."

Ayat tu kedengaran sangat tidak enak. Kalau kau orang ada otak, mesti dah tahu ayat itu seperti menyimpan rahsia yang besar.

Manakala situasi di gudang pula..

"KAU UPAH LUCAS UNTUK APA-APAKAN CARA KE? KAU NAK AKU ULANG LAGI KE SIAL?!" Aryan mengeluarkan pisaunya untuk memprovosikan lelaki itu.

"Let me tell you, you don't mess with me or my lady." Aryan menyiat kulit muka lelaki itu.

"Baik..ba...baik aku cakap! Ye betul aku upah Lucas sebab dia dah lama tergilakan Cara tapi itu semua atas a...arahan boss aku." jujur lelaki itu kerana tidak mampu menahan perit apabila mukanya disiat.

"Bagus. Ada juga mulut longkang kau tu. Sekarang bagitahu, siapa boss kau yang cerdik sangat tu?" soal Aryan sambil mengelap darah lelaki itu.

Diam. Sunyi sepi.

"KAU NAK AKU ULANG LAGI? AKU TANYA KAU NI BANGSAT! JANGAN BODOH SANGAT!!!" pisau itu ditusuk pada telapak tangan lelaki itu beberapa kali.

"A..AKU TAK TAHU! KAMI TAK PERNAH NAMPAK MUKA BOSS KAMI!!" balas lelaki itu apabila dia tidak mampu menahan sakit. Terus sahaja tangannya direntap.

"Okay cukup. Aku rasa kau tak ada guna dah." Aryan menghadiahkan senyum senget tatkala lelaki itu mengerang kesakitan.

"One last time, you don't mess with D'King." senyum sinis dipamer. Senyuman seakan iblis.

"Or my woman."

"Voglio che lo uccidi. Poi brucialo vivo. (aku nak kau bunuh dia. Lepastu bakar dia hidup-hidup)"

"Buon, Signor!"

Lelaki itu tidak faham Italy. Riwayatnya mungkin akan tamat pada malam yang indah ini. Anak buah Aryan mengeluarkan sepucuk pistol dan..BANG! Headshot.

"Rayyan!"

"Yes sahabatku!"

"Aku tak rasa musuh kita akan duduk diam-diam. Lepasni aku nak kau ketatkan kawalan kawasan rumah aku tu. Aku taknak dia diapa-apakan. Dia mesti selamat!" arah Aryan.

"Petik jari aja, signor." Ray mengenyitkan matanya.

"Jangan cakap je. SEKARANG!!!" jerit Aryan.

"Eh ngisau lah garang sangat." ujarnya sebelum beredar. Sempat lagi tu.

-

ARYAN pulang ke rumahnya. Dia terus membersihkan diri sebelum masuk ke bilik yang ditempatkan Cara.

Cara sudah dihanyutkan mimpi.

"Beautiful. One day you will be mine." Senyuman terukir.

-

Cara menangis teresak-esak setelah kejadian itu berlaku. Dia tidak kuat. Adik lelaki yang paling rapat dengannya sudah meninggal. Itu pun kerana dilanggar atau lebih tepat lagi, dia merasakan semua ini bukan kebetulan.

Setelah mendengar berita tersebut, dia terus menghilangkan diri dan menenangkan perasaannya di pantai. Hanya dia seorang sahaja disitu. Namun tiba-tiba..

"Pretty woman doesn't deserve to stay alone here." lelaki itu senyum penuh bermakna.

Cara hanya diam dan beredar dari lelaki itu tanpa kata-kata.

Namun lelaki itu masih tidak mengalah. Lelaki itu merentap kuat tangan Cara dan memaksanya untuk mengikuti lelaki itu. Cara memberontak namun dia dibalas dengan sepakan pada perutnya. Sangat perit ya anak-anak. Semasa lelaki itu memaksanya masuk ke dalam kereta..

"HOI KAU LEPASKAN PEREMPUAN TU SEKARANG!!" jerit lelaki itu.

Lelaki yang menyeksa Cara tadi terus melarikan diri. Lelaki itu terus sahaja melarikan diri setelah melihat muka lelaki yang menyelamatkan dirinya. Dia hairan namun Cara tidak terus menunggu disitu. Dia terus melarikan diri tanpa sempat melihat wajah lelaki tersebut.

"It's you. Dolce cuore."

Itulah pertemuan pertama Aryan dengan Cara. Cara tidak pernah tahu siapakah lelaki yang menyelamatkan dirinya. Sejak itu, Cara sudah memberi impak besar dalam hidup Aryan. Dia telah jatuh cinta. Hatinya yang keras itu akhirnya dicairkan oleh wanita yang telah dia selamatkan.

-

"To..tolong saya. Ja..jangan bunuh saya. Saya taknak mati lagi." Cara bercakap di dalam tidurnya sehinggakan air matanya mengalir.

"Hey hey what's wrong? You're safe here. Kau selamat dengan aku, Estella." pujuk Aryan.

Cara membuka matanya. Dia tersedar dari mimpi tersebut. Mimpi yang sudah lama menghantui dirinya selama 3 tahun ini. Tiga tahun telah berlalu sejak dia kehilangan adik kesayangannya.

"TOLONG!! LELAKI ITU NAK BUNUH SAYA!!" Cara menjerit kuat dan menangis teresak-esak.

Tanpa dia sedar. Dia sedang mendakap lelaki itu. Dia sedang memeluk Aryan.

"Tesoro. I've told you. I hate tears. Jangan menangis, tesoro. Kau mimpi je ni." Aryan memujuk dengan mengusap belakang Cara.

Cara terus melepaskan pelukan. Dia baru sedar..

"Saya minta maaf. Saya tak berniat. Saya..saya mimpi buruk tadi."

"Jangan risau Estella. Kau nak kawin dengan aku terus pun tak apa."

"Wait what?! No." Cara terus menyampuk.

Beberapa minit telah berlalu. Aryan menyuap Cara makan dek kerana tangannya yang penuh luka itu tidak mampu untuk dia bergerak.

"Saya rindu ayah. Saya nak call ayah saya boleh? Saya nak phone saya." Cara meminta izin.

"Not now dolce cuore. Aku taknak bahayakan nyawa kau dengan biarkan kau call ayah kau. And your phone was broken after the accident." balas Aryan.

"Apa maksud awak? Kenapa boleh bahayakan nyawa saya pulak?" Dahinya berkerut. Kenapa bahaya?

"One day you will understand."

Again. Again and again. Cara cukup terkesan dengan ayat itu. Penuh makna yang tersirat. Aryan sangat misteri baginya. Mysterious Cold Man. Mungkin elsa dah bekukan hati dia? Senyum pun susah macam orang yang tiada perasaan.

"Now, aku nak kau tidur. Jangan fikir dan jangan bergerak sangat. Nanti kau juga yang sakit lepastu menyusahkan aku." Aryan hanya memandang wajah Cara sekilas sebelum dia berlalu pergi.

Cara masih dengan tanda tanya. Terlalu misteri. Tidak menahu la bahawa dia selamat atau tidak jika berada di sini lama-lama.

OMG GUYS!! Author tidak sanggup nak menulis watak Aryan. Takut ter fall in love hm. Btw enjoy your reads!!

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now