"Muhammad Adrian Isyraf Dato' Arffan Helmi" 

Sebaik sahaja sebaris nama disembut oleh pelajar yang menjadi pengacara majlis, Aira mengangkat wajahnya memandang ke hadapan pentas utama. Kelihatan Adrian yang segak memakai jubah dan topi graduasi sedang berjalan menaiki tangga lalu berjalan ke arah lelaki yang merangkap President of Scarlett Foundation, sebuah yayasan yang menyalurkan peruntukan kewangan pada mereka serta menyediakan scholarship kepada pelajar yang memerlukan bantuan kewangan. 

"Nur Sya'Aira Erissya Tan Sri Shazley Eden" mendengar namanya dipanggil, Aira segera berdiri lalu berjalan ke dalam barisan sambil mata masih memandang pada layar utama yang memaparkan wajah Adrian bersama namanya. 

Adrian menyambut sijilnya lalu memandang ke arah kamera. Selesai sahaja, dia segera berjalan turun dari pentas lalu kembali ke tempat duduknya semula. 

"Adrian, you nampak Aira?' soal Hani sambil lehernya dipanjangkan seperti zirafah bagi mencari Aira. Mustahil gadis itu tidak hadir pada majlis ini kerana bagi Aira hari graduasi lah hari yang ditunggu-tunggu gadis itu. 

Adrian menggeleng tidak tahu. 

"You still cari Aira ke Hani? Dah nak ranking top 10 ni, maybe Aira ada dekat situ. Diakan clever girl" tegur Zack yang duduk di sebelah Hani. Tidak dinafikan walaupun dibuli dan dipanggil nerd, kepintaran Aira masih tidak dapat dilawan oleh mereka. 

Hani memandang tajam Zack. Dipukul lengan sasa lelaki itu. 

"Nak kata I tak pandai la ni hah?" marah Hani lalu mencebik. Zack hanya menggeleng kepalanya melihat kelakuan Hani. 

"Dah nak masuk top 2 pun still tak ada nama Aira ni" Hani mengeluh, punyalah dia bersemangat menunggu tetapi nama Aira masih belum diumumkan. 

"What is her full name?" soal Zack. Walaupun mereka satu kelas tetapi dia tidak pernah tahu apa nama penuh Aira. 

Hani melihat Zack manakala Adrian juga turut tersedar akan hal ini. Ya, nama penuh Aira. Malangnya mereka tidak tahu nama penuh gadis itu. 

Syaf yang duduk di meja bulat bersama ibu bapanya membuka akaun Instagram miliknya. Ada isu yang mula timbul apabila dirinya dirakam oleh pelajar-pelajar di sini tetapi apa yang lebih menjadi isu ialah kakaknya. Netizen mula menyuarakan pendapat mereka, adakah Aira merupakan pelajar di situ. 

Pelbagai video dari berlainan sudut diambil oleh pelajar-pelajar yang melihat mereka semasa berada di pintu masuk. 

Iqbal terbangun dari baringannya setelah sekian lama dia meng-scroll akaun Twitter miliknya. Ammsyar dan Fekry yang pelik melihat kelakuan itu mula berbalas pandangan. 

"Kau kenapa?" soal Ammsyar. 

"Sya'a" muncul satu nama dari mulut Iqbal membuatkan dua jejaka itu pelik. Kenapa nama Sya'a tiba-tiba sahaja dipetik? Pada situasi ini? Dalam keadaan ini?

"There was a fuss about Syaf's video with Sya'a coming to the graduation ceremony at Scarlett" tutur Iqbal sebaris. 

Serentak, Fekry dan Ammsyar memandang antara satu sama dengan kening yang sudah bertaut. 

"They are twins, and we know that Syaf is at Evolution while Sya'a— " 

"Sya'a was the one who was holding the graduation robe" kata-kata Fekry dipotong oleh Iqbal berdasarkan video yang dilihatnya. Dia sangat pasti benda yang dipegang oleh Sya'a itu merupakan jubah graduasi Scarlett kerana semalam dia melihat jubah yang sama tergantung elok di dalam bilik Adrian. 

"We never know about Sya'a before" tutur Ammsyar. 

"Dude, ask Ad" arah Iqbal memandang Fekry. tetapi dia tidak yakin Adrian akan melihat telefonnya kerana itu merupakan majlis rasmi. 

Entah bagaimana, Adrian tergerak hati untuk melihat telefon pintarnya, nasib menyebelahi Fekry apabila message jejaka itu muncul pada skrin utama telefon Adrian. 

"Sya'a at Scarlett?" mulut Adrian bergerak membaca message yang terpapar pada skrin. 

"Nur Sya'Aira Erissya Tan Sri Shazley" 

Mendengar nama itu, spontan Adrian mengangkat wajahnya memandang ke arah pentas utama. Mata jatuh pada layar yang memaparkan nama pelajar tersebut dan di sebelahnya juga terdapat gambar. Mata Adrian membulat. Segera dia melihat figura belakang badan seorang gadis yang sedang menaiki anak tangga dengan kasut tinggi dan jubah graduasi elok tersarung. 

"Tu— tu bukan gambar Aira ke?" pertanyaan Hani menyedarkan Adrian. 

Mata memberi fokus kepada gadis yang sedang berjalan untuk mengambil sijilnya, side profile gadis tersebut tampak berbeza daripada Aira yang dikenalinya. Namun apabila gadis itu menoleh untuk memandang kamera, seluruh tubuh Adrian terkaku di tempat duduknya. 

Semua pelajar yang berada di dalam dewan tersebut terpanar melihat gadis yang kini berada di atas pentas dan gambar yang sedang terpapar jelas di layar utama. 

Syaf dari tempat duduknya sudah tersenyum sinis. Nampaknya urusan di sini sudah selesai. Suatu kenangan masa silam yang akan dilupaka Sya'Aira sebaik sahaja dia melangkah keluar dari dewan ini. 

'Game over'

TO BE CONTINUED

The Secret Instafamous✓Where stories live. Discover now