TSI 30

7.4K 682 76
                                    

"Bro, hey" Iqbal menghulurkan tangannya kepada Adrian lalu disambut lelaki itu.

Ammsyar duduk diam membelek akaun Instagram miliknya di hadapan Adrian.

"Apa jadi semalam?" Soal Fekry ingin tahu.

"Nothing much" balas Adrian malas.

"Tu je?" Soal Ammsyar.

Adrian mengangguk malas. Ammsyar dah Fekry berbalas pandangan. Musykil mereka jika tiada apa-apa yang berlaku menyebabkan Adrian tidak mahu membuka mulut. Hanya sepatah sahaja yang dia jawab.

"Seriously?" Iqbal yang sedang membuka aplikasi Instagram terkejut.

Adrian memandang sambil sebelah keningnya terangkat.

"Kau kenapa?" Soal Fekry pelik. Ammsyar menutup telefon pintar lalu meletakkannya di atas meja.

Iqbal menukar posisi telefon pintarnya menghadap kawan-kawannya yang lain. Pada paparan skrin iPhone 13 Pro Max itu jelas terpapar Instagram Stories milik Syaf yang sedang merakam perbuatan Sya'a sedang memasukkan beg bagasi ke dalam bonet kereta. Diselitkan juga satu ikon kapal terbang di situ.

"She's leaving?" Tebak Fekry dengan nada sedikit terkejut. 

Ammsyar memandang Adrian. Mereka berdua bertukar pandangan.

"I'm leaving" tutur Adrian secara tiba-tiba. Lelaki itu bangun lalu berlari anak meninggalkan cafe tersebut.

"Dah la kau ni. Bosan peminat kau tu asyik tengok muka aku ni dengan Instagram kau" marah Sya'a sambil menolak lengan Syaf yang dari tadi asyik mengambil video dan gambarnya sejak dari rumah lagi. 

Sya'a mengacau minumannya menggunakan penyedut minuman sementara menunggu waktu penerbangan yang telah ditetapkan. Sengaja mereka tiba awal di sini kerana tidak mahu bersesak-sesak dengan orang ramai. Ibu bapanya sudah pulang sebentar tadi kerana mereka perlu menguruskan sesuatu. 

Tiba-tiba telefon pintar Sya'a berbunyi menandakan ada satu notification dari Instagram. Mata Sya'a melihat paparan skrinnya lalu dahinya berkerut. 

"Adrian Isyraf?" gumamnya melihat nama itu yang muncul pada skrinnya. 

"Why?" soal Syaf pelik setelah melihat Sya'a membatu memandang skrin telefon pintarnya. Jejaka itu mengerling ke arah skrin telefon pintar Sya'a. 

"Kenapa Ad dm kau tu?" soal Syaf pelik.

"Tak tahu" balas Sya'a lalu mengambil telefon pintarnya. 

"Can we meet?" Sya'a membaca direct message yang diterimanya daripada Adrian. 

Syaf yang mendengarnya terus memandang Sya'a. 

"Again? " tutur Syaf tidak percaya. 

"May be dia ada benda yang tertinggal semalam" tebak Sya'a selamba lalu bersandar pada kerusinya. Keadaan di Starbucks itu tidak terlalu padat dengan pelanggan mungkin kerana masih awal. 

Jari bergerak membalas direct message Adrian. 

"Don't be so mean, sister. You will scare him" perli Syaf lalu menyedut air minumannya sedikit demi sedikit sambil memerhati dua pelanggan perempuan yang sedang memandang ke arah mereka. Dia hanya memberikan sebaris senyuman yang membuatkan mereka over excited. 

"I know what to do" balas Sya'a malas menadah telinganya dari mendengar bebelan si adik. 

Sebuah McLaren 720s berhenti di petak tempat letak kereta. Pemiliknya keluar dari kereta kemudian menekan alarm. Kaki berjalan masuk ke dalam bangunan. Kaca mata hitamnya dibetulkan bagi mengelak dirinya menjadi tarikan pengunjung. Sebelah tangan mengeluarkan telefon pintar dari dalam poket seluar lalu menelefon seseorang. 

The Secret Instafamous✓Where stories live. Discover now