🕊 Eighty Seven 🕊

Start from the beginning
                                    

Kayla telah duduk di kerusi yang ada di tepi katil sera. Melinda turut berdekatan katil sera.

" babe bila kau nak bangun? Aku rindu nak keluar dengan kau, gossip, shopping. Kayla aku tak boleh lah tengok sera macam ni." ujar melinda sambil matanya sudah berkaca dan tidak lepas memandang sera yang terbaring.

" kan aku pun rindu mel. Rindu tengok dia senyum, ketawa,merajuk,cerita dekat kita tentang masalah dia. Sera anak aku pun rindu kau tau. Dia dekat dalam ni macam tahu je mommy sera dia tengah sakit sekarang asyik tak diam je. Dia rindu nak dengar suara mommy sera cakap dengan dia. Babe kalau kau dah rasa lama sangat tidur kau bangun okay. Kitaorang tunggu kau." kata kayla sambil mengusap perutnya yang sudah membukit kerana sudah mencecah 7 bulan tanpa sedar mereka telah menangis. Sama juga dengan zea yang tidak jauh dari mereka.

" kak long, nanti bila kak long dah bangun kita pergi jalan jalan together macam kita pergi Switzerland dulu mesti best kan." kata zea pula yang sudah berada di sebelah kiri katil sera.

"bila ingat balik trip tu rasa kelakar pun ada." ujar melinda.

" kenapa kau rasa lucu?" tanya kayla.

" yelah time tu kita ganggu honeymoon dia dengan zayn tak pasal honeymoon jadi trip." mereka sudah ketawa seperti menutup kesedihan.

" korang rasa apa perasaan sera sekarang mesti dia kecewa dengan kita kan?" ujar kayla sambil mengusap rambut sera.

"bukan setakat kecewa, dia pasti akan marah dekat kita lagi lagi nanti kalau dia sedar dan dia tahu yang dia sempat mengandung. Aku tak boleh bayang macam mana marah dia waktu tu. Tapi apa pun aku nak sera sedar je sekarang. Apa yang berlaku lepas tu aku terima sebab kita kenal dia dah lama kayla, kita memang dah buat dia kecewa dengan kita dari lama. Kau pun tahu kan dia tak suka di tipu." ujar Melinda sambil matanya tidak lepas dari memandang sera.

Seketika mereka diam dan hanya memandang ke arah sera. Pintu ruangan itu telah dibuka dari luar, natalya telah masuk ke ruangan itu dan sempat memberikan senyuman kepada mereka.

" hye, dah lama dekat sini?" tanya natalya.

" baru je, you dah habis kerja ke?"tanya zea

" tak i just take a break sebab tu i datang tengok sera." balas natalya.

" lya, sera akan sedar kan?" tanya kayla pula.

" she will and she have to. Kita semua tengah tunggu dia sekarang untuk sedar. I know my sister strong." natalya telah pergi ke arah sera.

Mereka bertiga hanya mengangguk. Tidak lama zea bangun dari duduknya.

" I nak turun pergi kafeteria kejap, korang nak apa apa tak?" tanya zea.

" mineral water jelah." balas kayla.

" same." kata melinda pula.

" lya, you tak nak apa apa?"

"it's okay." zea hanya mengangguk dan ingin pergi ke arah sofa tapi jarinya tiba tiba di pegang dan dia dapat rasakan gerakan itu.

" lya, I think sera hold my hand." zea telah memalingkan badanya semula menghadap sera dan tangannya dipegang oleh sera.mereka semua telah terkejut.

" sera, do you here me?" natalya telah menyuluh kedua mata sera dan tidak lama memeriksa bahagian dada sera. Sera juga telah menggerakkan matanya seperti memberi tanda ingin sedar.

////////////////

" thanks for today Mr Roland." zayn telah bangun sambil berjabat tangan dengan clientnya itu. Satu kerjasama telah dijalankan antara company mereka. Setelah hampir tiga jam, mereka akhirnya selesai.

Zayn telah duduk kembali apabila kelibat clientnya dan pekerjanya yang lain telah keluar dari ruang meeting itu. Dia menghembuskan nafas yang berat. Cavin telah datang ke arahnya.

" zayn ni last report yang kau perlu tandatangan." cavin telah meletakkan fail itu di hadapan zayn lalu tanpa berlama zayn menandatangan fail itu.

