𝑬𝒑𝒊𝒍𝒐𝒈𝒖𝒆

1.2K 72 2
                                    

Atheefa, sejak dari awal dikejutkan dengan berita pemergiaan Aariq buat selamanya itu dia asyik menangis dan meraung

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Atheefa, sejak dari awal dikejutkan dengan berita pemergiaan Aariq buat selamanya itu dia asyik menangis dan meraung. Dialah yang paling rapat dengan Aariq.

"Nak baba!!" rengeknya.

Shayla tidak mampu menahan diri daripada menjatuhkan air mata melihat anaknya itu merengek mahukan ayahnya.

Berbagai cara dia cuba untuk memujuk Atheefa. Satu pun tidak percaya. Sedangkan dia sendiri tidak mampu menerima kenyataan.

Ayeena memegang bahu Shayla. Wanita itu segera menoleh. Laju dia melentokkan kepalanya ke atas bahu Ayeena dan melampiaskan tangisannya sekuat hati. Tangisan yang ditahan dari tanah perkuburan tadi. Dia tidak mahu menangis di hadapan kubur arwah suaminya yang masih bertanah merah itu.

Ayeena memeluk bahu Shayla. Dia tahu Shayla sedang rapuh di saat ini. Matanya menyuruh Arash memujuk Atheefa. Lelaki itu tampak risau dengan keadaan adik sepupunya itu sejak mereka dikejutkan dengan berita ini.

Aryan usah ditanya. Sudah dibanjiri air mata. Dia juga antara anak saudara yang paling rapat dengan Aariq. Masih dia ingat tika kecil, Ayeena dan Aayyan sibuk dengan kerja, dia banyak habiskan masa bersama Aariq. Sehingga munculnya si kembar tiga, dan kemudiannya dia rapat dengan mereka.

"Shay, aku tahu kau sedih. Aku tahu kau perlukan masa untuk semua ni. Tapi kau tengok anak-anak kau. Diorang perlukan kau." Ayeena memujuk Shayla dengan lembut.

Tersedu sedan Shayla menangis.

"Aku tak kuat Yeen. Aku tak pernah bayang hari-hari aku tanpa Aariq. Macam mana aku nak teruskan hidup?"

Ayeena terdiam. Dia terfikir bagaimana kalau antara dia dan Aayyan siapa yang akan pergi dulu, pasti mereka akan rasa bagaimana Shayla rasa. Dia menutup matanya seketika.

"Sesungguhnya Islam mengajarkan setiap makhluk bernyawa yang hidup di dunia ini termasuk manusia semestinya mengalami kematian dan mereka semua tidak mungkin sama sekali melarikan diri daripada merasai kematian yang sudah ditentukan oleh Allah SWT. Menerusi firman Allah bermaksud, tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. Surah Ali Imran, ayat 185."

Berkaca-kaca linangan air mata mengalir di tubir mata Shayla.

"Ini bermakna mati adalah satu yang pasti dan tidak mungkin dielakkan. Malahan, dalam konteks yang lebih mendalam, pakej hidup dan mati yang disediakan oleh Allah SWT kepada makhluk ciptaan-Nya adalah merentasi empat fasa iaitu mati sebelum lahir, hidup, mati dan hidup pada hari akhirat. Kau kena teruskan kuat untuk anak-anak kau. Kalau kau pun rapuh, anak kau apatah lagi. Shay yang aku kenal seorang yang kuat. Redha dengan pemergiaan dia. Biar dia tenang di sana." Ayeena menyeka air mata Shayla dengan hujung jarinya. Shayla sekarang perlu fokus dengan anak-anaknya.

The Triplet's Stupidity ©Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang