17

11.2K 483 147
                                    

Nurul menuju ke pintu hadapan apabila dia terdengar bunyi loceng pada rumah mereka berbunyi.

Pintu dibuka lalu terpapar wajah Datin Mirah yang memandangnya dengan pandangan mengejek. Jelas terpancar di wajah wanita tersebut yang dia tidak menyukainya.

"Mum——"

Belum sempat Nurul menghabiskan ayatnya, Datin Mirah terlebih dahulu memotongnya dengan laju dengan dingin.

"Anak aku mana?"

"Ouh...Syed? Syed keluar pergi kerja. Kenapa mummy cari dia? Ada apa-apa ke?" soal Nurul dengan lembut. Dia kena menghormati wanita tersebut walaupun wanita itu tidak menyukainya.

"Kau jangan nak gelarkan aku ni mummy. Kau ingat aku nak terima kau ke jadi menantu aku? Jangan mimpi! Aku cuma terima Ceyla saja!! Dia je yang layak jadi menantu aku. Bukan perempuan murahan macam kau ni!! Guna cara kotor untuk dapatkan anak aku. Memang tak tahu malu kau kan?" sinis Datin Mirah berkata. Nurul tersenyum kecil.

Tiada guna dia bertengkar dengan wanita tersebut kerana sudah tentu semua yang ada pada dirinya hanya dipandang jahat saja.

"Nurul tahu Nurul murahan. Mummy tak perlu kata pun Nurul tahu. Tapi Nurul masih anggap mummy tu mummy Nurul sebab mummy adalah ibu kepada suami Nurul," balas Nurul kepadanya. Datin Mirah menjeling tajam ke arahnya.

"Kau jangan nak berangan diterima jadi isteri anak aku. Kau ingat anak aku tu hamak sangat ke dekat kau yang murah ni? Pelacur lagi berharga dia daripada kau tahu tak?" ujar Datin Mirah dengan nada yang sedikit tinggi. Nurul menarik nafas dalam sebelum dihembuskan.

'Takpe Nurul. Dia anggap kau jahat seperti Syed anggap kau. Takpe kau teruskan jelah jadi jahat. Biar  mereka puas' getus hati Nurul.

Datin Mirah memandangnya atas bawah dengan senyuman sinis. Nurul tahu apa yang berada di dalam fikiran wanita tersebut.

"Nurul tahu Nurul cantik. Tak payahlah nak tengok macam nak telan je," kata Nurul tidak lagi berlemah-lembut dengannya.

"Perasan je!! Sedar diri sikit kau tu orang kampung!! Tak setaraf dengan kami," balas Datin Mirah dengan riak. Nurul menjulingkan bebola matanya.

"Mummy cari Syed kan? Syed takde dekat rumah. Dia keluar pergi kerja. Jadi..mummy dah boleh kot pulang," halau Nurul malas. Dia tidak mahu bertengkar lama dengan wanita tersebut kerana dia takut dia tidak akan bertahan lama kerana hatinya tidaklah sekental seperti orang lain.

"Kau jangan berlagak sangat!! Ni rumah anak aku!! Bukannya rumah kau!!"

"Pembetulan. Rumah kami berdua sebab kami dua dah berkhawin dan sudah sah bergelar suami isteri," balas Nurul sinis. Makin berasap telinga Datin Mirah mendengarnya. Gadis itu memang melampau!!

"Kau jangan nak tunjuk belang kau sangat dekat aku!! Aku akan pastikan anak aku akan ceraikan kau secepat yang mungkin!!"

"Itu pun kalau dia nak. Takdelah aku tengok dia macam dah mulai jatuh cinta dekat aku,"

"Kau jangan merepeklah!! Anak aku tak mungkin jatuh cinta dekat perempuan murahan macam kau ni!! Takde harga diri langsung!!"

"Mummy..Nurul cak——"

"Kenapa bising sangat ni?"

Perbualan mereka terhenti apabila Syed yang baru pulang menuju ke tempat mereka berdua. Nurul memandangnya dengan senyuman sinis. Manakala Datin Mira memandang anaknya meminta penjelasan.

"Syed..mummy nak cakap sikit dengan Syed."

"Apa dia?? Kenapa macam kecoh je ni?"

"Awak, saya rindu dekat awak," sampuk Nurul lalu menggengam erat tangan Syed dengan senyuman yang manis. Syed terpegun dengan senyuman tersebut. Entah mengapa dia merasa tenang apabila tangannya digenggam oleh Nurul. Dia sama sekali tidak dapat menolak. Dia hanya membiarkan sahaja Nurul menggengam erat tangannya.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now