TSI 27

4.9K 594 48
                                    

Sebelah tangan Syaf memegang stereng manakala sebelah lagi direhatkan di atas riba. Dia memandu santai pada tengah malam tersebut tanpa kesesakan lalu lintas di tengah-tengah ibu kota.

Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik sahaja majlis tamat. Ekor matanya mengerling melihat Aira yang hanya memilih untuk mendiamkan dirinya sejak dia meninggalkan kakaknya bersama Adrian. Dia tidak tahu apa yang dibicarakan oleh kedua mereka.

"Ad cakap apa dengan kau tadi?" Syaf mencuba nasib memberanikan diri untuk menyoal. Tetapi jika kakaknya tidak mahu menjawab maka pilihan yang dia ada ialah menutup mulutnya juga.

"About Aira" balas Aira pendek. Jari bermain-main dengan trofi yang berada di atas ribanya.

Pada malam itu dia memenangi anugerah influencer yang paling mendapat undian tertinggi bersama Adrian juga yang turut sama memenangi kategori tersebut. Namun, dia tidak banyak membuka mulut.

"Memang kau yakin kau dengan dia tak ada harapan? Walaupun sikit?" Soal Syaf lagi.

Aira mengeluh kemudian menggeleng.

"Tak ada. Takkan ada. Adrian— dia tahu apa yang dia mahukan. Dia tidak akan berpatah balik dengan keputusan dia" balas Aira lalu memandang langit malam melalui tingkap kereta.

"Aira" suara Hani menangkap deria pendengaran Aira yang baru sahaja keluar dari pejabat dengan memegang sehelai kertas.

"Hani" sebut Aira.

"You buat apa dekat pejabat?" Soal Hani ingin tahu.

"Oh, ambil surat graduasi ni" balas Aira tenang. Mereka berjalan beriringan menuju ke kelas.

"Oh, lupa pula you tak datang haritu. Hrm— tak sangka dah nak habis sekolah" ujar Hani bagaikan tidak percaya yang mereka akan menamatkan zaman persekolahan mereka tidak lama lagi sebaik sahaja menduduki peperiksaan untuk masuk ke universiti atau kolej pilihan mereka berakhir.

Aira hanya mengangguk tanda setuju. Tetapi pada tahun terakhir dia di sini, bermacam-macam perkara terjadi kepadanya sebaik sahaja Adrian berpindah ke sini. Harapannya hanya mahu menghabiskan sekolah tahun terakhirnya secara senyap tanpa sebarang masalahnya.

Graduation, satu hari yang dia tunggu-tunggu. Hari yang bakal mengubah hidupnya. Hari di mana dia tidak perlu lagi untuk ke sekolah. Dia tidak perlu lagi menghadap semua ini.

"Adrian" dari jauh Hani memanggil Adrian yang berjalan menuruni tangga. Lelaki itu memijak anak tangga yang terakhir sebelum mengangkat wajahnya memandang ke arah pemilik suara yang memanggil namanya.

'Kenapa kau pergi panggil dia pula Hani?'

Hati Aira sudah berbisik. Air mukanya cuba dikawal sebaik mungkin.

Dengan berat Aira melangkah menghampiri Hani dan Adrian yang berada berhampiran tangga.

"Aira" panggil Adrian sebaik sahaja gadis itu berhenti melangkah. Aira tersentak apabila namanya keluar dari mulut Adrian.

"Ya?" Soal Aira dipegang kemas surat pada tangannya.

"Good luck" tutur Adrian pendek.

Lambat Aira mengangguk kerana bingung lalu mengucapkan terima kasih kepada Adrian.

"Jom la masuk kelas" Hani menarik lengan Aira menuju ke kelas.

Adrian memandang pemergian dua gadis itu sepi. Sebelah tangannya diseluk masuk ke dalam poket seluarnya.

'Selamat tinggal, Aira. Thank you for all the memories'

"College enterance exam is just around the corner, so twins where you guys want to go?" Soal Tan Sri Shazley memandangkan pihak sekolah kedua-dua anak kembarnya sudah memberikan kad jemputan ke majlis graduasi mereka tidak lama lagi.

The Secret Instafamous✓Where stories live. Discover now