𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 11

877 95 1
                                    

Aqeef mencelikkan matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aqeef mencelikkan matanya. Mata ditenyeh berkali-kali. Dia melihat Afeeq dan Aefeq sedang bersiap. Masing-masing segak berbaju melayu.

"Eh, dah raya ke?"

Afeeq menoleh sekilas ke arah Aqeef yang baru bangun daripada tidur itu.

"Raya tengkorak kamu. Hari ni kan hari jumaat, nak pergi solat jumaat la. Kau tu matahari dah terpacak atas kening pun tak reti-reti nak bangun." bebel Afeeq sambil membetulkan butang baju melayu Aefeq.

Klak!

"Tak siap lagi ke? Apa yang lama sangat korang bertiga ni?" Aariq muncul di muka pintu. Matanya jatuh kepada Aqeef yang masih membungkus dalam selimut itu.

"Aqeef!! Kau tak nak pergi solat ke apa? Mandi sekarang!"

Segera Aqeef bangun menuju ke bilik air. Geram Aariq dibuatnya. Anak keduanya itu selalu buat darahnya naik.

"Cepat sikit. Suruh Aqeef cepat. Baba tunggu dekat bawah." Aariq menggeleng perlahan. Dia meninggalkan Afeeq dan Aefeq terpinga-pinga.

"Baba tu piyed eh? Kenapa marah-marah?" Aefeq menyoal Afeeq. Abangnya itu hanya mengangkat bahu.

Dua beradik itu berjalan menuju ke arah katil, tempat mereka tidur semalam.

"Feeq, semalam kau ada dengar tak Aqeef mengigau?" Aefeq dan Afeeq mula mengemas tempat tidur mereka. Selimut dilipat rapi.

Afeeq mengangguk, "Dengar. Dia sebut atuk gorgon."

Aefeq memetik jarinya.

"Entah-entah dia mimpi jumpa atuk. Semalam bukan main ajak cari hantu atuklah apa la. Last-last dia tidur awal." Aefeq merungut. Aqeef bukan main beria mengajak mereka berdua mencari hantu Tuan Aydan, tapi dia yang kecundang awal. Tidur.

Afeeq meletakkan baju melayu untuk Aqeef di atas katil. Selalunya memang dia yang pilihkan baju untuk adik-adiknya. Dari kecil dia dilatih begitu.

Aqeef keluar daripada bilik air bersama tuala yang dililit separa pinggang.

"Baba tunggu kat bawah. Cepat sikit siap." Afeeq memberi arahan kepada Aqeef yang sibuk berangan di hadapan cermin itu. Aqeef mencebik.

"Aku tahulah." Dia mengambil baju melayu yang sudah Afeeq sediakan buatnya di atas katil dan menyarungkan ke tubuhnya.

"Qeef, semalam..." Aefeq terdiam seketika. Nak tanya ke tak?

The Triplet's Stupidity ©Where stories live. Discover now