Prolog~

203 4 0
                                    

Doktor Afif Rifqi berjalan masuk ke dalam hospital itu dengan wajah yang begitu gembira sekali. Teguran-teguran rakan sekerjanya dibalas mesra.

"Weh, bahagia sungguh muka kau harini" tegur Dr. Ryan sambil melingkarkan tangannya di bahu Afif.   Afif Rifqi ketawa megah.

"Mestilah, aku tak sabar-sabar nak balik ni" balas Afif sambil mengangkat kening. Dr Ryan mencebik.

"Eleh kau, mentang-mentang dah kahwin bolehlah kau buat muka macam tu" sindir Ryan. Afif terus memburai ketawa megahnya. Serta merta wajah isteri tersayang bermain diminda.

"Hah, tengok tu mula dah tersengih-sengih. Aku rasa kau kena cek gula dalam badan ni. Kot-kot terlebih gula boleh potong kaki weh" kata Ryan lagi. Semakin lama dia tengok muka Afif, semakin meluat dia rasa. Apa ingat dia seoranh jer boleh senyum-senyum ingat bini?

"Suka hati akulah. Kau tak payah nak dengki dengan aku. Ni untuk pengetahuan kau, harini anniversary aku dengan Ain. Mestilah aku happy dan teruja nak sambut anniversary ketiga kami" jelas Afif. Ryan hanya menganggukkan kepala. Siapa cakap dia dengki?

"Dahlah, aku nak tengok pesakit aku ni. Kau tak nak balik ke ?" Tanya Afif sejurus memakai kot doktornya.

"Nak balik lah ni. Tapi bila nampak muka seposen kau tu aku singgah bagi perhatian" gurau Ryan sambil berlalu keluar dari bilik Afif. Afif pula hanya menggelengkan kepalanya perlahan. Lebih baik dia mulakan tugas dia sebagai seorang doktor di hospital itu.






                          "Alhamdulillah, akhirnya ada juga rezeki kamu nak mengandung ya. Tahniah Ain" kata Tengku Maria. Tubuh Ain ditarik kedalam pelukan. Menantu kesayangan lah katakan. Ain pula tertawa kecil.

"Kan, Ain pun tak sangka. Dah lama kami tunggu saat-saat ni" kata Ain dengan mata yang bersinar-sinar. Pelukan ibu mertuanya dibalas mesra.

"Ni kamu kena banyakkan berehat tau. Awal-awal ni tak elok bergerak banyak sangat" pesan Tengku Maria.

"Ya mama. Tapi tenghari ni Ain nak keluar lah ma. Ain nak buat surprise kat bie" kata Ain memberitahu tentang cadangannya.

"Ehh, tunggu jer lah Afif tu balik" halang Tengku Maria. Bukan apa cuma risau.

"Tak boleh lah ma. Ain ingat nak sediakan surprise buat bie. Harini kan anniversary kami" kata Ain bersungguh-sungguh.

"Hmm yelah-yelah. Ikut kamu lah. Tapi kena hati-hati tau. Kandungan Ain masih baru lagi" pesan Tengku Maria sambil mengusap perut kempis Ain. Ain pula menganggukkan kepalanya penuh yakin. Tak sabarnya nak jumpa suami tersayang. Dalam otaknya sudah merangka hadiah apa yang dia mahu beri pada Afif. Mungkin sepasang kasut atau cari baju baby yang ada tulis 'Dad'?

Dia yakin Afif sudah menyediakan persiapan majlis ulang tahun perkahwinan mereka seperti tahun sebelum-sebelumnya. Jadi dia hanya perlu menyediakan 'hadiah' buat Afif. Kali ini hadiah ulang tahun perkahwinan mereka sangat spesial, sebab kehadiran anak yang dinanti akhirnya ada. Sudah lama mereka menanti saat-saat ini. Lagi-lagi Afif seorang yang suka akan kanak-kanak. Dia begitu bersyukur, suaminya itu sanggup menunggunya sehingga dia benar-benar bersedia mahu memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Dengan perasaan teruja, Ain melangkahkan kaki ke hospital milik keluarga Tengku Afif Rifqi. Kakitangan hospital yang melihatnya terus sahaja menundukkan kepala tanda hormat padanya. Ain pula tidak menghiraukan mereka. Fikirannya lebih tertumpu untuk mencari Afif. Setibanya dia di bilik yang bertanda Dr. Afif, jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Ain menarik nafas panjang.

"Tenang, Ain. Tenang"

Tangannya naik membuka pintu bilik Dr. Afif itu.

"Bie!" Panggil Ain penuh teruja sebelum keterujaannya mati apabila melihat adegan seorang perempuan yang sedang mengurut bahu suaminya itu. Adegan yang pada penglihatannya itu cukup menunjukkan bahawa Afif... Curang?

Bahagia yang dipintaWhere stories live. Discover now