"Assalamualaikum, cikgu." Ucap mereka serentak.

"Walaikumsalam, duduk." Arah Puan Faridah .

"Hari ni kita buat soalan vector. Buka soalan past year sekarang." Arah Puan Faridah. Matanya tertancap ke arah Adra yang kelihatan tidak bermaya itu.

"Adra..." Panggil Puan Faridah.

Adra mengangkat wajah memandang Puan Faridah. Semua pelajar di situ turut memandang ke arahnya serentak.

"Okay tak?" Soal Puan Faridah. Adra mengangguk perlahan. Terasa berat mulutnya ingin bercakap.

"Jangan mengitu, kamu tak sihat ni. Nina... Syafa... Bawa Adra pergi bilik rawatan sekarang." Arah Puan Faridah. kepada Nina dan Syafa.

"Saya okay, cikgu." Tolak Adra lembut.

"Jangan degil, Adra. Kamu kalau demam boleh pengsan. Nina, Syafa..."

"Tak apa. Saya pergi sendiri." Tolak Adra lagi. Za'im di sebelah hanya mendiamkan diri. Adra bingkas bangun lalu bergerak ke hadapan menuju ke pintu kelas.

Entah kenapa pandangannya menjadi kabur dan gelap. Terhempas dia ke lantai kelas. Bunyi kuat menyentakkan semua orang.

"Ya Allah, Adra!!" Terjerit Puan Faridah.

Za'im yang terkejut terus menuju dan melutut di sebelah Adra yang sudah tidak sedarkan diri. Berkali-kali dia menampar pipi Adra namun tiada respon dari dia. Za'im sempat menekap belakang tangannya di dahi Adra. Ni dah boleh goreng telur dah dekat dahi Adra.

"Ehh! Za'im nak buat apa ni?" Soal Puan Faridah gelabah dengan tindakan Za'im yang mengangkat Adra seperti bridal style

"Bawa pergi hospital." Jawab Za'im. Tanpa menunggu respon dari Puan Faridah, Za'im bergegas keluar kelas.

"Za'im!" Panggil Puan Faridah.

Kelas 5 Epsilon yang mendengar jeritan Puan Faridah bingkas bangun. Jannah serta Ayu berdiri berlari ke muka pintu apabila ternampak Za'im mendukung Adra dengan tergesa-gesa.

"Wey! Za'im! Kau nak bawak Adra pergi mana?!" Jerit Jannah kuat namun tak dihiraukan oleh Za'im.

******

Lepas sahaja habis sekolah. Semua kawan-kawan Adra bergegas ke hospital. Kelas seminar add math tadi terus di batalkan oleh Puan Faridah.

Bilik yang di tempatkan oleh Adra di tuju. Mereka melihat Adra masih terbaring tanpa sedarkan diri. Za'im di sebelah Adra pantas bangun memberi ruang kepada Ayu dan Jannah.

"Ya Allah, Adra..." Ayu menghampiri duduk di sisi Adra. Tangan adra diraih. Berair mata melihat tubuh Adra yang lemah dan wajah yang pucat itu.

Jannah menyilang tangan memandang tajam ke arah Za'im yang jelas kelihatan risau.

"puas?" soal jannah kepada za'im.. Za'im hanya mendiamkan diri. Za'im membalas renungan jannah. Jelas riak wajah jannah sangat marah. Tinggal nak meletop sahaja.

"Seronok tengok kawan aku menderita?" Soal Jannah lagi.

"Jannah dah lah..." Ayu cuba menghentikan pergaduhan yang cuba dimulakan oleh Jannah.

"tak! aku kena ajar mamat ni.. Eh za'im, ego kau tu tak boleh tinggi lagi? Hah?! Aku geram lama dengan kau ni.. Kalau kau tak suka adra.. Putus pertunangan ni, Kau jangan buat dia beria dari awal.. Salah apa adra dekat kau. hah?!" soal jannah dengan suara yang dingin

"Sebab kau tau dia demam!"

"Berani betul kau tinggal kawan aku dekat situ... Hujan tahu tak semalam!!"

ZA'IM UKHROWI [C]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum