𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 13

916 90 2
                                    

Usai semua permainan sukaneka rekaan Aariq, mereka berehat bersama di gazebo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Usai semua permainan sukaneka rekaan Aariq, mereka berehat bersama di gazebo. Mereka dihidangkan makanan dan minuman oleh Shayla dan Tengku Dayang.

Keputusan permainan jatuh kepada kumpulan The Uncounter Barbie. Sudah semestinya, iphone 14 Pro Max dimenangi oleh Aqeef dan Atheefa.

"Baba, nanti kita main lagi game macam ni! Princess suka!!" Sorak Atheefa kegirangan.

Aariq senyum kecil sebelum menunduk. Main lagi? Bila? Aku ada masa lagi ke?

"Betul...betul...betul!" Aefeq menyokong pernyataan Atheefa itu. Dia setuju kalau Aariq mahu mengadakan aktiviti seperti hari ini. Bukan saja menyeronokkan malah mengeratkan hubungan mereka adik beradik.

Shayla yang melihat wajah Aariq kian mendung itu meletakkan tangannya ke atas bahu lelaki itu. Diusapnya perlahan. Dia percaya suaminya kuat.

Aariq meraih tangan Shayla sebelum mengusap tangan isterinya itu.

Atheefa memerhatikan Baba dan Mamanya itu. Wajahnya berkerut.

"Baba dengan Mama ada rahsiakan apa-apa daripada kami ke?" soalan itu secara sponta meniti di bibir kecil itu. Wajah Shayla dan Aariq dipandang silih berganti.

Afeeq, Aqeef dan Aefeq juga mengalihkan pandangan ke arah Shayla dan Aariq.

"M-mana ada." Aariq senyum segaris. Berbintik peluh di dahinya itu dikesat oleh isterinya.

Atheefa mengecilkan matanya.

"Jangan cakap yang sebenarnya....."

Aariq memandang Shayla dan isterinya itu mengangkat bahu. Atheefa sudah tahu tentang penyakitnya ke?

"Mama mengandung eh?"

Hampir terjatuh rahang Shayla dan Aariq mendengarkan itu. Mana pula datang idea dia mahu lontarkan soalan itu. Apa punya budak ni?

"Mana ada." Aariq menghela nafas lega. Mengandung apanya, stamina dia pun lingkup. Dia sekarang pun serabut memikirkan soal penyakitnya.

Atheefa mencemik.

"Baguslah kalau tak pregnant. Susah pula kitorang nak bendung adik baru nanti." Afeeq mengurut dadanya. Selamat tiada princess kuasa dua. Satu princess pun boleh pecah kepala otaknya.

Aqeef mengangguk setuju.

Shayla menggamit Aefeq untuk membantunya mengangkat bekas makanan untuk masuk ke dalam rumah. Tinggallah Afeeq, Aqeef, Atheefa bersama Aariq.

"Ba, kenapa eh Baba tiba-tiba buat aktiviti macam ni? Macam arwah atuk? Baba nak tinggalkan kami macam atuk ke?" Dengan polos soalan itu dilemparkan oleh Aefeq yang sedari awal tadi hanya diam. Dia berasa tidak sedap hati.

The Triplet's Stupidity ©Where stories live. Discover now