BAB 12

436 55 16
                                    

"Habis tu macam mana? Takkan nak biarkan dia dekat sini?" Tanya megat.

"Tak apa! Nanti aku try bercakap dengan emma. Mana tahu dia boleh tolong.

"Emma? Siapa?" Tanya sham.

"Yang nak tapakkan kau tadi! Kalau aku jadi emma, aku lempar je kau dari tingkat 7 ni. Hmm!"

"Ooh si tomboy tu. Bukan ke kau kawan baik dengan dia?" Tanya sham.

"Ye lah disebabkan kawan baik lah aku nak minta tolong! Kau apa tau?" Ucap aku seraya meninggalkan sham dan megat. Aku turun ke tingkat 6 untuk jumpa dengan emma.

Selesai berbual dengan emma, emma setuju untuk tolong munirah. Lega lah sikit. Satu hal dah selesai. Aku pun naik ke tingkat 7 siap-siap untuk balik. Tapi sebelum tu aku ada pesan dekat sham dan juga megat untuk bawa munirah ke tingkat 6. Takut emma terlupa.

"Eh asal kau tak nak bawa je? Dah alang-alang kan?" Ucap sham.

Aku berpaling. Porch bag dan sweater yang tersangkut dikerusi aku ambil.

"Tanggungjawab kau!" Ucap aku lantas melangkah.

Sham tersengih.

"Eleh! Padahal tak nak jumpa dengan hanafi lah tu." Ucap sham.

Pen yang berada diatas meja aku capai dan aku baling tepat kena dekat kepala sham.

"Aduh! Woi!! Sakit lah!"

"Padan muka kau!" Ucap megat tergelak.

Alhamdulillah. Selesai uruskan jenazah pakcik kebun tersebut. Tahlil pun dibuat 3 hari 3 malam. Banyak versi sebenarnya apa yang aku dengar tentang pakcik kebun ni. Tapi yang aku tak pasti, objek yang jatuh tu angkara orang atau benda tu. Wallaualam. Keesokkan hari aku dengan yang lain pergi kerja macam biasa. Buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Malam itu aku dengan yang lain duty macam biasa. Munirah pun selepas kejadian itu tak tahu kemana perginya. Tak apa lah. Janji dia bahagia dengan kehidupannya.

"Aiih! Penat lah." Ucap harris duduk dekat sofa.

Aku yang tengah buat laporan berpaling sekilas kearahnya.

"Apa kes?" Tanya aku.

"Tak ada lah. Banyak sangat kes! Penat aku nak melayan. Susahkan jadi macam kita ni?"

Aku tergelak. "Biasalah tu."

"Abang harris nak air? Adik sham nak tolong buatkan."

Aku berpaling ke arah sham yang tengah pegang cawan. Aku tergelak.

"Woi gila! Kau dah kenapa?" Tanya harris.

"Dia nak try kau lah tu ris!" Ucap dewi.

"Aku ni minat perempuan. Straight lagi okay. Aku tak minat lelaki.!" Ucap harris.

Aku masih lagi tergelak-gelak sambil memandang jam dekat pengelangan tangan. Sudah nak ke angka 11.

"Ni sham! Kau nak pergi buat air, kau pergi buat sekarang!" Ucap aku.

"Eh dah dekat pukul 11 ke?" Tanya sham.

Aku menganggukkan kepala. "Cepat-cepat!" Ucap aku.

Sham terus melangkah ke arah pantry. Tak lama tu sham datang bersama cawan ditangan. Tengah aku dengan yang lain borak-borak tu, tiba-tiba jantung aku berdegup laju. Aku tak senang duduk.

"Kau okay?" Tanya sham tiba-tiba

Aku menggelengkan kepala. Aku menarik nafas panjang lantas mengembus. Sham tiba-tiba datang duduk dekat depan aku.

KISAH SERAM BANGUNAN BERHANTUWhere stories live. Discover now