🕊 Seventy Three🕊

681 26 3
                                    

Zayn memandang sera di sebelahnya yang masih lena tidur di atas lengan sasa miliknya. Hari ini baru dia melihat sera tidur dengan nyenyak selepas kejadian itu. Dia mengusap pipi sera dengan lembut dan membetulkan sedikit rambut isterinya itu.

" apa yang berlaku dekat kau semua salah aku sera. Aku akan pastikan mereka tak akan berani dekat dengan kau lagi dan aku akan habiskan orang yang dah berani ganggu kau." katanya sendiri.

Zayn membetulkan selimut ke tubuh badan sera yang sedikit terdedah lalu dia memeluk tubuh sera dengan erat sambil mencium ubun ubun isterinya itu.

Sera telah membuka matanya perlahan lahan lalu melihat zayn sedang memandangnya sambil merangkul dirinya erat.

" morning sayang."

" morning love, how do you feel now?"

" better." katanya sambil bangun perlahan lahan dan menyandarkan badannya. Zayn membantunya.

" sayang can I ask you something?"

"hmm? " zayn telah memandang ke arah sera.

" macam mana you tahu i suka bunga tulip?" Zayn telah tersenyum mendengar pertanyaan dari sera.

" natalya."

" I dah agak, sebab selain dari mommy hanya kakak yang tahu i suka bunga tulip."

" so kau suka?"

Sera mengagguk sambil tersenyum. " I love the quote too."

" tak sangka seorang zayn eskandar pandai berpuitis." ujar sera lagi sambil ketawa.

Zayn hanya ketawa kecil mendengar gurauan daripada sera.

" you tak nak masuk office ke dah berapa hari you cuti sebab jaga i."

" tak aku tak akan masuk selagi kau tak sembuh. Kerja aku boleh buat dekat rumah so you don't have to worry." 

" I dah okaylah, you dah boleh masuk kerja." ujar sera lagi sambil bermain dengan rambut zayn.

" I will think about that, by the way kenapa kau tak angkat call aku waktu tu?"  mengingatkan hal itu sera senyum sendiri. Dia memang sengaja tak nak angkat call dari zayn biar zayn pujuknya lebih lagi tapi hal lain pula yang terjadi.

" malas." zayn telah membutangkan mata dengar jawapan bersahaja dari sera.

" apa kau cakap said it again." kata zayn sambil mukanya semakin mendekat dengan sera. Sera telah ketawa dan menyorokkan mukanya dalam selimut. Zayn cuba membuka selimut itu namun masih tidak boleh.

" kenapa kau malas?"

" yelah sebab you marah i, so i nak lah merajuk lama lama." balas sera di dalam selimut.

" kuat kan merajuk kau. hey look at me sayang please." zayn cuba membuka selimut yang menutupi muka sera lalu sera membukanya tapi hanya menampakkan matanya sahaja sambil muka zayn mendekat dengannya.

" love aku minta maaf sebab dah marah kau. but you know right aku tak suka kau buat benda yang aku larang." kata zayn sambil merenung sera.

" tapi i just cari you tu je." 

zayn menghelakan nafas." okay fine aku mintak maaf but please bila aku call angkat boleh aku tak nak hal macam ni terjadi lagi okay."

sera mengangguk." okay i maafkan you tapi dengan syarat." zayn telah mengerutkan dahi. Apa pula syarat yang sera nak letak kali ni.

" hmmm apa?"

" no more kau aku boleh? but but it's okay kalau you tak boleh i faham." sera telah memegang pergelangan tangan zayn dengan lembut.

Sera EskandarWhere stories live. Discover now