Bab 19 - Berkahwin

54 6 1
                                    

Hari yang ditunggu sudah pun tiba. Solekan di wajah Intan nampak agak cantik. Amira pula menemani Intan disisi. Maklumlah sahabatnya itu akan menjadi pengapitnya kejap lagi.

Pukul 8.30 pagi, kedua-dua buah keluarga pengantin menuju ke masjid. Majlis akad nikah akan diwalikan oleh Pak Samad. Setengah ahli keluarga Intan dan juga Faris berada di rumah untuk menyiapkan apa yang patut.

Harini,majlis persepsi dan majlis akad nikah dilakukan sekali gus. Senang. Tak perlu keluarkan banyak bajet. Tetapi majlis perkahwinan akan dilakukan di dua tempat. Satu di rumah Faris dan satu lagi di rumah Intan.

Langkah dibuka dengan debaran yang kuat didada. Pasangan yang bakal diijab kabulkan nanti menanti saat-saat terindah mereka berdua.

Dengan satu lafaz, Intan sudah sah bergelar isteri kepada Faris. Tangan ditadah meminta doa daripada Allah.

Kini acara pembatalan air sembahyang, Faris melangkah perlahan-lahan ke arah Intan. Gadis itu hanya menundukkan kepalanya.

Cantik! Cincin yang dipegang oleh pengapit lelaki iaitu Ridwan,sahabat kepada Faris diambil.

" Assalamualaikum." Salam diberi. Senyuman tidak lekang dari wajah lelaki itu.

"Waalaikumussalam" Intan menyambut. Kepala diangkat perlahan-lahan. Lelaki itu nampak segak mengenakan baju yang dipilih olehnya hari itu.

Faris menyuakan tangannya. Intan menyambut tangan lelaki itu lalu cincin disarungkan ke jari manis Intan. Giliran Intan pula menyarungkan cincin ke jari Faris.

Selesai! Tangan Faris dicium. Kini syurganya bertukar tempat. Kalau dulu,syurganya ada pada  Mak Cah. Kini syurganya berada pada Faris. Tetapi itu tidak menghalangnya untuk berbakti kepada kedua orang tuanya. 

Sebak sangat. Selepas ini, mungkin dia akan kurang bersama dengan keluarganya. Sekarang dia sudah mempunyai keluarga sendiri dengan Faris.

Badan Faris dipeluk. Tangisan dilepaskan di bahu lelaki itu. Semua orang yang melihat hanya mampu menahan sebak.

Faris terus memeluk kembali gadis itu. Faris bukanlah suami yang dayus. Dia pasti akan membenarkan gadis itu sentiasa dapat berjumpa dengan keluarganya.

Selesai urusan di masjid,mereka menuju ke rumah Faris pula. Harini majlis perkahwinan dilangsungkan di rumah itu. Esok pula majlis perkahwinan akan dilangsungkan di rumah Intan.

Pasangan mempelai itu masuk mengikut jalan yang telah ditetapkan. Mata semua orang tertancap kepada mereka berdua. Sungguh pasangan yang serasi.

Malam itu, Intan dan Faris berehat. Terpaksa! Kalau boleh Intan mahu berada dengan keluarganya di ruang tamu. Tetapi Mak Cah menyuruhnya berehat bersama Faris.

Bilik Faris dihias menjadi bilik pengantin. Bunga-bunga berhias di sisi katil itu. Acah-acah romantik gitu! Tema mereka sudah tentu berwarna hitam dan ungu.
Nampak elegan.

"Intan,kamu pergi mandi dulu. Kejap lagi kita solat sama-sama." Kata Faris. Lelaki itu membuka butang baju Melayunya. Intan cepat-cepat mengalihkan pandangannya.

"Okayy." Belum sempat gadis itu melangkah, Faris menarik gadis itu ke dalam pelukannya.

"Terima kasih, sweetie. " Kata Faris ikhlas. Dia berjanji akan menjaga gadis itu sepenuh hatinya.

"Sama-sama." balas Intan. Pelukan lelaki itu dibalas. Sudah sah. Bolehlah buat apa-apa pun.

"Dah pergi mandi. Busuk!" Kata Faris lalu menutup hidungnya. Dibuat-buat saja. Intan memasang muka muram.

Faris ketawa sikit. Matanya mengikut setiap pergerakan Intan.

Tudung gadis itu dibuka. Rambut separas leher itu dipandang. Lawa! Walaupun hanya dilihat dari belakang.

You Are The OneWhere stories live. Discover now