TSI 19

4.8K 573 17
                                    

Evolution High School

Langkah Syaf terhenti, dia baru sahaja melangkah keluar dari lab sambil memegang iPad pada tangan kirinya.

Getaran yang dirasakan pada bahagian poket seluarnya membuatkan dia berhenti.

"Kau gerak dulu. Aku nak angkat call" arah Syaf kepada kawannya. Terus dia berjalan ke arah yang berlawanan dari jalan sepatutnya dia pulang ke kelas.

Tangan kanan diseluk masuk ke dalam poket seluarnya. Nama pemanggil dilihat pada skrin telefonnya sebelum panggilan itu diangkat.

Mama is calling...

Melihat nama pemanggil di skrin membuatkan Syaf memandangnya pelik. Jarang sekali Datin Alaia menghubunginya pada waktu sesi persekolahan.

Segera diangkat panggilan itu tanpa membuang masa.

"Ye ma"

"Syaf"

"What's wromg with your voice?"

Mendengar suara Datin Alaia menyebut namanya sahaja dia sudah risau. Pasti ada sesuatu yang terjadi.

"Can you go home now?"

"Why? What's wrong?"

"Your sister, she—"

Tidak menunggu lama, Datin Alaia juga tidak sempat menghabiskan ayatnya, Syaf telah mematikan panggilan lalu berlari meninggalkan bangunan akademik.

Datin Alaia menurunkan tangannya ke sesi selepas menelefon anak lelakinya. Mata sayu memandang Aira yang hanya duduk di birai katil dan berdiam diri sejak pulang dari sekolah dua hari lalu.

Sejak itu, anak gadisnya tidak mahu pergi ke sekolah sehingga dia terpaksa menelefon pihak sekolah untuk mengetahui apa yang terjadi kepada Aira menyebabkan gadis itu tidak mahu buka mulut.

Awalnya dia tidak mahu melibatkan anak lelakinya tetapi pasti Syaf dapat mengetahui puncanya kerana mereka berdua merupakan kembar. Hendak tak hendak dia mengambil keputusan untuk menghubungi anak lelakinya bagi mengelakkan sesuatu yang buruk terjadi kepada Aira lagi.

Sebuah BMW M8 berwarna black matte masuk ke dalam perkarangan rumah banglo. Syaf tergesa-gesa keluar dari keretanya. Pintu dihempas kasar lalu berlari masuk ke dalam rumah.

"Mama"

Syaf mendapatkan Datin Alaia yang hanya berdiri di hadapan pintu bilik tidur Aira yang tertutup.

"Syaf"

Syaf melihat wajah Datin Alaia yang jelas memaparkan kerisauannya.

"Mama jangan risau. Nanti Syaf tanya Sya okay. She will be fine. Trust me" pujuk Syaf lalu menenangkan wanita itu dengan pelukannya.

Aira duduk di kerusi yang tersedia di balkoni biliknya sambil memegang secawan air coklat panas. Matanya jatuh memandang pemandangan gunung-ganang di hadapannya. Bunyi ketukan pintu langsung tidak mengganggu dirinya. 

"Sya'a aku masuk ni" tutur Syaf yang masih di muka pintu. Tombol pintu ditolak lalu pintu dibuka. Syaf melangkah setapak masuk ke dalam bilik si kakak. 

Mata meliar mencari kelibat si kakak. Ruang tamu yang berada di dalam bilik itu menyapa matanya sebaik sahaja dia membuka pintu. Pintu balkoni yang terbuka menarik perhatiannya. 

"Sya" 

Langkahnya terhenti melihat figura Aira yang duduk membelakanginya melalui cermin kaca pintu sliding door. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa menampar wajah Aira. 

The Secret Instafamous✓Where stories live. Discover now