23

12.2K 468 55
                                    

Siti Kasirah datang mendekati Nurul dan juga Datin Mirah yang melihat ke arahnya. Bibirnya tersenyum senget melihat wajah adik kandungnya.

"Dia memang perempuan murah dari dulu lagi," ujar Siti Kasirah menabur fitnah. Nurul memandang wajah kakaknya dengan mata yang berkaca.

"Kau kenal ke dengan perempuan ni?" soal Datin Mirah kepada Siti Kasirah. Gadis yang berpakaian seksi itu menggangukkan kepalanya.

"Kenal sangat. Dia ni bekas pelacur. Suami dia dah ceraikan dia sebab tak tahan dengan perangai dia yang tak pernah berhenti nak menggatal dengan lelaki lain," fitnahnya lagi lalu tersenyum mengejek ke arah Nurul.

"Akak!! Apa akak cakap ni? Sampai hati akak cakap macam tu," ujar Nurul dengan esakan. Datin Mirah memandang mereka berdua dengan pandangan yang ingin meminta jawapan.

"Akak? Dia kakak kau ke?"

"Tak. Aku bukan kakak dia. Aku cuma kenal dia sebab dia bekas isteri kepada suami kawan aku. Dia ni memang berhati busuk. Dia sanggup musnahkan kebahagian kawan dia sendiri sebab dia suka dengan bakal suami kawan dia," kata Siti Kasirah. Dia tahu Nurul berkhawin dengan Adyan. Dan dia juga tahu yang Adyan membenci gadis tersebut kerana dia, kebahagian lelaki itu hancur. Dia tahu semuanya. Dia sendiri juga membenci gadis itu kerana menggangap gadis itu pembawa malang dalam hidupnya.

'Sampai hati akak cakap macam tu. Akak tak kesian ke dekat Nurul? Ibu..ayah..akak bencikan Nurul.'

"Macam mana kau tahu?"

"Hal tu, Datin tak perlu tahu. Sekarang Datin dah tahu kan? Jangan percayakan perempuan ni. Sebab dia pandai berlakon," katanya lagi. Nurul terus menundukkan kepalanya. Dia tidak kuat. Dia menarik nafasnya lalu dihembuskan. Dirinya cuba ditenangkan. Nurul mengangkat semula wajahnya.
Tangannya ditarik kasar sehingga cengkaman Datin Mirah terlepas.

"Kau dah kenapa? Lebih baik kau cakap dengan aku, apa hubungan kau dengan dia? Dan apa yang dia cakap semua itu betul atau tak? Kau pernah berkhawin ke?" soal Datin Mirah mencerlung tajam. Nurul membalas pandangan tersebut.

"Yah. Memang betul aku pernah berkhawin dan memang betul sekarang aku dah jadi janda. Tapi aku bercerai bukan sebab—-"

"Kau jangan nak berdalih lagi!! Aku nak kau jauhkan diri kau dari anak aku!! Kau memang tak layak dengan dia," marah Datin Mirah. Siti Kasirah menyimpan senyuman bahagia. Suaminya tidak ikut bersamanya pada waktu itu kerana ada urusan yang mustahak. Dia hanya seorang diri.

"Aku takkan menjauh selagi kebenaran belum terbongkar. Aku akan pastikan yang Datin akan menyesal kerana mempercayai orang yang berselindung di sebalik selimut," ujar Nurul dengan dingin. Datin Mirah tergelak.

"Kau merepek apa ni? Kau sedar diri kau tu sikit. Kau tu cuma perempuan simpanan anak aku je. Anak aku tak pernah pun anggap kau tu isteri dia yang sah!! Isteri cuma atas kertas je," balas Datin Mirah sinis.

"Dia isteri simpanan anak Datin ke?" soal Siti Kasirah. Datin Mirah tersedar dengan keterlanjuran bicaranya.

"Kau salah dengar. Dia ni bukan isteri simpanan anak aku. Anak aku takde masa nak simpan perempuan murahan macam dia ni. Dia ni cuma pembantu rumah je. Tapi berlagak macam isteri anak aku," dalih Datin Mirah dengan tenang. Jika dia tidak berkata sedemikian, pasti dia akan disoal macam mana gadis itu boleh menjadi perempuan simpanan kepada Syed. Nanti berita tersebut akan tersebar. Mereka tidak mahu hal itu diketahui oleh orang ramai. Cukuplah mereka tahu yang cuma Fryceyla yang akan menjadi isteri kepada Syed dan bukannya berita mengenai Nurul.

