BAB 5 - Meh Tumpang

59 12 0
                                    

Intan mula memberi salam dan mengetuk pintu rumah milik ayah Amira. Beberapa minit kemudian, kelihatan pintu sedikit terkuak dari dalam.

Kelihatan jelas muka Amira tersungul di hadapan pintu. Intan hanya tersenyum manis kepada sahabatnya itu.Sah! Mesti minah ni tidur.

Amira menggosok matanya dan melihat ke arahnya. "Ehh kau dah smpai ke...ha jemput lah masuk dulu".

"Takpelah Mira..aku nak cepat ni..stgi nak kena tolong mak aku masak pula" renung Intan ke arah jam di tangan kanannya.

"Haa okay lah kalau macam tu" Amira menumpukan perhatian nya ke arah Pak Samad.

Dia hanya tersenyum manis melihat ayah sahabatnya itu yg juga merangkap sebagai sahabat dekat ayahnya. Amira terus masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang yang diberi oleh Faris sebentar tadi.

Intan hanya menunggu di luar sambil- sambil itu melihat sekeliling kawasan rumah Amira. Tak lama kemudian,Amira kembali menyusul dengan membawa beberapa jenis beg kotak.

"Nahh...ni untuk kau" hulur Amira kesemua beg yang dipegangnya itu.

Intan hanya menjongkitkan kening nya tanda hairan dengan jumlah beg itu.Biar betul cgu ni? Banyak ni dia bagi?Aku cari kunci je kot.

"Woi.. termenung apa lagi? Ambil lah bahagian kau."sekali lagi Amira menghulurkan beg tersebut.Lenguh juga tangannya kalau Si cik Intan payung ni tak ambil beg ni.

"Tapi srs lah banyak ni cgu bagi..apa yang cikgu bagi?" Dia hanya menyambut beg yg diberi oleh Amira dan terus melihat isi dlm beg tersebut. Waitt?!?! Jam? Baju? Buku nota? Biar betul cikgu ni. Demam ke apa?!

"Yee...aku dapat juga tapi aku ambik yg ada baju dengan seluar je..yang lain tu baik aku bagi kau sebab kau yg jumpa kunci tu bukan aku" kata Amira sambil menguap.

Intan hanya menggeleng melihat tingkah sahabatnya. Haihh petang-petang camni tido...ermmm alamatnya anak dara malaslah.AHHAHAHAA sory beb aku gurau je. Intan meminta diri untuk pulang.

Sesudah sampai nya di rumah,

Intan mengambil semua barang-barangnya tadi. Kebetulan pula tadi ayahnya singgah di kedai runcit. Jadi dia beli lah barg apa yang patut untuk isi ruang kosong di dapur.

Intan turut membeli air kesukaan nya. Itu pun dia meminta izin ayahnya dulu. Pak Samad hanya mengiyakan apa yang diminta oleh anak daranya itu.

Selagi benda tu halal dan boleh dicari.. InshaAllah Pak Samad akan cuba penuhi. Lagipun anaknya itu telah banyak membanggakan dirinya. Setakat belanja itu ini...no hal lah.

"Intan..tadi kamu ambil apa dekat rumah Amira. Macam banyak je...kamu kirim suruh dia beli barg ke?" Soal pak Samad setelah dia duduk di atas sofa.

Dia cuma pelik. Selama ini Intan hendak membeli apa-apa..mesti gadis itu akan memaklumkan kepada dirinya dahulu tetapi ini senyap je.

"Ehh tak lah ayah..barang ni cikgu yang bagi. Cikgu tu baru je masuk sekolah Intan tadi. Kebetulan tadi kunci dia hilang so dia minta intan dgn Mira tolong cari...lepas jumpa tu..dia bagi lah hadiah ni"

Ceritanya ringkas sambil menunjukkan kepada ayahnya apa yang terkandung di dalam beg tersebut. Muka Pak Samad nmpak sedikit berubah. Lain macam hadiah yang diberi ni.

"Kenapa ayah?" Soal intan selepas melihat ayahnya diam sejenak.

Yela dia takut ayahnya tidak membenarkannya menyimpan barang-barang tersebut. Nak tahu kenapa intan berfikiran begitu?

Yahh..dulu ada juga seorang lelaki pernah memberikan hadiah sebegini kepada intan tetapi lelaki tersebut memberi kan itu kerana mempunyai niat tersendiri. Jadi ayahnya takut perkara itu berulang lagi.

"Betul ni cikgu kamu yang bagi sebab kamu tolong dia?" Pak Samad sedikit ragu.

Intan hanya mengangguk. Pak Samad terlihat sedikit lega.

"Okylah kalau macam tu.. jaga barang ni elok-elok tau..bukan senang org nak bagi ni"nasihat Pak Samad sedikit. Intan hanya mengangguk berkali-kali. Jangan risau ayah!

Pagi itu, Intan bersiap seperti biasa. Tetapi ayahnya tidak kelihatan di dalam rumah. Selalunya ayah dan mak nya berada di dapur untuk bersarapan tetapi harini dua-dua tiada di ruang itu.

Mungkin dibelakang rumah ? Duganya sendiri. Dia mula memakai kasut sekolah yg terletak elok di rak kasut. Beg nya hanya disandarkan di pintu.

Intan turun perlahan-lahan dari tangga rumahnya dan berjalan ke belakang rumah. Kelihatan mak dan ayahnya sedang bersembang tentang sesuatu tetapi dia tidak dapat mendengar tentang itu dengan jelas.

Niat dia berjumpa mak dgn ayahnya adalah untuk bersalaman sebelum pergi ke sekolah. Harini kalau ikutkan Intan akan pergi ke sekolah bersama Pak Samad tetapi selepas pak Samad memberi tahunya tentang motor mereka rosak.. Intan memasang niat untuk pergi berjalan kaki ke sekolah.

Alahhh bukan jauh pun..lebih kurang 15 min je. Boleh exercise pagi-pagi.. heheheh. Dia menggalas beg nya dan mulai berjalan sambil diiringi beberapa doa yg diajar oleh pak Samad.

Intan hanya berjalan tanpa memandang ke kiri dan kanan. Tanpa dia sedar,sebuah kereta sedang menyusur perlahan disebelahnya.

Tiba-tiba kereta itu membunyikan hon dan tingkap kereta tersebut diturunkan. Intan terkejut melihat kereta mewah di sebelahnya itu.

Dia mula mengecil kan mata untuk melihat gerangan org di dalam kereta tersebut. Tanpa disangka rupa-rupanya orang tersebut adalah Faris. Cikgu itu nampak segak berpakaian kemeja berwarna merah.

'Haduh cikgu Faris..kenapa dia follow aku ni...dia nak culik aku ke?' fikir nya sedikit kolot. Dia bukannya cantik pun. Nak culik buat apa? Pufttt.

"Assalamualaikum, Intan kan?" Faris hanya memulai percakapan diantara mereka berdua dengan memberi salam terlebih dahulu. Dia tahu..kalau dia tidak memulakan percakapan dulu,alamatnya sampai esoklah tak cakap.

""Waalaikumussalam,cikgu" Intan hanya menyahut dengan sedikit gugup. Faris hanya melihat anak muridnya itu yang agak sedikit takut dengan nya..Alaa rilek jer...ehhehe.

"Kamu nak pergi sekolah ke?" intan hanya mengangguk. Pergi sekolahlah cikgu..takkan nak pergi berjoget pula. Hahahah soalan pun...

"Ha ye cgu..tengah nak pergi sekolah lah ni" Faris hanya mengangguk. Kemudian dia hanya membuka pintu keretanya tanpa sebarang ucapan.

Intan hanya memandang pelik tingkah laku gurunya itu.

"Masuklah..kita pergi sekali..cepat lah sampai kan..kamu pun boleh ulangkaji awal" Faris menawarkan 'perkhidmatan taxi percuma' kepada Intan.

Intan hanya tersenyum." Takpelah cikgu..dh nak smpai dah ni sekolah" dia menolak lembut. Faris menggeleng kan kepala nya. Haih...orang nak tolong hantarkan..dia taknak pula.

"Takpe..mari je masuk..kita kan satu jalan..kamu anggap je ni sebagai balas budi saya sbb kamu tolong saya haritu..ok?" Pujuknya lagi.

Intan tidak mampu menolak lagi. Dia mula masuk ke dalam kereta mewah cikgunya itu. Pertama kali dia naik Mercedez. Dalam pun cantik. Dia terlalu leka melihat keadaan dlm kereta itu sehingga tidak sedar Faris sedang memerhatikan tingkahnya sambil tersenyum.

"Kamu seronok naik kereta macam ni" Soal Faris secara tiba-tiba. Intan tidak memberi kan sebarang respon disebabkan gugup mendengar suara garau cikgunya itu.

"Hey saya bercakap dgn kamu ni" Faris memandang ke arah Intan untuk melihat responnya. Terlihat Intan mengangguk kan kepalanya sedikit. Okaylah tu, sekurang-kurangnya gadis itu menunjukkan sedikit respon.

Faris tersenyum sahaja. Berbezanya Faris di rumah dan disekolah.











Klau sudi boleh lah komen di ruang komen dan jgn lupa vote tau korg.. alhamdulillah semoga murah rezeki 😉

You Are The OneWhere stories live. Discover now