"Aku tahulah!!"

Zulaikha terus masuk ke dalam bilik air. Dia sudah tidak dapat tahan untuk membuang air kecil. Setelah selesai, dia menghembuskan nafas lega.

"Fuhh...akhirnya terlepas juga," gumamnya. Zulaikha terdiam apabila dia terdengar suara seseorang seperti sedang memanggilnya.

"Pstt..pstt..Ikha."

'Suara siapa tu? Takkan hantu.'

"Ikha..tengok dekat tepi ni."

Zulaikha terus menoleh ke tepi tingkap yang terbuka. Dia terkejut melihat Airiq berada disitu.

"Arghh!!!!"

Dia menjerit kerana terkejut. Adyan yang berada di luar bilik air turut terkejut dengan jeritannya secara tiba-tiba.

"Zulaikha..kau buat apa huh dekat dalam sampai nak menjerit bagai?" kata Adyan di sebalik pintu. Airiq membuat isyarat kepada Zulaikha untuk senyap. Zulaikha menutup mulutnya menggunakan kedua telapak tangannya.

"Zulaikha..kau dengar tak ni? Jangan sampai pintu ni aku buka," kata Adyan. Zulaikha menarik nafas lalu dihembuskan.

"Ye, aku dengar. Bukannya pekak lagi tak dengar apa yang kau cakap," balas Zulaikha tapi matanya setia memandang Airiq di sebalik tingkap tersebut.

"Kenapa kau menjerit?"

"Aku jerit sebab ada lipas tadi. Aku geli tahu tak?" tipu Zulaikha kepada Adyan.

"Gila!! Cepat sikit!! Penat tahu tak aku tunggu dekat sini,"

"Sabarlah. Tak boleh sabar ke?" kata Zulaikha kepada Adyan. Lelaki itu mendengus tapi dia tatap menunggu gadis itu.

Airiq memberi isyarat untuk Zulaikha memanjat tingkap tersebut. Zulaikha menurut lalu tingkap tersebut dipanjat dengan penuh berhati-hati.

Airiq membantu gadis itu keluar dari tempat tersebut sehingga Zulaikha berjaya keluar. Dia memimpin tangan gadis itu dan melarikan diri.

"Jom!! Kita kena cepat,"

"Jom,"

Adyan melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir satu jam gadis itu tidak keluar dari bilik air. Dia mengetuk pintu dengan kuat bagai nak pecah.

"Zulaikha!! Woii!! Kau buat apa huh dekat dalam? Kenapa lama sangat?"

"Zulaikha!! Zulaikha!!!"

Adyan terus membuka pintu tersebut apabila tiada sahutan dari gadis itu. Dia terkaku. Matanya jatuh ke arah tingkap yang terbuka.

"Sial!!! Arghhhh!!!!"







Zulaikha dan Airiq melarikan diri dengan kelajuan yang pantas. Kereta milik Alvin ditujui lalu mereka berdua terus masuk ke dalam.

"Cepat jalan!!"

Alvin terus memecut laju meninggalkan kawasan tersebut. Zulaikha menitiskan airmatanya. Akhirnya, dia bebas dari rumah tersebut.

Sudah lama dia dikurung di rumah tersebut tanpa diketahui oleh sesiapa. Tetapi, sekarang dia sudah bebas dari lelaki yang bernama Adyan.

"Ehh, kenapa kau menangis?"

"Aku menangis sebab aku gembira. Terima kasih sebab selamatkan aku dari lelaki tak guna tu," balas Zulaikha dengan tangisan. Airiq menarik gadis itu masuk ke dalam pelukkannya. Alvin dan Soffiyah tersenyum lega kerana akhirnya gadis itu berjaya diselamatkan. Tapi mereka yakin yang Adyan tidak akan duduk diam.

"Kau jangan risau, kami akan lindungi kau," kata Airiq dibalas anggukan dari yang lain.

Mereka semua dalam perjalanan ke hospital. Mereka ingin membawa Zulaikha untuk berjumpa dengan Nurul. Mereka yakin yang gadis itu akan gembira setelah lama tidak bersua muka dengan orang yang tersayang.

"Kita nak pergi mana ni?"

"Hospital," jawab Airiq sepatah. Zulaikha berfikir siapa yang sedang berada di hospital.

"Hospital? Siapa yang ada dekat sana? Keluarga awak ke?"

"Bukan,"

"Lepastu? Siapa?"

Belum sempat Airiq menjawab pertanyaan dari Zulaikha. Telefon bimbitnya berbunyi. Dia memandang ke arah Zulaikha sebelum kembali ke arah telefon bimbitnya.

"Siapa tu?"

"Dari pihak hospital," jawab Airiq lalu menyambut panggilan tersebut.

"Hello.."

Airiq terdiam. Dia tidak dapat mengeluarkan suaranya. Telefon bimbitnya terlepas dari genggaman tangannya.

"Kenapa? Awak! Kenapa ni?"

"Airiq, kenapa? Mereka cakap apa?"

"Nurul...."

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now