BAB 27

546 61 0
                                    

"Auww" Ucap aku perlahan. Aku terus buka mata dan memandang sekeliling. "Aduh!" Mengeluh aku sambil memegang kepala aku yang tengah sakit.

"Kau okay j?" Tanya sham.

"Aku kat mana?" Tanya aku.

"Kau dekat hospital."

Aku memandang sham dekat sebelah. 'Setahu aku semalam aku dekat parking tingkat 9. Macam mana tiba-tiba aku boleh dekat hospital pulak?'

"Macam mana aku boleh dekat hospital?"

"Nanti aku cerita. Kepala kau sakit ke?"

Aku hanya menganggukkan kepala.

"Tak apa lah j. Kau rehat lah dulu. Aku nak pergi cafe. Kau nak apa-apa tak?." Tanya sham. Belum sempat sham nak melangkah, aku pegang tangan kanan sham.

Aku menelan liur yang terasa kesat untuk bercakap. "Aaanuar mana?" Tanya aku sambil memandang sekeliling.

"Berderau siot jantung aku bila kekasih hati memegang tangan aku dengan kedua tangannya." Ucap sham gedik.

Aku terus hadiahkan satu cubitan padu yang aku simpan selama ini dekat lengan sham. Berkeriuk muka sham.

"Sakittttt gila! Wuuuuu pedih! Pedih!" Ucap sham mengeletek lantas mengosok lengan tangan dia.

"Rasakan! Aku tanya elok-elok kau main-main. Dah berambus sekarang!"

"Aku mana ada main-main j! Berdebar jantung aku tau!" Ucap sham.

"Kau nak kena lagi ke?" Tanya aku.

Sham terus mengundur.

"Okay tak nak!" Ucap sham lantas berlari keluar dari bilik.

Aku terus baring dan memandang siling. Otak aku ligat memikirkan apa yang terjadi semalam. Apa yang berlaku? Kenapa aku dekat sini? Mana sham dan anuar semalam? Siapa yang dalam kereta anuar? "Allahuakbar" Ucap aku perlahan lantas menyapu muka dengan telapak tangan. Oleh kerana kepala aku berdenyut, aku terlelap kembali. Aku tersedar around 3 pm. Telinga aku menangkap bunyi orang bercakap. Aku memandang sekeliling. Tak ada siapa-siapa. Tiba-tiba perasaan takut datang. Serta merta aku terus bangun dan duduk. Aku memandang depan. Sham dan anuar tengah berborak dekat atas sofa.

"Aku nak balik." Ucap aku tiba-tiba.

Sham dan anuar berpaling.

"Eh dah bangun kau j. Risau gila aku.!" Ucap anuar.

Aku hanya tersenyum pahit.

"Aku nak balik. Dah nak malam."

Sham memandang jam dekat pengelangan tangan dia. Dahinya berkerut.

"Baru pukul 3 gila. Apo nak malam.!"

KISAH SERAM BANGUNAN BERHANTUTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang