𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 6

1.4K 150 15
                                    

Aryan membisikkan sesuatu ke telinga Aqeef yang tekun membuat kerjanya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aryan membisikkan sesuatu ke telinga Aqeef yang tekun membuat kerjanya itu.

Membulat mata Aqeef.

"Kau biar betik?"

Aryan menjongketkan keningnya, "Betiklah. Masa ngak betik."

Aqeef meletakkan pen dari tangannya ke atas meja. Kehadiran Aryan ke bilik pejabatnya bersama berita itu mengejutkannya.

"Bila? Dan bagaimana?" Aqeef menggaru keningnya. Berita yang dibawa Aryan itu bukan perkara kecil. Besar itu bah.

"Kamu nanyak?" Aryan menghempas punggungnya ke atas sofa bilik itu. Kaki panjangnya dilunjurkan ke atas meja kopi. Buat macam bilik sendiri nampaknya.

Aqeef bingkas berdiri lalu mendekati Aryan. Sofa bertentangan menjadi pilihan.

"Tapi dia kan--"

"Alah, santai ajelah. Daddy aku tak makan orang pun. Dulu aku pun belajar bisnes dengan dia. Tengok sekarang aku jadi manusia. Aef tu dah besarlah. Pandailah dia biasakan diri dengan Daddy."

Aqeef mengangguk.

"Aku bukan apa. Baby tu manja. Aku risau kang datang sini menangis-nangis. Kau tahulah dia lama jadi bongsu. Memang manja sikit budak tenuk tu." Walaupun Aqeef selalu mengusik adiknya, Aefeq. Namun sebagai abang, dia tetap khuwatir dengan keadaan adiknya itu. Dengar cerita, Aryan dulu sampai 7 hari 7 malam menangis sebab takut dengan Aayyan.

Klak!

"Qeef, tolong aku!!!"

Aqeef dan Aryan menoleh ke arah suara yang mencelah. Kelihatan sekujur tubuh sedang melutut sambil menunduk menekur lantai bilik Aqeef.

"Eh, mulut aku masin sangat ke Ar?"

Aryan memandang Aqeef, "Manalah aku tahu. Kau tak pernah kiss mulut aku."

Aqeef menampar bahu Aryan. Bodoh!

"Baby, kau okay tak?" Aqeef berdiri lalu mendekati sekujur tubuh itu. Dia mencangkung di hadapan adiknya itu.

Sebaik sahaja wajah yang menunduk itu diangkat dan memandang tepat ke arahnya, langsung dia jatuh terduduk.

"Oi, kau bukan baby! Kau bab*!!!!"

Afeeq menarik lengan Aqeef.

"Tolong aku, Qeef. Darren cakap kalau aku main-main dia nak tembak kepala aku. Tadi dia...."

The Triplet's Stupidity ©Where stories live. Discover now