TSI 23

5K 590 20
                                    

"Tarik diri?" Adrian melangkah menghampiri Serena yang baru sahaja memberitahu satu berita mengejut kepada mereka. Amalin juga mengekori langkah Adrian dari belakang. 

"Can you say it again, Serena? What do you mean by that?" soal Adrian seolah-olah tidak percaya. 

"She wished to withdraw from this competition" jelas Serena. Amalin juga terkejut dengan berita itu. Ketika mereka keluar semalam, Aira tidak mengatakan apa-apa seperti dia mahu menarik diri. Ini merupakan berita baru buatnya. 

"Who? Said who?" soal Adrian masih lagi sukar untuk mempercayainya kerana tiada siapa yang mempunyai nombor telefon milik Aira. 

"Aira, herself" serentak Adrian dan Amalin berpaling. Kelihatan Syaf muncul di belakang pentas lalu berjalan ke arah mereka dengan sebelah tangannya diseluk ke dalam poket seluar.

"Yes, Aira called me last night and she doesn't want to continue anymore" sambung Serena. 

"As you guys heard. She quit" Syaf menguatkan lagi penjelasan Serena. Adrian memandang semula ke arah Syaf. 

"How can you be so sure about that Syaf?" soal Adrian sengaja menguji lelaki itu. 

"That is not important because we already have her decision" Syaf cuba melarikan topik dengan tidak menjawab soalan Adrian. Jika dia jawab yang dia dengar sendiri daripada Aira mungkin Serena dan Adrian akan mengesyakinya sesuatu. Manakala dia tidak perlu risau mengenai Amalin. 

Mendengar kata-kata Syaf, tangan Adrian membentukkan penumbuk. Cuba untuk menahan dirinya kerana dirasakan Syaf seperti menyembunyikan sesuatu daripada mereka. Amalin pula memilih untuk menutup mulutnya serapat yang boleh. 

"Kau terlalu yakin Syaf, macam kau dengar daripada mulut dia sendiri" tebak Adrian memandang Syaf sinis. 

Syaf mengawal air mukanya walaupun apa yang dikatakan Adrian itu merupakan fakta. 

"Macam mana Aira tak tarik diri kalau punca dia ialah kau, Adrian Isyraf" Syaf menambahkan minyak ke api yang sedang marak. 

"Syaf, stop" Amalin yang dapat membau api-api daripada Syaf segera menghentikan lelaki itu jika tidak habis terbakar kelak. 

"Jom Syaf" pantas Amalin menarik Syaf untuk pergi bersamanya. Melihat Adrian tidak berkata-kata pasti lelaki itu sedang memikirkan apa yang telah terjadi selama ini angkarannya. 

Syaf akur hanya membiarkan Amalin menariknya pergi. Dia juga tidak mahu memburukkan keadaan walaupun Aira tiada di sini melihat mereka. 

Aira menikmati makan tengah harinya di bahagian halaman tepi rumah di mana terletaknya taman bunga yang dijaga oleh Puan Sri Ara sebagai hobi mengisi masa lapang. Cawan teh kembali diletakkan di atas piring. Akhirnya dia mempunyai hari cuti yang dapat dinikmatinya. Nampaknya keputusannya untuk menarik diri dari pertandingan tersebut sepatutnya dibuat dari awal lagi. Pasti semua itu takkan terjadi kepada dirinya. 

Tangan menongkat dagu di atas meja. Mata memandang ke arah langit yang membiru. Hati mula tertanya-tanya apa yang sedang terjadi di dewan sekolahnya. 

'In the end, I refused to tell the truth'

'In the end, I don't know what is in your mind, Aira'

Bunyi enjin kereta yang masuk ke perkarangan rumah menarik perhatian Aira. Dirinya masih memandang ke arah skrin televisyen yang sedang memaparkan cerita yang menjadi pilihannya.

Pintu rumah ditutup Syaf selepas menukar kasut. Sejurus itu, dia berjalan terus masuk ke kawasan ruang tamu selepas mendengar bunyi televisyen terpasang.

The Secret Instafamous✓Where stories live. Discover now