Datin Mirah melihat perkara itu membuatkan hatinya bertambah panas. Tak mungkin anaknya sudah jatuh cinta dengan gadis murahan itu!! Tak mungkin!! Mesti ada yang tidak kena.

Datin Mirah meleraikan genggaman tersebut dengan hati yang panas. Syed memandang ibunya dengan pelik.

"Kau jangan nak sentuh anak akulah!! Jijik tahu tak?"

"Mom kenapa ni? Kenapa kecoh sangat ni. Malu nanti jiran dengar," tegur Syed dengan lembut.

"Syed dah kenapa?? Kenapa Syed biarkan je dia pegang tangan Syed? Jangan cakap dekat mummy yang Syed dah jatuh cinta dekat perempuan murahan macam dia ni!!" marah Datin Mirah kepadanya. Nurul kembali menggengam erat tangan suaminya.

"Mummy, apa salahnya kalau Syed jatuh cinta dekat Nurul? Kan Nurul ni dah memang isteri dia. Tak salah pun kalau dia nak jatuh cinta kan?"

"Kau merepek apa ni? Sejak bila pula aku jatuh cinta dekat kau? Merepek je," sampuk Syed menidakkan kata-kata isterinya. Nurul mengecilkan matanya ke arah Syed.

'Haih..mamat ni bengap. Cubalah berlakon sikit. Aku tahulah kau tak suka aku.' desis hati Nurul.

"Kau dengar kan? Anak aku tak suka kau pun!! Kau je perasan lebih," sinis Datin Mirah berkata. Nurul hanya diam.

"Mummy, dahlah tu. Kenapa mummy datang sini? Ada apa-apa ke?" soal Syed kepadanya. Datin Mirah menjeling sekilas ke arah Nurul sebelum dia menjawab soalan anaknya.

"Mummy datang sini sebab nak bincangkan tarikh perkhawinan Syed dengan Ceyla," jawab Datin Mirah kepadanya. Dia sengaja membiarkan gadis itu mendengar perbincangan mereka.

Nurul hanya beriak biasa. Walhal dalam hatinya sudah retak seribu. Dia tidak tahu dengan perasaannya. Dia menyukai suaminya sendiri tapi dia tahu cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Dia cuma perempuan murahan di mata mereka.

"Takpe. Mummy je yang uruskan semuanya eh? Syed ikut je apa keputusan mummy. Syed tak boleh nak urus sebab Syed ada benda nak kena uruskan. Boleh kan?" kata Syed kepada ibunya. Datin Mirah tersenyum lebar mendengar butir bicara yang keluar dari mulut anak terunanya. Dia tersenyum sinis ke arah Nurul.

'Tak lama lagi kau akan berambus dalam hidup anak aku. Kau tu penghalang je!! Dasar perempuan mata duitan!!' desis hati Datin Mirah.

"Kalau macam tu..iyalah. Nanti mummy uruskan,"

"Awak..awak nak khawin dengan Ceyla ke? Habis itu saya macam mana?"

"Macam mana apa? Kau dah boleh berambus dari rumah aku. Tak lama lagi aku akan dapat tahu kalau kau bersalah atau tak. Kalau aku tahu kau tak bersalah, aku akan bagi kau separuh dari harta aku. Sebab itu memang perjanjian kita dari dulu," balas Syed mendatar. Nurul terdiam manakala Datin Mirah tersenyum suka. Baru puas hatinya!!

"Dengar tu!! Itu kan yang kau nak? Kau nak harta!! Perempuan tak tahu malu,"

"Dah. Mummy pulanglah. Syed nak rehat dah ni," ujar Syed kepada ibunya. Jika dia tidak menghalang pasti ibunya tidak akan berhenti. Lebih baik dia menyuruhnya pulang terlebih dahulu.

"Yelah. Kalau macam tu mummy pulang dulu. Assalamualaikum,"

"Waalaikumsalam,"

Syed dan Nurul berpandangan antara satu sama lain apabila Datin Mirah sudah melangkah pergi dari rumah mereka berdua.

"Kenapa kau tengok aku macam tu? Nak duit?"

"Aku ada duit sendiri,"

"Lah..ingatkan takde duit,"

"Kenapa kau nak teruskan perkhawinan kau dengan Ceyla? Kau tahu tak yang dia tu bukannya baik seperti yang kau tengok," jelas Nurul kepadanya dengan serius. Dia tidak mahu lelaki itu tersalah pilih. Jujur dia sudah jatuh cinta dengan Syed.

"Kau siapa nak tuduh dia macam tu? Aku dah kenal dia dah lama. Kau jangan nak berlagak sangat kenal dia," balas Syed cukup keras. Nurul terdiam.

"Baiklah. Ikut kaulah. Aku dah larang kau tapi kau tak nak dengar,"

"Memang aku tak nak dengar sebab kau tu cuma isteri atas kertas aku je. Takde masa aku nak ikut cakap kau," balas Syed lalu melangkah naik. Nurul mengeluh.

"Hmm. Takpelah. Semoga Allah tunjukkan dekat kau yang Ceyla tu bukannya perempuan baik seperti kau dan keluarga kau fikirkan." kata Nurul perlahan sebelum turut menuju ke tingkat atas.

Bibir seseorang tersenyum lebar dari arah yang sedikit jauh. Melihat wajah Nurul yang jelas sedih membuatkan hatinya bertambah gembira.

"Nurul. Kau bodoh. Bodoh sangat. Terima jelah nasib kau. Takpe. Nanti akan ada kejutan lagi untuk kau. Kau tunggu je. Kejutan itu adalah......."

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now