"Lah..dia berkerja dengan anak Datin ke? Kenapa dia kerja jadi pembantu rumah? Dia dah tak laku ke?" gelak Siti Kasirah sinis. Nurul terus melangkah pergi. Dia tidak kuat untuk mendengar fitnah yang keluar dari mulut kakaknya sendiri.

"Nurul!! Nurul!!"

Panggil Datin Mirah namun Nurul tidak menoleh kebelakang. Dia terus berjalan tanpa memperdulikan suara Datin Mirah. Siti Kasirah berasa puas buat adiknya seperti itu.

"Datin, Datin kena hati-hati dengan dia tu. Sebab dia tu pandai berlakon. Dia memang tak boleh nak tengok orang bahagia. Sedangkan suami aku sendiri pun dia nak goda. Dia pantang nampak lelaki kaya," pesan Siti Kasirah kepadanya.

"Aku memang dah agak perempuan tu memang jenis macam tu. Terima kasih sebab beritahu dekat aku. Kalau kau tak beritahu yang dia dah pernah berkhawin sebelum ni, sampai sekarang aku tak tahu. Tak sangka pula dia tu bekas pelacur. Kau kenal ke dengan bekas suami dia tu?" soal Datin Mirah kepada kakak Nurul. Dia ingin berjumpa dengan bekas suami Nurul. Ada sesuatu yang hendak dia bincangkan.

"Kenal. Dia usahawan muda yang berjaya dan terkenal,"

"Siapa nama dia?"

"Adyan Hafiz,"












Adyan tersenyum seram melihat Nurul dari jauh. Dia sebenarnya yang menyuruh kakak kandung Nurul untuk menfitnah gadis itu.

Sebelum beberapa hari majlis Syed berlangsung, dia dan juga Siti Kasirah bertemu. Adyan sangat kenal dengan kakak kandung Nurul yang sememangnya mata duitan.

Dia menceritakan semua hal kepada gadis tersebut dan menyuruhkan melakukan sesuatu kerja dan akan apabila tugasnya selesai, dia akan memberikan wang yang banyak sebagai bayaran.

Gadis itu bersetuju kerana dia sememangnya sanggup melakukan apa sahaja demi wang. Bukan bermakna suaminya tidak mampu memberinya wang yang banyak tapi dia memang jenis yang pantang nampak duit yang berkepuk-kepuk.

"Alahai..kesiannya bekas isteri aku yang tersayang ni. Maafkan aku ye sayang. Aku sayangkan kau sebab tu aku buat kau merana," katanya seperti orang gila lalu tergelak. Wajah Nurul yang seperti hendak menangis terimbas oleh Adyan.

"Aku suka tengok kau menangis. Bagi aku kalau kau menangis adalah satu kebahagian untuk aku. Aku sakit hati kalau tengok kau gembira. Aku tak boleh biarkan kau bahagia sedangkan aku menderita sebab kau!!"

Adyan berkata dengan penuh dendam. Dia tidak akan membiarkan gadis itu hidup dengan tenang. Jika dia menderita, maka Nurul pun harus turut menderita bersamanya.

"Zulaikha, kau tengoklah kawan kau sekarang. Dia tak dapat nak hidup dengan tenang. Sebab kan dia, kau dengan aku tak dapat bersatu. Aku akan pastikan dia takkan hidup dengan aman," ujarnya lalu tergelak jahat.

Adyan membetulkan sedikit rambut depannya lalu tangan dimasukkan ke dalam poket seluar lalu melangkah pergi bersama senyuman di bibir.

Terasa bahagia yang tidak terkata kerana dapat melihat Nurul menderita. Matanya dengan mata seseorang bertembung dari jauh. Orang tersebut adalah Siti Kasirah. Mereka berdua berbalas senyuman sesama sendiri.

'Good job, girl. Aku bangga dengan kau.'

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now