𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 4

Start from the beginning
                                    

Atheefa patuh akan arahan Aariq. Dia duduk bersila di atas meja sambil bertatapan dengan Aariq.

"Princess tak boleh buat macam tu dekat abang-abang. Diorang abang princess. Orang yang akan jaga princess selepas Mama dengan Baba pergi nanti. Tak baik tau tinggikan suara kepada yang lebih tua. Baba tak ajar princess macam tu. Lepas ni, Baba tak nak tengok princess marah-marah atau mengarah diorang. Faham?"

Puncak hidung mancung milik Atheefa dicuit lembut. Atheefa mengangguk tanda faham. Biasalah anak kecil kalau tak dididik dari awal, nanti mereka terbiasa menjadi biadab. Jadi, semuanya perlu diterapkan daripada kecil.

Tak dapat dinafikan, walaupun Aariq tak adalah betul sangat otaknya tapi bila soal anak. Didikan anak. Dia sangat tegas. Dia tak nak orang cakap dia tak pandai jaga anak. Biarlah dia pergi dengan tenang.

Sebelum Tuan Aydan pergi pun dia sempat pesan kepada Aariq,

"Riq, mati cepat tau. Teman aku dekat sana. Bagilah bini kau merasa kawin lain."

Begitulah pesanannya. Dasar Tuan Aydan.

Aariq mengelus rambut perang milik Atheefa. Wajah Atheefa itu membuatkannya rasa sayu. Sambil hatinya berbicara sendirian.

"Macam manalah kalau aku dah takda nanti? Anak-anak aku, siapa nak jaga? Harta apa aja yang aku ada selain anak-anak?"

Sedang Aariq ralit termenung, Atheefa menarik janggut sejemputnya perlahan.

"Ba, janganlah tengok princess lama-lama. Kalau Mama ada mesti dia jeles. Baba boleh tengok Mama sorang aje."

Aariq ketawa kecil dengan bicara anaknya itu. Ya, Baba akan tengok Mama je sayang.

"Ba, Princess rindu Mama la." Atheefa memuncung panjang. Sudah seminggu mereka tanpa Shayla. Bagai tidak lengkap hari mereka tanpa suara bebelan sang ibu.

Aariq mengeluarkan telefon daripada kocek seluarnya.

"Jom kita kacau Mama. Berani dia cuci mata tengok Mat Salleh dekat sana. Tak ingat dekat Baba."

Atheefa langsung ketawa. Mereka mendail nombor Shayla sebelum menukarnya kepada panggilan video. Sebaik sahaja nampak muka Shayla di skrin telefon, terus menjerit si Atheefa.

"Mama masam!"

Aariq mengemam bibir menahan tawa. Boleh pula dia memasamkan maknya?

"Hah? Masam? Aariq, awak ajar apa ni dekat anak?" Naik seoktaf suara Shayla. Langsung terlepas tawa Aariq.

"Bukan saya la. Dia yang panggil sendiri. Awak ni sayang. Yang buruk semua saya. Hmph!" Aariq pura-pura merajuk. Bibir dicebik ke depan.

The Triplet's Stupidity ©Where stories live. Discover now