"Syed nak bawa Nurul pergi hospital,"

"Kenapa Syed kisah sangat dengan perempuan tu!! Dia bukan—-"

"Dia isteri Syed!! Isteri Syed yang sah mummy!!"

Suara Syed yang lantang dan kuat membuatkan Datin Mirah terdiam begitu juga dengan Fryceyla. Orang yang berada disitu terkejut dengan pengakuan Syed. Terdapat banyak bisikan yang didengari.

Adyan menjadi panas melihat Syed yang jelas sudah jatuh sayang dengan gadis yang dia benci. Dan membuatkan dia bertambah marah lagi adalah Syed membuat pengakuan di depan orang ramai.

Manakala Fryceyla pula tidak puashati. Lelaki itu sudah berubah sepenuhnya. Tidak mungkin lelaki itu jatuh cinta dekat Nurul.

"You!! Apa you cakap ni?"

"Apa? Kau masih tak dengar ke? Nak aku ulang sekali lagi? Dia isteri aku!! Isteri aku yang sah!! Masih tak jelas lagi? Nurul Adawiyyah isteri kepada Syed Arnizam yang sah!!!"

Katanya dengan sangat kuat dan jelas didengar oleh mereka semua. Fryceyla tergamam. Syed terus melangkah pergi setelah berkata seperti itu.

"Mummy!!! Arghh!!!!"

"Sabar sayang. Takpe, nanti kita cari jalan supaya perempuan tu hilang dari hidup Syed," pujuk Datin Mirah. Fryceyla menangis dalam masa yang sama dia berasa sakit hati.

Adyan dan Siti Kasirah berpandangan antara satu sama lain. Nampaknya, lelaki itu sudah jatuh cinta dengan Nurul.









Syed menggengam tangan Nurul lalu mengucupnya perlahan. Mereka sedang berada di hospital. Nasib baik kecederaan Nurul tidaklah teruk. Syed berasa lega mendengar berita tersebut. Kalau tak memang dia mengamuk habis.

Dia mengaku yang dia sudah jatuh cinta dengan isterinya sendiri tetapi dia keliru dengan perasaan sendiri. Tetapi, dia tidak boleh menolak perasaan yang hadir di dalam hatinya.

"Maafkan aku. Maafkan aku sebab tak dapat lindungi kau." ujarnya sayu. Dia sudah mendapat tahu bahawa bukan Nurul yang memerangkap dia. Orang yang membuat rancangan itu adalah kekasihnya sendiri iaitu Fryceyla.

Dari mana dia tahu? Dia tahu dari Alvin iaitu rakan kepada Nurul. Mereka membuat perjumpaan dan Alvin menceritakan semuanya dan memberi bukti kepada Syed.

Syed terkejut mengetahui kebenaran tersebut. Dia menjadi rasa bersalah yang teramat. Tapi pada waktu itu dia masih ragu-ragu lagi.

Dia masih belum mempercayai kebenaran tersebut. Dia ingin mengambil masa. Dan pada waktu Nurul menampar Fryceyla, dia memeriksa cctv yang berada di rumahnya.

Dia menjadi bertambah rasa bersalah apabila melihat rakaman tersebut. Dia sengaja bertanya kepada Nurul sebab kenapa dia menampar Fryceyla walaupun dia sudah tahu.

Dan dia juga tahu apa yang ingin diberitahu oleh gadis itu pada waktu tersebut tetapi Fryceyla menolaknya masuk ke dalam kolam. Sebab itulah Syed berasa marah dan dia sudah percaya sepenuhnya kepada Nurul yang gadis itu tidak bersalah langsung.

Fryceyla sememangnya licik. Dan pada waktu itu juga, Syed menjadi yakin dengan perasaannya. Dia akan menjaga Nurul sepenuhnya dan dia tidak akan ceraikan gadis itu. Tidak akan!!

Tok!! Tok!! Tok!!

"Masuklah."

Alvin melangkah masuk ke dalam bersama plastik yang berisi makanan dan minuman. Dia meletakkan plastik tersebut di atas meja.

"Apa jadi ni?" soal Alvin ingin tahu. Syed mengeluh kecil. Matanya setia memandang wajah pucat isterinya.

"Hmm..Ceyla buat hal lagi. Aku tak sangka perangai dia macam tu," ujar Syed perlahan. Alvin tersenyum nipis. Dia faham perasaan lelaki tersebut. Bahu Syed ditepuk perlahan.

"Takpelah. Sekarang kau dah tahu perangai dia yang sebenar macam mana. Aku harap kau tak terpedaya dengan dia lagi,"

"Tak. Aku takkan tertipu dengan lakonan dia lagi. Terima kasih sebab beritahu perkara yang sebenar dekat aku," ucap Syed lalu tersenyum kacak. Alvin juga turut membalas senyuman tersebut yang tidak kurang kacaknya dengan Syed.

"Takde hal. Aku kesian dekat Nurul je. Dia selalu mengadu dekat aku. Aku tak sanggup nak tengok dia merana lagi,"

"Aku minta maaf,"

"Takpe. Kau tak tahu pun kan? Kau tak salah," balas Alvin. Syed tersenyum hambar lalu kepala dianggukan perlahan.

"Aku kena gerak dulu. Sorry tak dapat teman kau,"

"Kau dah nak pulang ke?"

"Yup. Sorry,"

"Ouh..takpe. Kau pulanglah. Hati-hati bawa kereta nanti,"

"Okey. Jaga Nurul baik-baik. Jangan buat dia sedih lagi," kata Alvin dibalas anggukan dari Syed. Apabila lelaki itu sudah keluar, Syed melihat kembali wajah isterinya.

"Aku sayangkan kau. Aku mengaku dulu aku tak percayakan kau. Layan kau dengan teruk. Aku minta maaf. Maafkan aku. I love you," ucap Syed lalu mengucup dahi Nurul dengan lama. Dia tidak melepaskan genggaman tangannya.

Dia tidur dalam keadaan yang duduk bersama genggaman tangan Nurul di tangannya. Dia akan menunggu gadis itu sedar.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now