𝑬𝒑𝒊𝒍𝒐𝒈𝒖𝒆

Start from the beginning
                                    

Tengku Dayang menghampiri Shayla.

"Kalau Shayla rasa sedih kehilangan suami, ingat bonda pernah kehilang suami juga. Dan sekarang bonda hilang lagi satu anak bonda. Seorang ibu mana yang tak sedih dengan berita macam ni. Bonda nak Shayla tahu yang Bonda sentiasa ada untuk Shayla." Bibir tua itu merekah senyum. Remuk hatinya dengan berita pemergiaan Aariq. Sebagai seorang ibu, dia meredhai pemergian anaknya itu. Dia berdoa agar Aariq ditempatkan dalam kalangan orang yang baik-baik.

Shayla memandang wajah redup Tengku Dayang. Di sebalik senyuman kecil itu tersembunyi seribu satu kesedihan. Kalau ibu Aariq boleh kuat, jadi dia kena kuat.

"Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 28 bermaksud, bagaimana kamu tergamak kufur atau mengingkari Allah padahal kamu dahulunya mati belum lahir, kemudian Ia menghidupkan kamu, setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula pada hari akhirat kelak, akhirnya kamu dikembali kepada-Nya untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan."

Mereka menoleh ke arah Aayyan yang mendekati mereka. Lelaki itu menyeka air matanya dengan hujung baju. Adiknya sudahpun pergi buat selamanya. Satu-satunya adik yang paling rapat dengannya.

Terngiang-ngiang amanah Aariq beberapa hari lalu kepadanya,
"Yan, aku tak ada nanti tolong cium pipi Bonda untuk aku. Tolong tengokkan anak bini aku. Aku sayang kau, abang. Terima kasih selalu ada untuk aku."

Bahunya tanpa sebarang isyarat ditepuk perlahan sebelum tangan itu beralih mengusapnya.

"Allah lebih sayangkan Aariq." Mendengar saja suara Aathif, langsung Aayyan melepaskan tangisan di bahu abangnya itu. Kini, hanya tinggal mereka berdua dan Dalia sahaja.

Selepas Aakhif, Tuan Aydan pergi meninggal mereka semua. Kini, Aariq.

Aathif memeluk tubuh Aayyan erat. Dalia macam biasa menangis di bahu Mikael. Walaupun dia dan Aariq selalu berbalah, namun dia sayangkan abangnya itu.

Baru-baru ini, Aariq menelefonnya. Dia juga hairan dengan sikap abangnya itu. Malangnya dia tidak dapat menghidu perkara sebenar.

"Dalia, aku sayang kau tau. Memang aku suka cari pasal dengan kau. Tapi dalam sudut hati aku yang paling jauh dan dalam, kau adik aku yang aku sayang. Kau satu-satunya adik aku. Selamanya adik aku. Kalau Mikael sakitkan hati kau, kau pijak aje dia. Dia memang layak dipijak. Aku..."

"Kau kenapa Bangchik? Demam? Tiba-tiba aje."

"Aku rindu kau. Jaga diri kau. Kalau aku takda nanti, tengokkan bonda untuk aku."

Itu adalah kali terakhir dia berkomunikasi dengan abangnya yang itu. Dan pagi tadi mereka dikejutkan dengan pemergian lelaki itu buat selamanya.

Aryan mendekati kembar tiga. Mereka bertiga hanya mendiamkan diri sejak pulang dari tanah perkuburan tadi.

"Feeq, Qeef, Aef. Aku tahu benda ni berat untuk kita semua. Tapi Allah uji korang sebab Allah sayang korang. Allah tahu korang kuat. Kita semua yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Layaknya hamba Allah SWT yang baik sangatlah perlu bahkan sangat dianjurkan untuk sering bermuhasabah diri, bertanya kepada diri sendiri apakah jalan yang kita ambil dan jalan yang kita tempuh selama masih diberi umur ini merupakan jalan yang benar menurut Allah SWT? Jalan yang baik menurut Allah SWT?" Aryan senyum tipis. Dia membayangkan dirinya di tempat Aariq. Bagaimana keadaan isteri dan anak-anaknya jika melihat dia pergi buat selamanya? Adakah mereka akan menangisi pemergiannya seperti ini?

