𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 13

Start from the beginning
                                    

Aariq menggeleng dengan tenang.

"Baba cuma nak eratkan hubungan sesama kita. Tujuan utama Baba ialah merapatkan lagi ataupun mengukuhkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli keluarga, kerana pada masa zaman sekarang kebanyakan kita sendiri pun agak segan dengan adik beradik sendiri. Sebab itulah, Baba rancang buat aktiviti bersama di suatu tempat untuk sama-sama melakukan apa-apa saja permainan yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim."

Afeeq mengangguk setuju dengan ayahnya itu. Aktiviti yang mereka bermain tadi dapat mengeratkan hubungan mereka adik beradik. Daripada masing-masing sibuk mengadap telefon, adalah lebih baik mereka bermain aktiviti bersama. Badan Cergas, Minda Cerdas.

"Qeef setuju dengan Baba. Nanti kita buat lagi macam ni. Tapi Qeef tak nak group dengan princess. Tukarlah pula."

Atheefa menjeling apabila namanya diutarakan.

"Macamlah princess nak sangat group dengan Abang Qeef. Taknaklah. Baik group dengan Abang Baby lagi best." Dia menjelirkan lidah ke arah Aqeef.

Aqeef mengetap bibirnya.

"Sudahlah. Princess tak baik jelir lidah dekat abang." Aariq menegur Atheefa. Jelas anak kecilnya itu tidak berpuas hati dengan tegurannya. Bibirnya memuncung.

"Abang Qeef yang mula dulu."

"Kaulah! Budak kecik biadab."

"Princess biadab dengan orang yang tak ada adab aje. Macam Abang Qeef."

"Sudahlah jangan gaduh." Aariq memicit pelipis dahinya. Pening kepalanya.

"Eh, kau ni naik lemaklah."

"Princess kurus mana ada lemak."

Afeeq yang melihat wajah Aariq semakin pucat itu mencelah perbalahan dua beradik itu.

"Sudahlah Qeef. Kau dah besar takkan dengan budak-budak pun nak gaduh. Princess pun sama. Cukup. Bagi Baba rehat." Afeeq mencerlung ke arah dua beradik itu.

Shayla yang baru saja datang bersama Aefeq dari dapur itu segera mendapatkan Aariq.

"Awak okay ke ni, Riq?"

Aariq senyum tipis sambil mengangguk. Jujur tekaknya rasa loya. Dia menggamit Shayla untuk membisikkan sesuatu.

"Kenapa dengan Baba?" Aefeq menyoal Afeeq.

"Baba stress kut dengar dua ekor ni bergaduh." Afeeq mengeluh. Dia risaukan keadaan Aariq.

Shayla membantu Aariq untuk berdiri, dia membawa Aariq masuk ke dalam rumah meninggalkan anak-anaknya.

"Ini semua salah abang Qeef!" Atheefa menghentak kaki sebelum berjalan masuk ke dalam rumah.

"Ha memang. Semua salah aku. Kau perempuan mana pernah salah." Bebel Aqeef tanpa henti.

Afeeq dan Aefeq menggeleng memandang Aqeef sebelum meninggalkan lelaki itu sendirian.

"Semua salah aku." rungutnya. Tanpa sedar, Tengku Dayang mendekatinya.

The Triplet's Stupidity ©Where stories live. Discover now