🕊 Thirty Eight 🕊

715 28 3
                                    

Sera telah menghidangkan makan malam buat zayn. Dia meletakkan ikan siakap steam limau di atas meja dan menyusun sudu dan pinggan.

Zayn telah turun dan menuju ke dapur. Dia duduk di hadapan sera seperti biasa. Sera menyedokkan nasi dan meletakkan ikan ke dalam pinggan zayn.

" kau masak ke beli?" tanya zayn.

" sedap je kan kata beli, ni I masak lah." kata sera yang sempat mencebikkan muka.

Zayn makan ikan yang dibuat oleh sera. Tapi riak wajahnya seperti biasa sahaja.

" so, sedap tak?" tanya sera.

" biasa je." kata zayn bersahaja tetapi masih menyambung makan.

" biasa je you cakap ini resepi mama tau."

" kau belajar buat ikan ni dengan mama. Bila kau jumpa mama?" tanya zayn.

" tak adalah jumpa cuma tadi dekat office i sempat call mama tanya favorite food you, lepas tu mama cakap you suka makan ikan macam ni so i try lah buat." kata sera.

" but it's okay nanti i pergi berguru dengan mama okay." kata sera seperti mengubati kecewanya sendiri.

Zayn merasa serba salah pula begitu terhadap sera selepas isterinya sudah bersusah payah bertanyakan makanan kegemarannya kepada puan zara.

" aku tak kata pula tak suka."

" betul ni you suka?" tanya sera.

" ya cuma tak sama macam mama buat lah."

" it's okay nanti i belajar lagi dengan mama." kata sera dengan riak wajah yang ceria.

Selepas selesai makan malam, sera kembali semula ke ruang tamu bagi menyambung semula ceritanya tadi. Zayn datang ke arah sera lalu duduk di sebelahnya.

" sera aku ada sesuatu nak bagitahu kau."kata zayn mengalihkan perhatian sera.

" nak bagitahu apa?" tanya sera yang masih melihat pada television.

" aku akan ke France lusa."

" buat apa?" tanya sera sambil memandang ke arah zayn.

"aku ada kerja dekat sana dalam tiga hari." bohong zayn.

" I nak ikut boleh?" tanya sera. Haa sudah sera nak ikut. Zayn terkejut dengan pertanyaan sera.

" tak boleh, aku pergi untuk kerja bukan holiday."

" alaa takpa lah, you pergi kerja i jalan sorang sorang dekat sana." cadang sera.

" no no tak ada kau tak boleh ikut aku pergi sana sera, kalau jadi apa apa dekat kau masa aku tengah kerja kan dah susah." kata zayn dengan tegas.

" kalau macam tu i duduk dalam bilik Hotel lepas you habis kerja baru kita keluar jalan jalan."

" sera adelya, bila aku kata tak boleh tak boleh lah! Boleh tak kau faham." marah zayn dengan riak wajah tegas kepada sera.

Bahu sera sedikit terhinjut kerana terkejut apabila di marahi begitu oleh zayn. Dia sudah malas berada di situ, dia terus naik ke atas menuju ke bilik.

" sera, kau nak pergi mana?" pertanyaan zayn tidak dihiraukan oleh sera.

" ya allah zayn kenapa kau marah dia kan tak pasal dia dah merajuk." kata zayn sendiri."

Zayn terus naik ke bilik melihat keadaan sera. Dia membuka pintu biliknya lalu mencari kelibat sera. Dia melihat sera sedang duduk di atas lantai di bahagian tepi katil.

Esakan tangisan sera juga berbunyi.

" zayn buat pertama kalinya kau buat dia nangis." getus hatinya.

Sera EskandarWhere stories live. Discover now