"Memang didunia ini tidak ada manusia yang sempurna karena kesempurnaan itu hanyalah milik Allah SWT semata." Kepala Afeeq diusap perlahan. Aryan sudah menganggap mereka bertiga seperti adiknya sendiri walaupun hanya beza setahun umur mereka.

"Feeq, kau sebagai abang. Kau kena kuat. Kau tengok Que. Ujian Que lagi berat daripada korang. Dia dari kecil tak sempat tengok wajah arwah Mama Papa dia. Isteri dia pula pergi tinggalkan dia. Jadi, korang kena bersyukur. Ibu Shay masih ada untuk korang. Bersyukur dengan apa yang ada depan mata. Hargai. Redha dengan apa yang telah pergi."

Afeeq melihat wajah Shayla dari jauh. Dia tahu sebagai anak sulung dia perlu kuat. Dia tak mampu melihat adik-adiknya terus meratapi pemergiaan Aariq.

"Thanks, Ar. Aku janji. Aku akan jaga keluarga aku macam aku jaga diri aku sendiri." Afeeq senyum sekilas ke arah Aryan. Lelaki itu mengangguk kecil. Baguslah kalau Afeeq sedar.

"Assalamualaikum."

Mereka semua segera menoleh ke arah pintu utama. Ada satu sosok lelaki memakai sut lengkap. Bersamanya ada satu beg bimbit.

Selepas dijemput masuk dan menceritakan hajatnya ke mari, semua yang ada di rumah itu ternganga.

"Kenapa pula sebahagian harta Baba diwariskan kepada Hamimah?!" Atheefa menyoal dengan nada tidak puas hati. Bukankah dia anak kesayangan Aariq? Kenapa boleh jadi Hamimah yang dapat lebih?

Shayla menepuk dahi.

"Princess, cuba bawa bertendang. Semua yang berlaku ada hikmah." Aefeq memujuk adiknya itu. Tak padan dengan kecil, sibuk nak harta. Bangun bapak kau tu dari kubur baru tahu.

"Berdasarkan apa yang diwasiatkan oleh Tuan Aariq Derish, sebahagian harta beliau akan ditukarkan atas nama Hamimah. Dan sebahagian lagi adalah milik Puan Shayla. Untuk anak-anak beliau, beliau tinggalkan rumah, kereta, jawatan. Dan juga..." Peguam itu menerangkan isi-isi wasiat di dalam dokumen milik Aariq.

Mereka menanti dengan penuh tekun.

"Hutang. Dia tinggalkan nota untuk anak-anak beliau, tolong langsaikan hutang Baba dengan kerja seumur hidup dengan Daddy Yan. Sorry but thank you. Sayang anak-anak Baba. Kalau nak harta Hamimah, tunggu Mimah meninggal. Automatik harta tu milik korang, cuma jangan bagi dia makan racun pula. Nanti kang dapat harta, syurga tak dapat pula."

Hampir terjatuh rahang kesemua mereka dengan nota yang ditinggalkan oleh Aariq itu. Apakah ini?

Atheefa ternganga.

"Baba!!!" Tiga kembar mengeluh serentak. Ingatkan dapatlah harta si bapa, rupanya si kucing juga yang diingatnya.

"Dan ini surat terakhir beliau untuk seisi keluarga." Peguam itu menghulurkan sepucuk surat kepada Shayla. Surat di mana luahan hati seorang Aariq. Akan diletakkan surat itu di part seterusnya nanti.

Maka tamatlah, kisah ringkas keluarga Aariq. Tak semua kisah di akhiri dengan gembira. Semoga diambil iktibar yang mana yang baik, yang teruk mohon dilupakan.

Setiap makhluk yang hidup di muka bumi ini pasti akan merasai mati, iaitu saat terputusnya perhubungan antara roh dan jasad serta detik permulaan ke alam akhirat.

Allah SWT telah menentukan ajal seseorang sejak azali lagi dan apabila sampai masanya, ia tidak akan dipercepatkan atau dilewatkan walau sesaat pun.

- T A M A T -

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati." (QS. Ali Imran: 185).

The Triplet's Stupidity ©Where stories live. Discover now