BAB 7

772 66 1
                                    

SORRY LAMBAT UPDATE.. URUSKAN MY MOM SAKIT.. HOPE GUYS DOAKAN MY MOM SIHAT OKAY.. TQ.. I ❤️ YOU..


"J!! Kau okay tak?" Tanya anuar dekat pintu.

"Toooolongg aku!" Ucap aku perlahan sambil aku mengangkat tangan melambai ke arah anuar dan sham

"Kenapa tak boleh buka pintu kau ni?"

Suara anuar dan sham sayup-sayup kedengaran dekat telinga aku. Tak lama tu aku dengar azan yang berkumandang. Belum sempat mata aku nak tertutup, aku terasa diri aku seperti diawang awangan. Tak lama tu aku tak sedarkan diri.

Selepas beberapa jam, aku tersedar. Itu pun maria yang kejutkan aku. Aku terus bangun dan duduk. Aku memandang sekeliling. Pelik.

"Apa yang berlaku sebenarnya?" Tanya aku dekat maria yang berada didepan aku.

Maria berpaling memandang ke arah anuar dan sham.

"Kau tak sedarkan diri." Ucap sham tiba-tiba.

Otak aku terus berputar memikirkan apa yang berlaku sebenarnya. Tiba-tiba

"Kejap! Kenapa aku rasa dalam bilik aku seperti ramai orang?"

Anuar pandang sham dekat sebelah. Lantas dia bersuara.

"Sebenarnya aku dengan sham pun kena. Masa tu aku dengan sham kat dalam bilik tengah borak-borak. Tiba-tiba bilik aku jadi macam samar-samar. Tak lama tu jadi tak selesa. Berpeluh. Nak cakap diorang tutup aircond tak sebab aku ada call megat. Megat cakap dia hanya buka untuk beberapa ruang je. So makin lama makin terasa bahang panas, kitaorang buat keputusan untuk keluar dari bilik. Benda yang pertama selepas aku keluar dari bilik, aku fikirkan kau j."

Aku termanggu seketika. Termenung dekat lantai tak tahu apa yang aku fikirkan. Tapi apa benda eh? Belum sempat aku nak buka mulut. Tiba-tiba

Tap!!

Suasana menjadi gelap serta merta. Maria dekat sebelah memaut tangan aku. Aku cepat-cepat keluarkan telefon dan onkan flashlight. Aku menyuluh ke arah anuar dan sham. Tapi diaorang berdua tak ada ditempat yang aku suluh tu. Aku menyuluh ke arah maria dan memandang sekilas. Rupanya maria yang aku sangka peluk aku tu rupanya perempuan yang aku nampak dekat pantry.

"Allah!" Jerit aku terus bangun berdiri.

"Sham! Anuar! Maria!" Jerit aku sambil melangkah dan menyuluh ke tempat lain.

Aku melangkah ke pantry dan menolak pintu laluan nak ke tangga puaka dan tandas. Masa aku menolak pintu tu, tiba-tiba

Pap!

KISAH SERAM BANGUNAN BERHANTUWhere stories live. Discover now