Boboiboy yang mendengar apa yang Ali kata, hanya diam, tidak berkata apa apa. Ianya membuatkan Ali takut, takut dia tersalah kata, yang membuatkan Boboiboy terasa hati.

Ali : B-Boboiboy? Aku ada kata benda tak patut ke?

Boboiboy : Tak adalah.

Ali : Habis tu?

Boboiboy : Ianya benda biasa untuk tidak percayakan orang lain kali pertama. Cuma, biasalah, kalau dengarnya sendiri, memang rasa sakit hati, sebab orang tak percayakan kita. Kalau kau masih tak percayakan aku sepenuhnya lagi, tak apa. Kita ada masa 2 bulan. Selama tu, kita cuba lah berkawan semampu yang boleh.

Ali tidak mampu melihat wajah Boboiboy dari belakang sana, tapi, dia tahu Boboiboy maksudkan apa yang dia katakan. Itu dah cukup untuk buatkan dia lebih selesa dengan Boboiboy.

Tiba tiba, telefon Ali berbunyi. Ali terkejut. Cepat cepat dia ambil, dan melihatnya. Ianya adalah messages dari M.A.T.A. Ada misi.

Ali : Arhhhh Boboiboy! Berhenti kejap!

Boboiboy : Hm? Ok.

Boboiboy pun menghentikan kayuhannya. Ali turun dari basikal itu dengan keadaan tergesa gesa.

Ali : Maaf Boboiboy! Tiba tiba Alicia panggil aku!

Boboiboy : Oh, ok. Pergilah. Nampak macam penting je tu.

Ali : Maaf weh! Uncle pun kena ikut sekali! Kalau kau dah habis pusing pusing taman ni ke apa, kau balik lah rumah! Bye!

Ali terus berlari pergi dari dia.

Boboiboy : B-bye?

Tinggallah Boboiboy bersendirian dengan basikalnya.

.
.
.
.
.
.
.
.

Dengan tercungap cungap, Ali tiba di dek utama.

Ali : Hah! Hah!

Alicia : Hm? Kau kenapa nampak penat sangat ni?

Ali : Aku..... aku lari dari taman sampai..... ke sini..... aku.... aku tak bawak skuter aku.... hah.... *semput*

Bulat : Apa yang kau buat dekat taman petang petang ni?

Bakar : *baru sampai* Kitorang bawak budak Boboiboy tu jalan jalan.

Bulat : Patutlah *sweatdrop*

Hologram Jeneral pun muncul. Mereka semua senyap, menunggu misi mereka.

Jeneral : Selamat kamu semua tiba pada masanya. Baiklah. Misi kamu semua kali ni adalah pergi ke pelabuhan.

Bakar : Hah? Kenapa? Geng Motor Si Komeng tu buat hal lagi ke?

Jeneral : Tak adalah. Dah dekat 2 bulan signal Geng geng Komeng tidak dapat dikesan. Tapi, misi kamu kali ni adalah memastikan tiada sebarang serangan berlaku di sana. Atau lebih tepat lagi, kamu smeua pantau keadaan di sana. Ada senjata baharu yang dihantar ke sini. M.A.T.A cuma mahukan tiada sesiapa berniat jahat mahu mencuri senjata baru itu. Boleh saya harapkan kamu semua?

All-Jeneral : Baik Jeneral!

Jeneral : Bagus! Bertindak segera!

.
.
.

Di pelabuhan, mereka mula berpecah dan bersembunyi mengikut kumpulan masing masing. Kerana misi kali ni tak beberapa penting, hanya Ejen Muda dan Ejen Bakar sahaja yang dihantar pergi.

Uncle Bakar kena jadi penjaga budak budak tu, ohohoho- dia yang dihantar sebab dia memang dah sekumpulan dengan Ali dan Alicia dah pun, so, adil lah.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now