𝕭𝖆𝖇 54

3.2K 123 4
                                    

"Hey Zulfan Haidar, lama lagi ke awak ni nak menyusu." Zayn yang baru sahaja menyelesaikan kerjanya di bilik kerjanya duduk di sebelah Helena yang sedang menyusukan anak mereka.

Jari Zayn menyucuk lembut pipi tembam milik Zulfan yang berusia 10 hari itu. "Dah dah lah tu menempel dengan mummy, it's my turn son." Mulut Zulfan yang sedang menyusu itu dengan selambanya dijauhkan dari Helena.

"Sayang." Tindakan Zayn itu membuatkan Zulfan teresak esak menangis. "You ni, dengan anak pun." Helena memukul perlahan lengan Zayn. "Sakit lah sayang, sejak sepuluh hari ada anak ni, selalu lebih kan anak. Saya selalu awak pukul." Zayn memuncungkan bibirnya, dipeluk tubuhnya juga tanda merajuk.

"Ha itu je lah yang daddy Zulfan tu pandai. Merajuk je kerja dia, kalah mummy tau." Helena tergelak kecil melihat suaminya yang kadang terlebih manja itu, bukan kadang kadang tapi selalu.

"Ha lepas tu ajak anak tu kutuk saya. Elok sangat lah perangai tu, tak cium bau syurga nanti." Zayn masih lagi dalam mod merajuknya.

"Sayang." Helena terkejut dengan kata kata yang dilontarkan oleh Zayn, walaupun dia tahu suaminya hanya bergurau tapi kawan kawan, kata kata tu satu doa tau!

"Ha, tahu pun takut." Zayn sudah mula memandang wajah Helena. "Pilih cepat sekarang, suami awak Zayn Alexander atau anak awak Zulfan Haidar." Dengan suara mengadanya, Zayn menyoal.

"Ish! Sepuluh hari ada anak, sepuluh hari, soalan tu je lah yang you tanya. Kan i dah cakap, dua dua i sayang." Helena menjawab juga walaupun hari hari jawapannya sama.

"Tapi dulu kan awak sayang saya seorang je, mana tahu bila dah anak ni, awak lebih sayang Zulfan dari saya." Suara Zayn menjauh apabila Helena mempersoalkan mengapa setiap hari soalan yang sama.

"Zayn Alexander, suami kepada Helena Raizel. Dari dulu sampai sekarang, perasaan i pada you tak akan berubah sayang, tak pernah berubah pun. Jadi jangan lah tanya soalan yang you sendiri dah tahu jawapan dia apa." Sebelah tangannya mendukung tubuh kecil Zulfan manakala sebelah lagi tangannya naik mengusap wajah Zayn yang cemberut itu.

"Iya lah, sebenarnya saja je nak tanya. Orang nak manja manja sikit pun tak boleh, kan Zulfan kan." Zulfan diambil dengan berhati hati dari dukungan Helena. Pipi anaknya itu dicium lembut, bau haruman daripada seorang bayi, membuatkan Zayn ketagih dengan baunya.

"You dah siapkan makanan? I lapar lah." Helena menyoal apabila perasan yang sudah tiba waktunya untuk makan malam. "Haah lah sayang, saya lupa. Tadi sibuk siap kan kerja. Awak tunggu sekejap, saya pergi turun bawah, masak kejap okay." Zulfan diberikan kembali kepada Helena.

"Tapi sayang, i tiba tiba teringin nak makan butterprawn you."

"Sayang awak dalam pantang. Lagi satu, i would never cooked that dish for you again." Zayn berkata tegas.

"Ala, but why?" Helena menyoal tidak puas hati. Kalau sebab dia pantang, tak apa dia boleh tunggu sehingga dia habis pantang. Tapi kenapa Zayn dah tak nak masakkan dia hidangan itu.

"Are you nuts? Masakkan awak butterprawn tu umpama letak racun dalam minuman awak tau sayang." Zayn berkata, mengingatkan sekali lagi bahawa isterinya itu mempunyai alahan terhadap udang. Masih ingat lagi sewaktu mereka berada di London dan dia masakkan Helena butterprawn kononnya nak beri kejutan pada Helena. Akhirnya dia yang mendapat kejutan budaya.

"Siapa yang masak butterprwan ni?" Tuan Hashim menyoal apabila melihat ada hidangan yang berasaskan udang.

"Zayn daddy. Helena ni dulu, suka sangat makan butterprawn yang Zayn masak. So, Zayn saja masak hari ni, mana lah tahu kalau dia rindu." Zayn berkata dengan bangganya. Wajah Tuan Hashim sudah berubah pelik.

"Butterprawn Helena Raizel? Is it okay for you?" Tuan Hashim menyoal apabila Helena hanya mendiamkam diri tidak menjawab.

Senyuman Zayn mati. "Kenapa tak okay pula daddy?" Zayn menyoal.

"Helena ni ada alahan pada udang Zayn."

"What?!"

"Termenung jauh jauh, ingat kan siapa?" Helena menyoal apabila Zayn tiba tiba mengelamun. "Tak ada apa, teringat masa kita dulu dulu. Sayang, tunggu kejap, saya masak okay." Setelah mendapat anggukan dari Helena, Zayn bergerak ke bawah untuk masak makanan orang pantang.

Sempat dia belajar dengan Puan Hanna, apa yang perlu diberi pada orang berpantang, macam mana nak jaga orang yang tengah pantang, jadi tak payah lah dia susahkan mamanya itu.

H E L E N A [✓]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