Hati Nurul retak seribu. Dia memejamkan matanya untuk menguatkan hatinya. Allah. Sungguh berat ujianmu.

"Ouh..macam tu. Kau nak aku jujur ke?"

"Mestilah jujur. Kau jangan nak berani tukar cerita pula dan tuduh dia," Syed berkata kepadanya. Nurul mengganguk faham.

"Aku tak tampar dia kalau dia yang tak mula dulu. Dia yang mula cari pasal dengan aku. Dia yang mula tampar aku dulu sebelum aku tampar dia," jawab Nurul dengan jujur. Syed memandangnya lama.

"Betul ke apa yang kau cakap ni? Atau kau sengaja nak buat cerita supaya aku percaya cakap kau?"

"Aku tak suruh kau percaya cakap aku. Tapi aku cakap benda betul. Terpulang dari kau sama ada nak percaya atau tidak. Aku sudah bercakap jujur je," balas Nurul tenang. Syed terdiam untuk beberapa minit.

"Ceyla bukan macam tu. Aku tahu mesti ada sebab yang buat dia marah. Dia takkan sesekali cari pasal dengan seseorang tu kalau seseorang tu tak mula dulu," yakin Syed tidak mempercayai kata-kata Nurul. Gadis itu mengeluh panjang. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Syed.

"Aku tahu kau susah nak percaya. Tapi aku tak tipu. Lagi satu, aku ada benda nak bagi dekat kau. Sebelum ni kau asyik mengelak je dengan aku," ujar Nurul dengan mata yang sedikit sembab. Syed semakin rasa bersalah namun perasaan tersebut dia tepis.

'Kau tak boleh percayakan dia sangat, Syed. Dia pandai berlakon. Dia sengaja je buat muka macam tu, menangis bagai supaya kau kesian dekat dia.' desis hati Syed.

"Kau nak bagi apa? Cepat sikit. Lepastu, aku nak kau pergi bersiap,"

"Bersiap? Nak pergi mana pula?"

"Kita pergi Hotel Dev Star. Mummy buat majlis sempena perlantikan aku sebagai CEO syarikat daddy," balas Syed kepadanya. Nurul mengganguk faham.

"Kau nak bagi apa? Cepatlah,"

Nurul terus mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket. Dia menghidupkan telefon pintar tersebut. Syed setia menunggu apa yang ingin Nurul tunjukkan.

"Aku harap lepas ni kau akan percaya cakap aku." kata Nurul. Syed memandangnya pelik. Dia sudah tidak sabar ingin tahu. Baru sahaja dia ingin menghidupkan voice milik Ceyla. Tangan seseorang yang muncul entah dari mana menolak tubuhnya sehingga dia terjatuh ke dalam kolam bersama telefon bimbitnya.

Dushhh!!!!

"Nurul!!!"

"Opss!! I'm sorry. I tak sengaja you," ujar Fryceyla yang baru muncul. Syed terkejut. Dia memandang sekilas ke arah Fryceyla.

"Tolong!!"

Tanpa berfikir lama, Syed terus terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Nurul tanpa sempat dihalang oleh Fryceyla. Kekasihnya tergamam.

Syed menarik tubuh Nurul ke dalam pelukkannya lalu membawanya naik ke atas. Nurul terbatuk-batuk mengambil oksigen yang hampir terputus. Dia sememangnya tidak pandai berenang.

Syed masih setia memeluk Nurul dengan sangat erat seakan kewujudan Fryceyla tidak ada disitu. Hati Fryceyla semakin panas melihat mereka berdua.

"Kau tak apa-apa ke ni? Ada sakit dekat mana-mana tak?" risau Syed sambil membelek tubuh sebelum dia memeluk Nurul semula dengan wajah yang sangat risau.

"Aku tak apa-apa," balas Nurul. Dia berasa tenang di dalam pelukkan suaminya sendiri. Fryceyla terus menarik tubuh Syed menjauh dari Nurul.

"You!! Kenapa you kisah sangat dekat perempuan murah ni? Kenapa you terhegeh-hegeh sangat dekat dia?"

"Dia hampir lemas. Kalau dia mati macam mana? Kau fikir aku jahat sangat ke biar dia mati? Kau tak fikir ke apa?" marah Syed untuk pertama kalinya memarahi kekasihnya sendiri. Fryceyla tergamam. Nurul juga turut sepertinya. Untuk pertama kalinya gadis itu dimarahi oleh Syed sendiri.

"You marah dekat i? You bela perempuan tak guna ni dan you sanggup marah i sebab dia? Sampai hati you!!" marah Fryceyla kepadanya. Syed meraup wajahnya dengan kasar. Dia tidak memperdulikan Fryceyla dan kembali menghampiri Nurul.

"Kau tak apa-apa ke? Betul ni? Kau rasa sejuk tak ni?" Syed berkata dengan lembut. Nurul mengganguk lemah.

"Kita masuk pergi dalam. Kau pergi salin baju. Kau boleh berdiri tak?"

"Bo——"

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya. Syed terus mencempung tubuh Nurul masuk ke dalam namun sempat dia berkata terlebih dahulu kepada Fryceyla.

"Kau pergi jalan dulu. Nanti aku datang sekali dengan Nurul," katanya dingin lalu terus melangkah masuk. Fryceyla memandangnya tidak berkelip. Dia menghentakkan kedua kakinya dengan wajah yang geram.

"Erghhh!!!! Jangan cakap kau dah jatuh cinta dekat dia!! Kau cuma milik aku!! Syed cuma milik aku!!"

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now