Bab 5

322 28 1
                                    

"Weyh, hang nak tau berita tergempar tak?"soal Syidah. Syidah siapa yang tak kenal si kaki gosip.

"Ha apa dia?"soalku kembali.

"Tadi kan aku ada la terdengar budak darjah 5 suka dekat Hariz"beritahu Syidah.

"Biasalah abang ketua pengawas siapa yang tak suka. Plus, handsome bak kata budak tu la. Bukan aku"acecceech cover.

"Susah betul bila crush kita ada ramai peminat"ujarku dalam hati. Jeleous eh.

"Ish, ang ni termenung pulak dengaq tak aku cakap apa tadi?"

"Orang dengar ja la"

"Okay, apa aku cakap tadi?"waduh soalan apakah ini?

"Hehehe. Tak tahu beb. Tak dengar pun"ujarku sambil menggaru kepala.

"Tu la hang. Takpa la abaikan jerlah aku cakap apa tadi"

"Merajuk ka??"

"Tak aihhh. Aku kesah apa janji aku dapat cerita sudah. Nak dengaq tak nak dengar ikut hampa la. I don't care. Whatever"ujar Syidah. Kekwat betul.

"Aku nak pi cerita dekat orang lain pulak"sambungnya.

"Syidah... Syidah kalau hang tak kepoh sehari tak boleh ka"ujarku setelah dia berlalu.

"Weyh, Hariz aku nak tanya lepas ni waktu apa?"tanya ku kepada Hariz yang baru tiba di tempat duduknya.

"Nanti, waktu pendidikan Islam. Ustaz Ridhuan suruh pi surau..Buat tasmik"ujar Hariz.

"Okey"

"Nak tanya hang ni Hariz?"

"Apa?"

"Hang dengar tak lagi cerita pasal hang tu"

"Dengar dah. Alah biasalah kita dalam golongan mamat-mamat yang handsome. Entah-entah hang pun suka dekat aku apa?"soalan yang tidak pernah akan ku jangka.

"Amboi. Elok sikit. Mana ada"balasku selamba. Padahal dalam hati siapa yang tahu.

"Ermmm okay"ujar Hariz lemah, kecewa.

"Eihh pasaipa dia nih?"soalku dalam hati. Dah la malas pikir.

"Dah la nak pi dengar depa gosip apa pulak"aku pergi ke arah Syidah dan yang lain.

************************************

Beberapa bulan selepas itu, semua murid darjah 6 mula menghadiri kelas tambahan petang dan malam. Hari ini, tarikh 24 September, dimana semua murid darjah 6 perlu menduduki UPSR di seluruh negeri serentak.

"Ya Allah, takutnya" ujarku.

"Jom mandi, satgi nak kena pi sekolah dah" aku turun dari katil dan menuju ke bilik air.

"Insyallah semua akan dipermudahkan" ujarku usai memakai baju sekolah.

"Assalamualaikum ibu, orang nak pi sekolah dah"ujarku sambil memakai kasut.

"Waalaikumussalam. Ok, anak ibu nih buat baik-baik tau periksa tuh"

"Baik ibu. Bye"aku selesai memakai kasut dan menaiki basikal menuju ke sekolah. Harini kena naik basikal baru cepat sampai ma.

"Bye"ibuku berlalu dan masuk ke dalam rumah.

Setibanya aku di sekolah,

"Assalamualaikum Syidah,Siti"

"Waalaikumussalam Sya"ujar mereka serentak.

"Weyh takut nak periksa"rungutku.

"Ang boleh la buat. Haritu percubaan hang dapat 4A2B"ujar Syidah kepadaku.

"Entah dia nih, dah pandai pun takut lagi"Siti menyokong pernyataan Syidah.

"Alah korang pun sama,boleh buat"ujarku.

"Dahlah. Jom cikgu panggil dah tu"ujarku.

"Ok jom"kami bersama-sama menuju ke dewan.

Cinta Tak Diduga©Where stories live. Discover now