32

15.4K 491 25
                                    

Zulaikha mencerlung tajam bagai setajam pisau ke dalam anak mata Adyan. Dia bencikan lelaki tersebut kerana lelaki itu hidupnya hancur.

"Aku bencikan kau!! Aku harap kau cepat mati!!!" jerit Zulaikha dengan tangisan. Adyan tergelak sinis lalu menjauhkan dirinya daripada Zulaikha.

Dia duduk di kerusi lalu kedua kakinya disilangkan. Adyan memandang Zulaikha dari atas hingga ke bawah dengan pandangan sinis.

"Sayangnya hidup aku masih panjang. Bukan macam kawan kau, Nurul. Aku rasa dia nak jumpa tuhan tak lama lagi," balas Adyan dengan gelakkan jahat. Zulaikha terus menangis. Dia cuba untuk melepaskan dirinya namun semuanya hanya sia-sia.

"Mana Nurul hah?? Dimana kau sembunyikan dia? Apa yang kau buat dekat kawan aku?" tengking Zulaikha dengan lantang. Adyan menyandarkan tubuhnya dengan senyuman bahagia.

"Hmmm..aku tak sembunyikan dia pun. Cuma aku dengan rakan subahat aku dah lenyapkan dia dari muka bumi ni. Aku kesian sangat dekat dia sebab terlampau banyak dugaan dia hadapi. Sebagai orang yang baik, dan bekas suami dia, aku relakan dia pergi jumpa tuhan," kata Adyan lalu tergelak puas.

"Apa salah dia dekat kau, Ad? Apa salah dia? Kenapa kau sanggup buat dia macam tu? Kenapa?" soal Zulaikha lantang dengan esakkan. Adyan menghentikan tawanya. Dia mencekik leher Zulaikha dengan wajah yang merah padam.

"Kau tanya aku apa salah dia? Kalau bukan sebab mulut dia yang celupar sangat tu beritahu dekat kau tentang penyakit aku, aku dengan kau dah berkhawin tahu tak? Tapi dia beritahu tentang hal tu waktu majlis kita dah nak berlangsung. Kau ingat aku dapat terima ke sial!!!"

Pangg!!

"Arghh!! Sksksksksksk...sakit."

"Lagi sakit hati aku sebab kau tinggalkan aku!!"

Pang!!

"Arghh!! Please stop..." rayu Zulaikha tidak berdaya. Adyan menghentikan perbuatannya. Dia mengusap pipi gadis itu.

"Aku tak sanggup nak buat macam ni dekat kau. Tapi kau sanggup buat hati aku terseksa. Kau sanggup pergi tinggalkan aku bila tahu tentang penyakit aku,"

Flashback

"Ikha, aku nak cakap sikit dengan kau ni." ujar Nurul separuh berbisik kepada Zulaikha.

"Kau nak cakap apa, Nurul? Macam serius je. Ada hal mustahak ke?" soal Zulaikha. Waktu itu adalah majlis perkhawinan dia dengan Adyan.

Nurul menarik tangan Zulaikha untuk duduk. Pintu bilik dikunci oleh Nurul. Zulaikha hanya memerhatikan gerak-geri Nurul tanpa menyoalnya.

"Okey, dah."

"Ha..ada apa? Apa yang kau nak cakap dengan aku? Kenapa kau tutup pintu?"

"Sebenarnya..aku nak beritahu dekat kau something. Aku dah lama beritahu dekat kau tapi kau asyik takde masa je. Kali ini aku nak kau tahu," balas Nurul serius. Zulaikha berasa tidak sedap hati.

"Kau dah tahu ke tentang penyakit Ad?" soal Nurul serius. Zulaikha menggeleng. Dia sama sekali tidak
tahu akan hal tersebut.

"Penyakit? Penyakit apa? Setahu aku dia takde penyakit apa-apa pun. Tapi waktu tu aku ada nampak dia berjumpa dengan seorang doktor ni. Tapi dia takde pula beritahu aku sebab apa dia jumpa doktor tersebut," terang Zulaikha kepadanya. Nurul menggengam erat tangan rakan baiknya.

"Ikha, kau jangan terkejut tau bila tahu hal ni,"

"Apa tu? Kau janganlah buat aku takut wehhh,"

"Sebenarnya.."

"Sebenarnya apa?"

"Ad tu psycho," balas Nurul lalu menundukkan kepalanya. Lidah Zulaikha terkelu.

"M-macam mana kau tahu?" soal Zulaikha terkejut. Nurul menarik nafas panjang sebelum dihembuskan.

