𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 4

1.9K 218 41
                                    

Terkelip-kelip mata Afeeq memandang adik-adiknya yang lain sedang bertungkus lumus di dapur

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

Terkelip-kelip mata Afeeq memandang adik-adiknya yang lain sedang bertungkus lumus di dapur. Aku mimpi atau diorang yang mimpi? Ke readers yang mimpi?

"Ha, budak bertuah! Baru nak bangun? Asal tak tahun depan je bangun?"

Suara si kecil Atheefa mengalih perhatiannya. Amboi, betul-betul anak Shayla ni. Membebel sama.

Si kecil itu sedang berdiri di atas meja makan sambil tangan mencekak pinggang. Matanya mengecil tertumpu ke arah abang sulungnya, Afeeq.

Afeeq mengusap pangkal lehernya.

"Hehe, princess. Apa pagi-pagi membebel ni? Tak comel nanti adik abang ni. Dulu masa kecil comel je. Sekarang dah besar buruk adik abang."

Membulat mata Atheefa.

"Abang Feeq cakap apa??!!!"

"Apa bising-bising ni? Huwarghh." Aariq mendekati mereka. Mata ditenyeh beberapa kali. Selepas subuh tadi baru dia dapat lelapkan mata. Dia menyiapkan semua tugasan yang diberikan Aayyan sebelum ini. Hm, Aariq dah berubah ke? Dah nak mam---

Atheefa yang sedang memerah muka menahan marah terhadap Afeeq ity akhirnya tersenyum melihat wajah Babanya. Anak baba.

"Ba, princess suruh abang-abang masak untuk kita. Baba duduk sini. Biar diorang masak." Dia menggamit sang bapa untuk duduk bersamanya di meja makan.

Afeeq menggumam perlahan, "Aku yang bukan main lama berdiri sini, tak nak pula diajak duduk. Dasar adik derhaka!"

Atheefa menjeling Afeeq setajam-tajam yang mungkin. Garang adik siapa ni?

"Tunggu apa lagi? Pergilah tolong yang lain dekat dapur!"

Mencecet Afeeq berlari menuju ke dapur yang menempatkan Aqeef dan Aefeq. Masing-masing sedang sibuk memasak. Aefeq sememangnya pandai memasak. Aqeef pula si tukang pengacau.

Aariq menggeleng kecil melihat perangai anak bongsunya itu. Dia menarik kerusi sebelum melabuhkan punggungnya.

"Sayang Baba, cuba duduk kejap. Baba nak cakap sikit."

The Triplet's Stupidity ©Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu