HANI SYAFIRA & HARIZ HAKIM

305 24 3
                                    

Sebulan kemudian,

"Assalamualaikum umi"ujar Hariz.

"Waalaikumsalam. Eh awat tak masuk terus. Kesian dekat Sya dengan anak-anak tu. Panas"ujar umi.

"Sya dengan cucu-cucu tokmi jomlah masuk"

"Baik umi"aku, Hariz dan anak-anak melangkah masuk ke rumah umi.

"Ayah mana umi?"soalku.

"Ayah dia keluar kejap. Beli kuih dengan cucur untuk minum petang. Mesti dia beli sikit ja ni. Sebab dia dengan umi ja. Jap umi call dia"

"Eh tak payah la umi. Ni Hariz ada beli sikit tadi. Hariz keluar sekejap nak ambik dalam kereta. Tadi suruh Hadi, dia boleh keluar macam tu ja"ujar Hariz.

"Eh walid ni, bila walid suruh Hadi ambik?"

"Tadi kan sebelum sampai rumah tokmi"

"Tak dengar pun"

"Macam mana nak dengar. Main handset ja dari tadi"Hariz menjeling Hadi.

"Eh dahlah. Diam-diam"ujarku.

"Ok"ujar Hariz lalu melangkah keluar ke kereta mengambil kuih yang dibeli tadi.

"Ni umi. Nak Sya tolong bancuhan air tak?"

"Ish tak payah. Kamu tu tengah sarat. Nanti terberanak dalam dapur tu, susah pulak"

"Hihihi. Baiklah"aku tergelak kecil. Umi berlalu dari situ dan ke dapur.

"Hani nak masuk bilik tak?"soal Hariz.

"Nak"

"Jom. Hana pun dah tertidur ni"ujar Hariz.

"Bonda, kenapa kain bonda basah?"soal Haura apabila melihatku bangun dari sofa.

"Basah? Mungkin air tumpah kot"

"Aihh takkan la nak beranak dah. Due date seminggu lagi. Selalunya dua tiga hari sebelum due date"ujarku di dalam hati.

"Eh bonda ni. Kan tokmi tengah bancuh air lagi"ujar Hadi.

"La Hani kenapa tak masuk lagi?"soal Hariz apabila selesai meletakkan Hana yang ketiduran di dalam bilik.

"Ni walid kain bonda basah"ujar Hadi.

"Basah?"Hariz melihat kainku.

"Eh hubby sakit ni"ujarku sambil memegang perutku yang mulai memulas.

"Ya Allah nak beranak dah ni"ujar Hariz gelabah. Halah dia ni anak nak dekat lima duk gelabah lagi.

"Eh kenapa ni?"soal umi apabila terdengar kekecohan yang berlaku di ruang tamu rumahnya.

"Ni Sya nak beranak umi"ujar Hariz.

"La tunggu apa lagi. Bawak la dia pergu hospital"Hadi dan Haura hanya diam memerhatikanku, walid dan tokmi mereka.

"Jom Hani"Hariz mula memimpinku hingga masuk ke dalam kereta.

"Cepat hubby"aku menggenggam tangannya erat.

"Sabar sayang. Hembus tarik. Ikut hubby,hembus tarik"

"Eh hubby ni. Orang tarik hembus"ya Allah dia punya gelabah tak leh bawak main. Takkan la lepas hembus tarik. Orang tarik hembus.

Sesampainya kami di hospital, Hariz terus berlari keluar dari kereta untuk meminta pertolongan dari nurse yang berada di kaunter untuk meminjam kerusi roda untuk membawa ku.

Akhirnya, dia sampai lalu memimpinku keluar dari kereta dan aku ditolak masuk ke bilik bersalin. Dan dia juga mengikutiku.

Alhamdulillah aku bersalin normal kepada anak kembarku. Dan ianya sepasang.

"Bonda!"jerit ketiga-tiga anakku. Sekarang aku sudah dipindahkan di wad. Mereka datang bersama tokmi dan tok ayah mereka.