" so kejap lagi kau balik rumah atau pergi hospital?"tanya mike pula.

" aku balik hospital. Tu je kan untuk hari ni? "

" yup tu je, sorry zayn sebab meeting kali ni aku tak dapat cover untuk kau sebab Mr. Roland tu memang nak kau je handle meeting tadi." kata cavin pula.

" tak ada apalah. So aku pergi dulu kalau ada apa apa call aku." zayn telah bangun dari duduknya dan ingin berlalu keluar tapi dia tidak sempat keluar apabila kay telah datang ke arahnya dengan riak penuh tanda tanya.

" zayn, sera." ujar kay yang sudah berada di pintu ruang meeting itu. Tanpa berlama Zayn dan lain berlalu meninggalkan eskom dan kembali ke hospital.

///////////////////

Zayn telah sampai di hospital sambil di ikuti oleh mike, cavin dan kay. Mereka semua telah sampai di depan pintu ruang rawat sera. Yang juga telah berada di luar situ.

"aryan, sera macam mana?" tanya zayn dengan riak risau. Aryan juga telah sampai setelah di telefon oleh natalya.

" aku tak tahu, doktor masih ada dekat dalam dan check keadaan dia." balas aryan pula.

Tidak lama doktor farid telah keluar dari ruang rawat sera.

" doktor macam mana dengan isteri saya?" tanya zayn.

" alhamdullilah, sekarang puan sera dah sedar tapi keadaannya masih kurang stabil dan masih perlu banyak berehat." Zayn amat gembira mendengar apa yang baru diberitahu. Yang lain juga turut gembira.

" tapi doktor, dia dah tahu yang dia telah keguguran?" doktor telah mengangguk. Zayn hanya melepaskan nafas berat. Dia tahu mesti sera sangat sedih bila tahu tentang hal itu. Tapi apa yang lebih penting buatnya sekarang sera telah sedar.

Setelah selesai berbicara dengan doktor tentang keadaan sera, zayn telah masuk ke dalam ruangan itu. Dia telah pergi ke arah sera yang sudah sedar dan masih terbaring di atas katil.

"hey love, you dah bangun. I miss you so much." ujar zayn sambil mencapai tangan sera namun sera telah menarik tangannya semula. Semua yang berada di dalam bilik itu sudah terkejut dengan tindakan sera.

" hey, sayang kenapa ada yang sakit?" zayn masih bertanya dengan nada yang lembut dan cuba memegang pipi sera pula tapi sera tetap menajuhkan wajahnya dari di sentuh oleh zayn.

" don't you dare to touch me." kata sera tegas tapi masih perlahan kerana keadaannya yang masih lemah dengan pandangan yang tajam kepada zayn.

" sera kenapa ni hmm? " tanya aryan pula. Natalya juga telah menghampiri sera yang berada dalam keadaan duduk.

" sayang i can explain about that." zayn faham kenapa sera tiba tiba bersikap begitu kepadanya.

" kenapa sekarang? kenapa setelah kita hilang anak kita baru you nak jujur dengan i zayn why?" zayn seperti terpempang dengan pertanyaan dari sera.

" I don't need your explanation,so please get out from here!"

" sera, tenang okay bagi zayn explain everything dulu. Lama zayn tunggu sera tau." pujuk natalya.

Sera masih memandang zayn.
" keluar! I tak nak tengok muka you lah. Sebab you penipu, sebab you anak i mati sebab you zayn sebab you" sera seperti sudah hilang kawalan.

"please leave me alone, I tak nak tengok muka korang semua keluar! Korang semua penipu!" marahnya lagi. Aryan telah memberi isyarat kepada yang lain supaya keluar terlebih dahulu. Tidak lama zayn dan aryan turut keluar dari situ.

" sera tenang dulu okay, sera baru sedar it's not good for your condition." pujuk natalya pula.

" just live me alone kakak." natalya hanya mengangguk lalu keluar dari situ. Air mata sera telah mengalir dengan deras. Apa yang telah terjadi telah membuat dia amat kecewa dan ditambah pula dia mendapat tahu yang dia telah mengalami keguguran akibat kejadian itu. Dia membaringkan badannya semula sambil menangis.





Sera EskandarWhere stories live. Discover now