BSC 14

201 26 37
                                    

"Iman!" Jerit Qayyum yang dari tingkat bawah.

"Ye saya" Iman yang baru sahaja mengemas bilik Qayyum terkejar-kejar apabila Qayyum memanggilnya.

"Janganlah berlari nanti jatuh kat tangga tu" Qayyum mengeleng kepala seperti tahu apa yang akan terjadi.

Sedang asyik Iman berlari dekat tangga tanpa memandang bawah tiba tiba dia tergelincir.

GEDEBUKK

"Aduhh"

'ehh aku jatuh ke tak ni.kenapa tak sakit?'

"Kau ok tak?" Rupa-rupanya Qayyum di bawah badan Iman.Sebab itu Iman tidak berasa sakit.

"Eh?" Iman terkejut.

"Ape 'eh eh', sakit tahu tak.Dahlah badan kau tu berat.Sakit pinggang aku tahu tak?" Tanpa disedari Iman merenung Qayyum.Qayyum sudah lama menyedari hal itu tetapi dia berpura pura tidak nampak.

"Dah puas pandang aku?" Qayyum tersenyum nakal.

"Eh sorry-sorry tak sengaja hehe" Iman terus bangun dari badan Qayyum.Qayyum pula hanya tersenyum.

"Err ada apa awak panggil saya?" Iman menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tadaaa" Qayyum menghulurkan sebuah kotak kepada Iman.

"Cik abang, birthday saya lambat lagi.Buat apa ni?" Tanya Iman hairan.

"Buka lah" Kata Qayyum.

"Yelah yelah tapi takkan nak buka dekat tangga ni"

"Eh HAHAHAHA sorry sorry, abang excited sangat hehe.Jom pergi ruang tamu" ajak Qayyum.

"Haih aku kena fikirkan cara untuk dapatkan dia semula" kata Rayqal yang dari tadi menghadap komputer ribanya.

Flashback

"Nak aiskrim?" kata Rayqal sambil melihat motor aiskrim yang dikeremuni oleh kanak-kanak itu.

"Boleh juga yang penting awak belanja saya tau hehe" kata Iman sambil membuat muka comelnya.Rayqal tersenyum melihat muka comel Iman lalu berlari kecil ke arah abang aiskrim itu.

Iman melabuhkan punggungnya ke atas pasir di pantai itu.Dia membiarkan angin di pantai itu menampar kuat di pipi gebunya.Penat mahu membetulkan tudungnya yang ditiup angin lalu dibiarkan begitu sahaja.

"Nah" Rayqal melabuhkan punggungnya di sebelah Iman.

Aiskrim Cornetto diberikan kepada Iman.

Iman membuka plastik aiskrimnya dan terus makan.Lagipun aiskrim memang 'favourite' makanannya.

Tanpa Iman sedari Rayqal merenung muka Iman yang sedang gelojoh makan aiskrim itu.

"Kenapa pandang macam tu" tanya Iman tersipu malu.

"Tak, cuma rasa macam sekejap je kan? Kita dah nak bertunang" kata Rayqal sambil mengalihkan pandangan dia ke arah pantai yang terbentang luas itu.Indahnya ciptaan tuhan.

"Ish awak ni emo sangat lah" Iman mencubit paha Rayqal.

"Auch, sakitlah bakal tunangku" mereka berdua pun ketawa besar disitu.

Suasana kembali sunyi..

"Erm, awak sayang saya tak?" tanya Iman secara tiba tiba memecahkan kesunyian tadi.

"Mestilah sayang" kata Rayqal tersenyum manis.

"Awak janji tau, jangan tinggalkan saya" kata Iman sambil menyandarkan kepalanya ke bahu Rayqal.Air mata Rayqal tiba tiba bergenang.

'ye sayang' bisik hati Rayqal.

"Cepatlah buka sayang" kata Qayyum yang terlebih excited dari tadi ni.

"Yeee" jawab Iman.

Iman membuka kotak hadiah tersebut.Alangkah terkejutnya dia melihat isi kotak tersebut.

"Oh my got, abang!" kata Iman sambil menekup mulutnya seakan-akan tidak percaya.

"Suka tak?" tanya Qayyum sambil memandang muka Iman.Iman cuma mengangguk kegembiraan.

"Thank you abang" kata Iman sambil memeluk Qayyum.Qayyum terkejut dengan tingkah laku Iman tapi tidak mengapa dah halal kan.Qayyum membalas pelukan Iman.

"Nak aku tolong kau?" kata seseorang sambil mendekatkan dirinya dengan orang misteri itu.

"Kau boleh dipercayai? Maaflah sekarang ni aku tak boleh percayakan sesiapa kecuali 'dia'" kata orang misteri itu dengan lagaknya.

"No its okay, aku bagi kau masa itu fikir.Nah ini kad aku" kata seseorang itu sambil menghulurkan kadnya.Orang misteri itu mengambil kad yang dihulurkan itu.

"Itu kad aku, kalau kau setuju kau boleh telefon aku okay? Aku akan tunggu kau" kata seseorang itu dengan suara yang menghairahkan.Dia kemudian berlalu pergi dengan dua orang suruhan disampingnya.

"Hmm sedapnya bau, sayang masak apa hari ini?" Qayyum yang baru sahaja selesai menunaikan solat maghrib itu kedapur kerana bau masakan isterinya yang wangi sangat.

"Eh abang duduklah dekat meja makan dulu.Tunggu tau" kata Iman sambil 'menghalau' Qayyum dari dapurnya.

"Tadaaa dah siap"

"Wah banyaknya makanan.Siapa nak habiskan ni?" tanya Qayyum dengan nada gurauan.

"Hehe janganlah risau.Ini tanda terima kasih sebab bagi hadiah petang tadi" kata Iman sambil mencuba goda Qayyum?

"Thank you sayang" kata Qayyum sambil menjamu selera.

"Saya naik atas dulu ye.Nak mandi" Qayyum hanya membiarkan sahaja Iman membersihkan diri.

Sebaik sahaja makan, Qayyum terus naik ke biliknya.

Alangkah terkejutnya dia melihat penampilan Iman.

"Are you okay, Iman?" tanya Qayyum dengan wajah terkejut.

"Ok je" jawab Iman.

"Habistu pakai-" Iman terus meletakkan tangannya ke bibir Qayyum.

"Kenapa?" kata Iman dengan menggunakan suara lunaknya.

"I love you sayang" kata Qayyum sambil mencium ubun ubun Iman.

"I'm yours"

Bersambung..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 19, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BAKAL SUAMIKU, CLASSMATEKUWhere stories live. Discover now