"Assalamualaikum umi"ujarku lalu menyalami tangannya.

"Waalaikumsalam Sya"umi mengusap kepalaku yang dilitupi tudung.

"Anak-anak bonda nakal tak dekat rumah tokmi?"

"Tak. Baik jer kan tokmi?"ujar Haura.

"Ha. Semua behave jer"ujar umi.

"Bonda mana baby?"soal Hadi.

"Tak tahu. Mungkin ada dengan walid kut"

"Tak sabar nak jumpa baby"ujar Haura.

"Ana un (Hana pun)"

"Hana pun dah jadi kakak"ujar Haura kepada Hana.

"Yeay. Ana dah adi tatak (Hana dah jadi kakak)"

"Hahhaha"aku dan umi tergelak.

"Ha Sya mana laki kamu?"soal ayah yang baru masuk ke dalam wad.

"Rasanya dia urus kembar tu. Sebab Sya sedar tadi pun dia tak ada"terangku.

"Ouh tak apa la. Sat ayah nak keluar beli air. Cucu-cucu tok ayah nak ikut tak?"

"Nak"ujar mereka serentak lalu mengikut tok ayah mereka ke kantin hospital. Tak lama selepas itu,

"Hello bonda"ujar Hariz sambil menolak dua troli hospital yang meletakkan anak-anakku.

"Eh umi dah sampai? Mana yang lain?"soal Hariz apabila ternampak umi di sebelahku.

"Ayah dia pergi beli air dengan anak-anak kamu"

"Ouh ok"ujar Hariz lalu mengangkat kembar itu dan diletakkan di lenganku.

"Comelnya cucu-cucu tokmi"ujar umi.

"Kan"ujarku.

"Assalamualaikum"ujar sesorang dan aku kenal suara itu.

"Waalaikumsalam. Eh ibu, abah"aku menyalam tangan mereka setelah umi mengangkat salah seorang anakku.

"Ya Allah. Comelnya. Putih pulak tu"ujar ibu apabila melihat anakku.

"Alhamdulillah rezeki"ujar Hariz.

"Hello. Kami dah balik"ujar Hadi diikuti Hana, Haura dan ayah.

"Eh aby (Eh baby)"ujar Hana lalu menghampiriku.

"Omelnya (Comelnya)"ujar Hana mengusap lembut pipi adiknya. Kami tergelak kecil apabila mendengar mulut kecil itu berkata.

"Yeayy! Hadi dah ada geng"sorak Hadi.

"Hahhaha"

"Bonda nama dia apa?"soal Haura.

"Yang abang Hud Saifullah. Yang adik Nurul Humaira"

"Sedap nama tu"ujar ibu dan umi.

"Hadi sekarang dah ada 4 orang adik"ujar Hariz.

"Tu la"keluh Hadi.

"Jadi abang yang baik tau"pesan Hariz.

"Baik bonda,walid"

"Tapi kan bonda, Hadi ada sesuatu nak cakap dekat author dan readers"

"Nak cakap apa?"soalku.

"Hadi nak cakap terima kasih dekat author sebab tulis cerita ni. Dan kepada readers pulak terima kasih sudi baca cerita kami. Lagi satu tolong support author ok. Kesian dia. Hihihi"

"Kami sekeluarga juga mengucapkan terima kasih dekat author dan readers. Untuk IlaHassan9890 terima kasih bagi nama dekat si kembar ni"ujarku.

"Bye. Kami sekeluarga mintak diri dulu"ujar Hariz.

"Jap, walid. Ni nak bagitahu. Haritu Hadi terdengar author nak buat cerita  maklong. Tapi dia kata nak tunggu 1K readers. So kalau sesiapa nak jumpa Hadi lagi support la cerita ni. Jumpa lagi nanti tau. Next cerita. Bye"

Cinta Tak Diduga©Where stories live. Discover now