🕊Eighty Two🕊

612 31 2
                                    

"babe kau okay tak ni?" tanya kayla. Mereka sekarang berada di sebuah restoran yang tidak jauh dari heritage holding. Sera baru sahaja selesai meeting dengan clientnya dan mengajak kayla dan Melinda datang menemaninya.

"aku okay." Kata sera.

" kalau tengok muka kau macam beruk nak mati ni aku tahu kau tak okay. Kenapa ni citalah. Kau bergaduh dengan zayn?" tanya Melinda. Ya dah hampir seminggu dia dengan zayn jarang berbual dan hubungan mereka dah tak mesra seperti sebelum ini. Kalau berbual pun hanya hal yang penting sahaja. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Zayn seperti ingin menjauh darinya. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia telah lakukan sehingga zayn bersikap begitu. Kalau tanya lebih lebih kena marah pula so dia pilih untuk diam.

" entahlah, aku pun tak tahu."

" apa yang kau tak tahu?"tanya kayla.

" aku tak tahu apa yang dia fikirkan sejak akhir akhir ni. Bila aku tanya dia kata dia okay lepastu kalau aku cuba untuk dia ceritakan dekat aku apa masalah dia, dia macam marah dekat aku. Lepas tu dia banyak habiskan masa dia dekat bilik kerja je." Ujar sera sambil mengacau fresh orange dihadapannya.

" pelik, tapi mungkin dia busy, banyak sangat kerja yang dia nak kena urus." Kata kayla.

"aku ingat perempuan je yang complicated lelaki pun sama." Bebel Melinda pula.

" kau ada buat apa apa hal yang buat dia marah kut?" teka kayla.

"mana ada, aku tak tahu lah babe kalau aku fikir balik apa salah yang aku dah buat pun aku tak tahu sebab aku tak ada buat apa apa. Aku rasa dia dah tak sayang aku." Balas sera dengan nada pasrah dan matanya mula berkaca.

" apa yang kau merepek ni. Tak mungkin lah. Jangan mengarut boleh tak." Ujar Melinda pula.

" yelah sekarang kalau aku merajuk pun dia dah tak pujuk lepas tu dia buat aku macam tak wujud dekat rumah tu, aku sendiri tak tahu apa salah aku. Sikap dia pun macam dah dingin balik dengan aku.Entahlah babe aku tak tahu nak buat apa. Kadang kadang aku rasa dia terlampau banyak simpan rahsia dari aku." Kata sera dengan suara sedikit sebak. Melinda dan kayla sedikit terkejut apabila sera mengatakan zayn ada menyembunyikan sesuatu.

" dah la kau tak payah fikir lagi okay. Nanti kau cari ruang yang sesuai kau bincang dan tanya dia." Pujuk kayla dan Melinda. Tanpa mereka sedar kelibat mike dan kay telah datang ke arah mereka.

" kenapa ni?" tanya kay yang telah duduk di sebelah kiri kayla manakala mike telah duduk di sebelah Melinda.

" sera kenapa you nangis?" tanya mike pula.

" mana adalah, I tak nangis." Kata tak menangis tapi pipi dah basah macam mana tu.

"tak apalah, korang berdua pun dah datang so I gerak dulu." Kata sera yang telah bangun dari duduknya.

" sera kau nak pergi mana? Duduk lah dulu, makan pun tak." Kata kayla.

"it's okay nanti jelah aku makan, aku ada banyak lagi kerja dekat office so aku gerak dulu bye kay mike." Sera telah berlalu dari situ.

"kenapa dengan sera?" tanya kay apabila sera telah pergi dari situ.

"dia ada masalah dengan zayn." Kata Melinda bersahaja.

////////////////////

" puan tak nak balik lagi?" tanya hani. Waktu kerja telah habis tapi sera masih sibuk membuat kerja tapi lebih tepat menyibukkan diri.

" tak lagi hani awak balik lah dulu."

" okay bye puan." Hani telah pergi dari ruangannya dan sekarang hanya tinggal dia di situ. Sedang dia sibuk mengemas beberapa fail di atas mejanya dia terlihat sampul surat coklat yang masih belum dibuka.

Sera EskandarWhere stories live. Discover now