BAB 7

430 48 2
                                    

"Serius lah. Jap!" Ucap harris mengeluarkan telefon didalam porch bag. Harris menunjuk meseg wasap yazer dekat aku. Automatik bulu roma aku berdiri tegak. Liur aku rasa pahit yang teramat sangat. Aku serahkan telefon dekat harris semula.

"Habis yang...." Tanya aku tanpa menghabiskan ayat. Otak aku laju berfikir.

Harris memandang aku.

"Itu yang aku pelik. Kalau bukan yazer, siapa dengan kau yang menyamar jadi yazer tu?" Tanya harris.

Aku tak menjawab soalan harris sebab aku sendiri tak tahu nak jawab apa. Aku meraup muka dengan kedua telapak tangan. Tak lama tu lampu merah icu terpadam. Muncul seorang doctor lelaki yang baru keluar dari bilik tu.

"Macam mana dengan kawan saya?"

"Oh kawan mega sawati? Dia tak apa-apa." Ucap doctor tersebut lantas berlalu pergi.

Aku yang turut berdiri lantas duduk kelegaan. Kalau jadi apa-apa jenuh nak menjawab dengan family dia. Harris duduk dekat sebelah aku. Tangan kiri dia letak ke tangan kanan aku.

"Kalau kau rasa tak nak kena debik, kau angkat tangan kau sekarang!" Ucap aku.

Harris tergelak.

"Amboi! Garang betul kau eh? Aku ni nak tolong transfer kekuatan dekat kau!"

Aku menjebekkan mulut.

"Banyak lah kau punya transfer." Ucap aku.

Harris bersama sisa ketawanya dan dia bangun berdiri.

"Eh dah lah. Jom aku hantar kau balik ke ofis balik. Nanti esok mega dah masuk wad baru kita pergi tengok. Rasanya malam ni tak boleh kot." Ucap harris.

Aku menganggukkan kepala. Hanya mengikut saja. Lagi pulak badan aku penat yang teramat sangat. Aku dengan harris terus keluar dari bangunan hospital tersebut. Sampai saja dekat ofis, aku dengan harris berpisah dan aku terus balik ke kampung baru. Sampai saja rumah, aku terus letakkan porch bag kat atas meja. Aku melangkah longlai masuk ke dalam bilik air. Masa ni aku menangis sekuat hati aku.



Bermula dari situ lah bangunan yang berhantu bertambah berhantu.

"Uiii!"

Aku berpaling. Apa yang terlayar 2 minggu lepas hilang sekelip mata selepas disergah oleh seseorang. Tapi alhamdulillah, mega selepas daripada kejadian tu sihat seperti sediakala.

"Hai kesayangan!"

Aku terus berpaling.

"Nak apa wahai encik hisham?

"Uii nama penuh betul kau kasi. Siap bin lagi. SAH!" Ucap sham lantas mencapai kunci kereta aku yang aku letak ke atas meja.

"Sah otak kau!" Ucap aku lantas menepuk tangan sham.

"Aduh sakit!"

"Nak apa?" Tanya aku.

"Rindu lah dekat kau" Ucap sham.

Belum sempat aku nak bersuara, tiba-tiba.

Arggghhhh!! Arghhhhh!! Ada perempuan menjerit dari bawah.

Aku dengan sham berpandangan lantas berlari ke tingkap. Sekujur tubuh dah terbaring kat atas tanah. 'Pak cik kebun?' Tanya aku dalam hati. Aku berpaling pandang ke arah perempuan yang menjerit tu. Terduduk agak jauh dari situ. Terkejut agaknya. Tapi perempuan tu siapa? Tak lama tu semua orang dari dalam bangunan ni keluar untuk melihat apa yang berlaku termasuk aku dan sham. Kitaorang berdua turun mengunakan tangga. Sampai saja dekat bawah, aku terus mendapatkan megat. Megat memandang aku sekilas.

"Kenapa?" Tanya aku.

"Tak tahu aku." Ucap megat.

KISAH SERAM BANGUNAN BERHANTUWhere stories live. Discover now