"Aku dah lama berkawan dengan dia, Ikha. Aku mengaku dulu aku suka dekat dia tapi itu dulu. Sekarang tak. Aku pun tak sangka yang bakal laki kau tu Ad. Aku fikir kau dah tahu tentang penyakit dia," ujar Nurul perlahan. Zulaikha masih berdiam diri. Patutlah selama dia mengenal lelaki tersebut, dia tidak boleh rapat mana-mana lelaki dan Ad juga seorang yang kuat cemburu dan panas baran. Adyan pernah memukul dirinya waktu dia keluar dengan lelaki lain. Tapi lelaki itu meminta maaf kepadanya dengan memberikan ayat manis. Tetapi, Zulaikha tidak menyangka yang Adyan adalah seorang psycho.

"Kita nak buat apa ni? Aku taknak kahwin dengan psycho wehh. Tolong aku," tangis Zulaikha. Pasti hidupnya tidak akan aman kerana jika sebelum khawin pun Adyan menunjukkan perangai pscyonya sedikit, tidak mustahil bila mereka sudah menjadi suami isteri dia tidak akan dipukul.

Nurul mencari akal untuk menyelamatkan gadis itu. Dia sanggup buat apa sahaja untuk rakan baiknya.

"Takpe, kau pergi larikan diri kau. Nanti aku pandai-pandailah jawab. Aku tahu apa aku buat," kata Nurul dengan senyuman segaris. Zulaikha menggelengkan kepalanya.

"Tak..aku takkan tinggalkan kau. Kau nak buat apa?"

Nurul tidak menjawab. Dia mengambil sehelai kertas dan juga pen. Dia menulis sesuatu disana. Zulaikha setia menunggu apa yang hendak dibuat oleh gadis itu.

"Okey, siap!!"

"Cuba bagi aku baca,"

Zulaikha mengambil kertas tersebut lalu dibaca. Dia memandang wajah Nurul dengan tajam.

"Kau gila ke apa? Kalau kau buat macam, dia akan bencikan kau. Dan aku yakin dia akan seksa kau," ujar Zulaikha sedikit tinggi.

"Aku rela, Ikha. Aku sanggup dan aku tak kisah asalkan kau dapat larikan diri kau daripada dia," balas Nurul dengan senyuman. Zulaikha mengalirkan airmata.

"Tapi—-"

"Dah. Kau pergi cepat. Jangan sampai rancangan kau nak larikan diri tak menjadi. Kau sembunyikan diri kau tau. Aku yakin yang Ad akan cari kau sampai dapat. Aku harap sangat yang dia takkan jumpa kau," ujar Nurul dengan airmata. Zulaikha memeluk tubuh Nurul dengan erat seakan tidak mahu melepaskannya.

"Dah!! Pergi, Ikha. Selamatkan diri kau. Aku sayangkan kau sangat-sangat," ujar Nurul dengan linangan airmata. Dengan hati yang berat Zulaikha meninggalkan rumah tersebut.

End flashback

"Disebabkan perempuan bodoh tu kau sanggup larikan diri daripada aku!! Kau ingat aku akan lepaskan kau macam tu je ke sial!! Kau memang sial!!"

Pang!! Pang!!

"Argh!! Sakit..."

Kau bernasib baik yang aku tak bunuh kau. Tch!! Nak larikan diri konon. Kau takkan boleh dapat lari daripada aku.

"Kau jangan fikir apa yang Nurul ceritakan dekat kau waktu majlis kita dah nak bermula aku tak dengar. Aku dengar semuanya. HAHAHAHAH," ujar Adyan. Puas hatinya kerana selama dia berkahwin dengan Nurul, dia selalu menyeksa gadis itu. Sebab itu adalah balasan sebab dia berani membongkar rahsia penyakitnya. Dendamnya dengan Nurul masih belum terlunas sehingga gadis itu lenyap di muka bumi. Walaupun mereka berkawan sejak kecil, jangan fikir dia tak boleh membenci gadis itu.

"Kau kejam!! Kejam!!! Aku harap sangat kau cepat mati!!! Aku benci kau!! Aku benci!!!"

"Semak ah kau!!"

Adyan menyepak perut Zulaikha kerana rimas dengan suara gadis itu. Zulaikha menahan perutnya yang terasa senak.

"Bodoh!!"

Adyan keluar dari bilik tersebut. Zulaikha menangis tersesak-esak di dalam bilik kosong yang gelap itu. Fikirannya merawang memikirkan nasib rakan baiknya.

"Nurul..maafkan aku."

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now