Prak!

Bungkusan hadiah yang baru dibelinya tadi jatuh keatas lantai. Tanpa berlengah dia berlari keluar dari hospital itu.

Afif yang terkejut bingkas bangun mengejar langkah Ain.

"Ain! Ain! Sayang!"

Semua yang ada disitu hanya melihat. Sedikit sebanyak hairan melihat mereka.

Afif melihat kekiri dan kekanan apabila melihat tidak ada kelibat isteri kesayangannya itu. Tangannya ralit mencari telefon di poket kot dan seluarnya tetapi tidak ada. Rambutnya diraup kasar. Tanpa berlengah dia berlari naik ke atas. Kunci kereta dan telefonnya diambil sebelum menelefon Ain. Bungkusan kecil di tepi pintu itu dilihat penuh penasaran.

Bungkusan itu dicapai lalu dibuka. Sehelai baju bayi yang bertulis 'You are my Dad' dipandang penuh tanda tanya. Jangan cakap...

Sekeping kad di dalam bungkusan itu dicapai.

'Bie! We're gonna be a mommy and daddy! Congrats bie and happy anniversary!'
                    

Tengku Afif Rifqi terus memeluk baju bayi itu. Tanpa sedar air matanya mengalir. Dia nak jadi ayah dah? Afif mengelap air mata yang jatuh, dengan pantas dia menelefon nombor Ain lagi. Risau pula dengan keadaan isteri tersayangnya itu.

Tok! Tok! Tok!

Pintu biliknya diketuk kuat sebelum dirempuh.

"Dok..doktor Afif. Is.. isteri doktor.." tersekat-sekat suara nurse yang mahu menyampaikan sesuatu itu.

"Kenapa dengan isteri saya?" Tanya Afif. Dadanya berdegup kencang.

"Isteri doktor kemalangan! Keretanya berlanggar dengan ambulance di simpang depan hospital"

Dang!!

Baju bayi ditangannya serta merta jatuh. Kemalangan?

"Mana dia?" Tergesa-gesa Afif turun dari hospital itu.

"Emergency! Emergency!" Sayup-sayup kedengaran suara-suara yang begitu menggusarkan hati seoarang Dr. Afif Rifqi. Kebanyakan doktor pakar sudah pun berlari ke ruangan Emergency.






"We need obstetrician, ASAP!"

"The baby's condition is very weak!

"The baby is gone!"

"Defibrillator! 250 joules!"

Terjerit-jerit doktor yang bertugas itu mengarah. Saat ini lah yang paling ditakuti parah doktor. Kalau-kalau mereka gagal menyelamatkan pesakit.

Entah mengapa kaki Tengku Afif Rifqi membawanya ke ruangan itu. Dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat pesakit yang terlantar penuh darah itu adalah isteri kesayangannya, Nur Ain.

"Up 400 joules!" Cukup 3 kali, dan doktor yang mengenakan defibrillator pada Ain menggelengkan kepalanya.

"Time of death, 01:36 pm"

"Sayang! Ain!" Afif memeluk tubuh kaku Ain.

"Jangan tinggalkan bie, sayang tolong bangun" rayu Tengku Afif Rifqi. Tubuh Ain digoyangkan dengan kuat dengan harapan isterinya itu bangun dari situ. Tangannya naik mengusap perut Ain. Perasaanya bercampur baur. Bukan secepat ini!

"Sayang!!!"























.

.

.

Disclaimer: Semua penggunaan alat, istilah, kata dan prosedur hospital di atas dan yang akan datang adalah tidak benar/tidak pasti/direka-reka. Mungkin ada alatan/istilah yang betul-betul digunakan oleh hospital/doktor tapi saya pun tidak pasti betul ataupun tak cara saya gunakan dalam cerita ni. Saya bukan pelajar kedoktoran dan semua sumber berkaitan 'hospital' adalah berdasarkan Google.

Kalau ada yang salah saya minta maaf, dan jangan segan kalau nak kongsi pengetahuan diruang komen ya!











Hi guys, saya harap korang enjoy baca karya saya yang ni pula. Jangan lupa vote dan tinggalkan komen ya! Kalau baik hati follow lah saya sekali hehe~


Bahagia yang dipintaWhere stories live. Discover now