🕊 Twenty Eight 🕊

733 32 2
                                    

Setelah sera membuat keputusan untuk berkahwin dengan zayn, semua persiapan sedang dipersiapkan. Sera menyerahkan semua hal perkahwinannya kepada puan bella dan puan zara. Dia hanya mengikut sahaja. Bodyguard dan driver yang diupah oleh daddynya juga telah ditarik balik.

" sera sorry kitaorang lambat dah lama tunggu?" tanya kayla yang baru sampai bersama melinda.

"hmmm kata aku melayu korang lagi melayu." perli sera.

" kau salahkan minah ni la suruh aku pergi ambik lepas tu siap macam siput." kata melinda pula. Kayla hanya membuat muka apabila melinda menyalahkannya.

" kawan aku ni dah nak kahwin lah. Aku tak sabar lah sera nak tengok kau naik pelamin." kata kayla seperti teruja.

" haah aku tak sangka kau yang kahwin dulu sedangkan aku yang tunang dulu. Lepas tu orang yang paling kau annoying sekarang dah nak jadi suami kau." kata Melinda pula.

" Korang... Betul ke apa yang aku buat ni?" tanya sera kepada melinda dan kayla sambil membuat ingin menangis tapi tidak menangis.

" eh kau kenapa pula ni kau jangan macam macam sera majlis kau lagi seminggu je tau." kata melinda risau melihat sera begitu.

" sempat tak kalau aku lari sekarang?" tanya sera.

Kayla dan Melinda telah menggelengkan kepala. Mereka tahu sera menerima hal ini kerana tuan hakim.

" kau jangan buat hal babe, setan apa pulak dah rasuk kau ni meh aku ubatkan." kata melinda sambil meletakkan tangan di atas kepala sera seperti bomoh.

" ishh apa kau ni mel aku tak sakit lah. Cuma aku tak tahu apa aku rasa sekarang." kata sera sambil menepis tangan melinda.

"sera kau dengar ni, kau tak boleh asyik nak lari je kau perlu hadapi semua perkara. Aku rasa kau nervous sekarang ni ataupun takut betul tak." teka Kayla.

" mungkin tapi boleh tak aku nak tanya kau sesuatu kayla?" tanya sera tiba tiba.

" kau dengan kay kenal berapa bulan?"

" dalam lima bulan kenal dua bulan tunang lepas tu kahwin. Tak sampai setahun pun." terang kayla bersahaja.

" serious lah. Jadi kau mula bercinta dengan dia bila?" tanya melinda pula. Sera juga terkejut dengan pengakuan kayla.

" masa kitaorang bertunang. Tapi boleh dikatakan kita orang bercinta lepas kahwin. Eleh kau pun sama je dengan mike kan." kata kayla kepada melinda.

Melinda tersenyum." hihihihi betul lah tu."

"sera kau jangan risau okay aku dengan mel akan selalu ada buat kau. Kalau si zayn tu berani sakitkan kau aku tumbuk dia nanti." kata kayla sambil memeluk sera.

" thanks korang." kata sera sambil membalas pelukan kayla dan memegang tangan melinda yang berada di hadapannya.

Tiba tiba phonenya berbunyi. Dia melihat nama di skrin.

Mr. Iceberg 😑

Dia terus mengangkat panggilan tersebut.

" Hello."

" kau dekat mana?"

" I dekat cafe. Kenapa you call I?" tanya sera pelik.

" mama suruh aku jemput kau pergi fitting baju kahwin. Dia dah tunggu kita dekat sana." kata zayn di talian.

" okay you hantar location i pergi sekarang."

" tak payah, aku ambik kau hantar location kau sekarang in a few minutes aku sampai." kata zayn lalu mematikan panggilan.

Sera EskandarWhere stories live. Discover now