SHDC 31

1.6K 104 23
                                    

Ivan menutup pintu apabila dia dan Marlene sudah masuk ke dalam kamar. Sebaik pintu sudah tertutup rapat, terus saja Marlene menarik kasar lengannya yang dipimpin oleh Ivan tadi. Dia duduk di atas katil.

"You need anything?" Ivan bertanya lembut. 3 hari Marlene dipantau di hospital, hari ini dibenarkan discaj. 3 hari 3 malam juga dia tinggal dan bermalam di wad menemani Marlene. Dilupakan Anaya sebentar dengan harapan Anaya akan memahami keadaannya.

"Nanti i prepare bilik bawah. Supaya you tak payah naik turun tangga." Kata Ivan. Biarpun ragu-ragu, dia tetap mengambil tempat di sebelah Marlene. Tangan Marlene ingin dicapai tapi Marlene lebih pantas mengelak.

"Mesti you penat kan? Terpaksa berlakon peduli pasal i?" Perli Marlene. Andai saja tiada ibu mertuanya di sini, jangankan diteman, dilayan dengan baik begini, barangkali Ivan menjenguk pun tidak.

"Kenapa cakap macam tu? I tak berlakon. I really care about you. I sayang you. I dont want anything bad to happen to you and our baby." Jawab Ivan panjang lebar. Terus kedengaran tawa sinis Marlene. Marlene menoleh ke arah Ivan. Mata itu direnung sedalamnya. Mencuba cari rasa cinta dan kasih Ivan buatnya, yang dulu mampu mendamaikan jiwa yang gelisah. Tapi detik ini, dari sepasang mata itu, dia hanya mampu melihat bayangan Ivan dan Anaya sedang bermesraan. Bayangan pengkhianatan, bayangan kecurangan. Yang hanya membawa kepada rasa sakit yang seakan tidak tertanggung.

"Sayang? Cinta?" Soal Marlene. Dia berhenti seketika. Menahan rasa sebak. Rasa amarah. Rasa kecewa. Dia tidak mahu menangis lagi, apatah lagi di depan Ivan. "Kalau sayang, kalau cinta, kenapa you curang? Tell me, why you cheat?" Ditekan suara kali ini saat bertanya. Ditekan perkataan curang itu sekerasnya.

"Marlene, i.."

"Why? That is my question." Tegas Marlene, dipotong saja bicara Ivan.

"Because i love her." Jawab Ivan. Jawapan paling jujur yang mampu dia berikan. Kerana memang tiada sebab lain dia menjalin hubungan dengan Anaya. Bukan kerana Marlene kurang sempurna atau kerana Anaya lebih sempurna. Hanya kerana, dia memang sangat mencintai Anaya. Anaya sudah menakluki tempat yang istimewa di hatinya.

Masing-masing diam selepas itu. Marlene buntu. Bingung. Tidak tahu harus berkata apa. Andai saja bisa dilihat luka di hati, pasti sesiapapun akan mengasihaninya. Hari ini, setelah 7 tahun mereke mendirikan rumah tangga, suaminya mengaku.. dengan mulutnya sendiri, dan dia dengar dengan telinganya sendiri, dia melihat dengan sepasang matanya setiap riak muka dan gerak bibir Ivan, saat Ivan mengaku dia mencintai wanita lain selain dirinya. Apakah ada kesakitan yang akan lebih sakit dari ini?

"Do you love me?"

"Yes. Of course i love you!" Yakin Ivan memberi jawapan. Marlene mengeluh berat. Otaknya tidak mampu menghadam semua ini. Dia tidak faham bagaimana Ivan boleh mencintai Anaya dan dirinya pada masa yang sama.

"You need to choose Ivan. Dia atau i? I dont want her in our relationship."

"Marlene. Please. You cant be selfish. I.."

"Wait, wait, wait.." Marlene menghentikan Ivan. Dia meletakkan jari telunjuknya di bibir Ivan. "I selfish?" Soal Marlene dengan nada dan riak tidak percaya. Di mana logiknya aku yang selfish?

"I cant leave her." Kata Ivan.

"Then, leave me. Lets get divorce." Bila hati sudah kian hilang rasa, bila hati sudah lenyap rasa bahagia. Perpisahan mula diutara. Mungkin itu yang terbaik. Biarpun tidak mudah.

"No!" Tentang Ivan. "Dont ever mention divorce Marlene!" Ivan memberi amaran keras. Marlene mengurut pelipisnya, semakin dia berbicara dengan Ivan, semakin jauh penyelesaian dalam hal ini.

"Then, tell me, apa yang you nak sebenarnya, you dont want to leave her, you dont want to let me go too. You want both of us. You yang selfish Ivan!" Herdik Marlene. Entah bagaimana tanpa sedar, satu tamparannya hinggap di pipi Ivan.

"Puas?" Duga Ivan. Dia menjeling Marlene tajam sebelum keluar dari kamar. Langkahnya terhenti apabila dia mendengar suara esak tangis yang datang tidak jauh dari pintu kamarnya.

"Liam.." panggil Ivan lembut. Dia terus duduk mencangkung di hadapan anaknya itu. Kepala Liam diangkat sedikit.

"Kenapa nangis sayang?"

"Daddy and mummy fight. Daddy and mummy dont love Liam anymore." Luah Liam. Terus saja Ivan menarik Liam ke dalam dakapannya. "Hey.  Hey.. my big boy.. dont say that. Daddy and mummy love Liam so much." Ivan memujuk sambil mengusap  belakang Liam. "Yes, we do fight. But that does not mean we dont love you." Sambung Ivan. Dia meleraikan pelukan antara mereka. Tubuh kecil Liam didukung. Dia berjalan menuju ke arah Marlene yang berdiri di luar kamar. Marlene pantas mengelap sisa air mata di pipinya.

"Mummy, daddy. Please dont fight anymore. Nanti Liam sad." Pinta Liam di hadapan Ivan dan Marlene. Kedua mereka berasa sangat terpukul dengan permintaan Liam. Marlene mengangguk.

"Jangan sedih lagi. Daddy loves you, loves mummy.." ucap Ivan lalu mengucup pipi Liam. Dia kemudian menundukkan sedikit badannya dan mengucup kejap bibir Marlene. Marlene hanya menahan walau sebenarnya sangat tidak rela.

*Laaa.. minta cerai taknak pula.
*Poor Liam
*Vote and comment!

SATU HATI DUA CINTA (COMPLETED) Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz