33

16K 483 46
                                    

1 bulan berlalu...

Pasangan raja sehari tersenyum bahagia di atas pelamin. Syed dan Fryceyla tersenyum bahagia dengan wajah yang berseri-seri. Ramai yang menghadiri majlis perkahwinan mereka berdua.

"You!! Tak sangka kan kita nak sah jadi suami isteri kan?" ujar Fryceyla tidak percaya yang dia sudah sah bergelar isteri kepada Syed. Lelaki itu mengganguk.

"Betul tu. Tak sangka cepat je masa berlalu," balas Syed dengan senyuman di bibir. Tangan Fryceyla digenggam lalu dikucup.

"Hmm. Dulu you bencikan i sebabkan perempuan yang pernah bergelar isteri you tu,"

"Dia bukan isteri aku. Dia cuma perempuan simpanan yang tak layak digelarkan isteri," cantas Syed dengan laju. Wajahnya dingin saja apabila mengingati Nurul. Hatinya masih sakit dengan perbuatan gadis itu. Perempuan munafik itulah yang dia gelarkan untuk Nurul. Fryceyla menyimpan senyuman bahagia namun wajahnya sengaja disedihkan.

"Sampai hati dia buat macam tu kan dekat you? Apa salah you dekat dia sampai dia sanggup buat macam tu? Dia memang tak pernah cukup satu ke?"

"Dah. Aku taknak dengar apa-apa lagi tentang perempuan tu. Aku malas nak ingat balik,"

"Tapi—"

"Aku taknak dengar apa-apa, dear. Aku takkan pernah anggap dia wujud dalam hidup aku sebelum ni," balas Syed dingin. Fryceyla tersenyum bahagia. Dia melentokkan kepalanya pada bahu Syed lalu tangan lelaki itu digenggam erat.

"I faham perasaan you. Takpe, i ada untuk you. I takkan tinggalkan you macam dia buat dekat you," ujar Fryceyla kepadanya. Syed hanya mampu tersenyum saja. Dia mengusap kepala isterinya lalu dikucup.

Datin Mirah berasa gembira kerana akhirnya Syed dan Fryceyla telah disatukan jua. Dia berasa bahagia yang tidak terkata.

"Akhirnya, Syed dan Ceyla bersatu juga. Aku harap sangat perempuan sial tu tak ganggu rumah tangga mereka berdua nanti. Kalau tak muncul pun lagi bagus," ujar Datin Mirah sinis. Dato Fikri di sebelahnya hanya menggelengkan kepala.

"Mirah, Nurul ada nama. Walau macam mana pun dia masih menantu kita. Syed masih belum lafaz talak pun dekat Nurul," ujar Dato Fikri. Isterinya menjeling tajam.

"Kenapa abang bela sangat perempuan tu? Abang pun dah termakan dengan lakonan dia ke? Abang sedar tak dia dah tinggalkan anak kita dan ikut dengan jantan lain? Bukan tu je, dia mengandungkan anak orang lain!!" kata Datin Mirah sedikit kuat.

"Abang bukan bela dia ke apa. Tapi kita tak boleh menghukum orang. Biar Allah je yang menghukum. Setiap manusia tidak pernah silap daripada buat kesilapan. Tiada manusia yang sempurna," ujar Dato Fikir dengan tenang. Datin Mirah malas nak mendengar ceramah daripada suaminya.

"Eh..apa-apa jelah abang. Aku malas nak mendengar abang ceramah. Kalau abang nak sangat jadi ustaz, abang pergi dekat masjid, pergi ceramah orang dekat sana. Aku bukan budak kecil lagi tak tahu benda yang buruk dan baik," kata Datin Mirah lalu melangkah menuju ke pelamin. Dato Fikri hanya mampu bersabar dengan sikap isterinya.

"Haihh.." keluhnya dengan perlahan. Kepalanya digelengkan. Dia tidak tahu sehingga mana dia mampu bertahan dengan sikap isterinya itu.

Adyan duduk bersendirian jauh dari keluarganya. Dia tersenyum melihat Syed dan Fryceyla disatukan. Gadis itu sudah dapat apa yang dia mahukan.

Tiba-tiba fikirannya terlintas memikirkan Nurul. Dimana gadis itu berada? Semenjak dia dan juga Fryceyla membuang Nurul di ke kawasan pendalaman, dia tidak tahu apa kejadian gadis itu.

"Kau dekat mana ek sekarang? Kau masih hidup atau dah mati? Tapi aku tak rasa kau masih hidup. Aku rasa kau dah lama jumpa tuhan." katanya. Hanya dia saja mampu dengar apa yang dikatakan.

Flashback

Fryceyla menunggu kehadiran Adyan. Tubuh Nurul yang tidak sedarkan dipandang sekilas. Fryceyla sama sekali tidak berasa kasihan terhadap gadis itu.

Sebuah kereta Honda berhenti di depan kereta milik Fryceyla. Adyan keluar dari perut kereta bersama kaca mata hitam dimatanya.

"Kenapa kau lambat sangat sampai?"

"Chill ah. Bukannya aku tak datang pun kan? Aku datang juga. Bisinglah kau ni," malas Adyan. Fryceyla hanya mampu bersabar dengan mamat seorang ni.

"Mana dia?"

"Dia ada dekat dalam masih belum sedarkan diri. Kita nak buat apa dengan dia ni?" soal Fryceyla kepada Adyan. Lelaki itu berfikir sejenak. Tidak salah kalau dia melenyapkan gadis itu dari muka bumi.

"Aku tahu kita nak buat apa dengan dia. Kau follow aku dari belakang,"

"Kita nak pergi mana pula?"

"Ikut jelah. Jangan banyak cakap boleh tak?" kata Adyan malas. Fryceyla yang berasa geram hanya mampu menurut saja.

Mereka berdua menuju ke suatu tempat yang jauh dari bandar. Mereka masuk ke dalam kawasan pendalaman dan berhenti disitu.

Pintu kereta milik Fryceyla dibuka lalu tubuh Nurul yang tidak sedarkan diri itu diangkat oleh Fryceyla.

"Nak buat apa ni?"

"Buang jelah dia dekat situ," balas Adyan tanpa berperasaan menunjukkan ke arah bukit yang agak tinggi.

"Kau biar betul?"

"Betul lah. Kau ada nampak aku main-main ke? Ikut jelah cakap aku kalau kau nak duit," perangkap Adyan. Tanpa berfikir lama, Fryceyla terus melepaskan tubuh Nurul ke arah bukit tersebut.

Tubuh Nurul terguling-guling hingga ke bawah bukit. Kepalanya terhantuk kuat pada batu besar yang ada disitu.

Adyan tersenyum puas. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan memindahkan wang ke dalam akaun Fryceyla.

"Aku dah masukkan bayaran kau yang seterusnya. Aku pergi dulu,"

Fryceyla menyimpul senyuman. Adyan tidak pernah mengecewakan. Jumlah yang dibagi oleh lelaki tersebut sangat lumayan.

Tubuh Nurul dipandang dengan senyuman mengejek. Tiada lagi perempuan yang Syed sayang dan cinta.

"Auww!! Kesian kan dekat you? Hmm..i turut tumpang sedih dengan kehilangan you tau. Takpe, you rehat je dekat sana okey? You jangan risau. I akan jaga Syed dengan sepenuh hati i. Goodbye!!" kata Fryceyla lalu tergelak puas.

End flashback

Adyan tersenyum mengimbas kembali hal tersebut. Syed datang ke tempatnya. Adyan berdeham lalu melemparkan senyuman kepada Syed.

"Bro!! Selamat pengantin baru." ucapnya kepada Syed. Mereka berdua berjabat tangan sesama sendiri.

"Thank you. Kenapa kau duduk seorang diri dekat sini?"

"Takdelah. Saje je nak duduk dekat sini. Dekat sana ramai orang. Aku tak berapa selesa," ujar Adyan kepadanya. Syed hanya mengganguk sebagai balasan kepada Adyan.

Syed menunggu kehadiran Alvin. Dia semenjak tadi menunggu lelaki itu datang namun batang hidungnya tidak kelihatan.

"Kau ada tunggu siapa-siapa ke?"

"Aku nak tunggu kawan aku. Aku dah pesan suruh dia datang tapi dia tak datang pula," jawab Syed pelik. Adyan mengangkat kedua bahunya.

"Tak tahu. Mungkin dia sibuk kot. Takpelah, nanti dia datanglah tu," kata Adyan. Syed mengganguk lemah.

"Okey,"

"Dah, jom kita pergi makan. Aku laparlah," ajak Adyan. Syed mengganguk sekali lagi. Mereka berdua menuju ke ruangan makan untuk menjamu selera.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now